CEKETENG apa benda tu?... Mungkin dikalangan kita di Malaysia yang kurang tahu mengenai nama 'Ceketeng' kerana bunyinya agak pelik. Bagaimana pun dilaporkan dan penulis blog membuat tinjauan dimana sebenarnya Ceketeng adalah sejenis gerabak bergandar yang bermotor. Ianya digunakan di kampung terutama di Negeri Johor yang mepunyai luas tanah gambut dalam yang ditanam dengan banyak jenis tenaman seperti kelapa sawit, getah, nanas, sayuran, jagung dan sebagainya. Ia merupakan satu jentera yang menjamin kemudahan mengangkut hasil ladang dan kebun. Namun begitu ada juga kalangan masyarakat yang sesekali menggunakan ceketeng ini untuk tujuan riadah dan aktiviti soxial serta kebudayaan. Dilaporkan dimana ianya kini ianya juga dijadikan sebagai salah satu bentuk sukan sektor permotoran di Kg. Belamhan Tampok, Batu Pahat, Johor seperti mana yang dilaporkan oleh TV1 dan TV3. Program Panorama RTM dan Majallah 3 di TV3 pernah melaporkan bagaimana jentera buatan tempatan hasil inovasi orang kampung mampu menjadikan iai sebagai jentera amat berguna kepada pekebun sawit dan nanas. Terdalat nama lain bagii Ceketeng ini seperti Gerabak (Gerabak Air Hitam) atau pun Badang Tanah Gambut dan beberapa lagi. Pendek kata pembuatan jentera ceketeng ini yang menggunakan injin motorsikal (Vespa, Yamaha dsb) atau injin Kereta (Kancil, Van dsb) memang mampu mengurangkan beban kerja pekebun kecil sawit dan nanas terutama didalam amalan agronnomi ladang. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan megenai inovasi penduduk tempatan jentera ceketeng sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Media tempatan pernah paparkan dimana YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek menaiki Ceketeng yang dipandu oleh Ketua Kampung Parit Parit Ghani iaitu Afandi Kasiron ketika meninjau kebun nanas. Tanaman Nanas (Ananas comosus) di kampung itu terdiri daripada lebih 40 orang petani dengan jumlah keluasan sekitar 380 hektar untuk pasaran segar didalam negara dan pasaran eksport ke Singapura. Menurut LPNM nanas jenis Moris, Josapine, N36 dan sedikit Nanas MD2 ada ditanam di kampung tersebut smenjak lebih daripada 50 tahun dulu. Walau pun kini tanaman nanas kebanyakannya adalah untuk kegunaan segar (fresh pineapple) berbanding dengan dulu ianya ditanam untuk dijual kekilang yang menghasilkan nanas didalam tin. Penggunaan ceketeng di ladang nanas terutama dikawasan tanah gambut merupakan aplikasi paling praktika bagi beberapa penanam nanas di Pontian, Batu Pahat dan Muar dalam Negeri Johor. Jentera Ceketeng yang panjangnya 10 kaki dengan 6 buah tayar lebar 18 inci mampu membawa 1-2 tan buah nanas dengan ceketeng tidak mudah terbenam. Ini menjadikan buah nanas segar mudah dikeluarkan dari kebun nanas dan meningkatkan kecekapan kerja. Bagaimana pun penggunaan jentera ceketeng ini lebih banyak digunakan oleh pekebun kelapa sawit dikawasan tanah gambut. Ia dengan mudah bergerak melalui celah-celah pokok kelapa sawit sehingga boleh memudahkan tandan sawit dibawa keluar (Sila lihat foto paling atas). Ceketeng yang dibuat oleh usahawan tempatan berharga antara RM5,000 sehiingga lebih RM12,000 satu unit bergantung kepada spesifikasi injin, panjang dan juga kemudahan lain.
Apa yang unik lagi apabila di Simpang Renggam, Johor dimana seramai 20 murid tadika serta 65 penduduk Kampung Parit Ghani telah berarak mengelilingi kampung menggunakan ceketeng serta motosikal roda tiga bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62. Jentera ceketeng yang juga kenderaan direka khas untuk mengangkut nanas dan jagung serta motosikal roda tiga itu dihiasi Jalur Gemilang serta bendera negeri. Aktiviti itu bertujuan menanam semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak walaupun mereka belum memahami erti merdeka. Pihak tadika bangga dengan sambutan serta kerjasama penduduk kampung menyediakan ceketeng dan motosikal roda tiga untuk membawa murid tadika mengelilingi kampung. Tujuannya juga untuk memberikan gambaran kepada anak berkaitan kepayahan ibu bapa mereka mencari rezeki dan menyara keluarga. Ini sambutan kali kedua selepas julung kali diadakan tahun lalu dan bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan. Ia juga libatkan hampir 40 ibu bapa turut serta dengan mana mereka mengiringi dua kenderaan itu menggunakan motosikal masing-masing yang turut dipasang Jalur Gemilang.
Dalam pada itu pernahkah anda pernah mendengar tentang perlumbaan jentera ceketeng? Mungkin ada juga yang pertama kali mendengarnya. Hakikatnya ia tidak asing lagi kepada kalangan penduduk tempatan di Johor. Ceketeng yang juga merupakan gerabak pengangkut hasil pertanian buatan penduduk tempatan yang menggabungkan komponen enjin motosikal dan kereta serta gerabak pengangkut. Kini hasil kreativiti anak tempatan jentera ceketeng kini bukan sahaja digunakan untuk mengangkut hasil pertanian tetapi menjadi sukan perlumbaan bermotor. Kisah unik ini diangkat menjadi jalan cerita dalam telemovie bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Roda Ceketeng” mengisi slot Citra di TV2. Menampilkan pelakon Sari Yanti, Talha Harith, Kazar Saisi, Adam Shahz dan Amir Raja Lawak, ikuti drama kekeluargaan mengisahkan konflik antara seorang anak dengan ayahnya yang tidak bersetuju dengan cita-cita anaknya untuk menjadi pelumba moto lasak. Kisahnya bermula dengan niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentang ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah. Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang. Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor. Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya. Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya. Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman. Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut. Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman. Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya. Apa pun bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Perlumbaan Ceketeng Race Johor akan diadakan pada 4 Julai 2020 dimana semua anda boleh ikut serta didalam perlumbaan yang unik ini. Semuga artikel mengenai ceketeng ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!...
JENTERA BUATAN SENDIRI...HEBAT DIA,..
MENGANGKUT HASI...GAMBUT SESUAINYA...
BACA ARTIKEL... BARU FAHAM AKHIRNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(26 JamadilAwal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.