mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, January 4, 2020

BUAH KERANJI _ KENALI DIA

BUAH KERANJI (Dialium indum) merupakan sejenis buah dari keluarga Fabaceae yang jarang dikenali oleh orang ramai masa kini keran ia semakin sukar dijumpai. Buah ini juga ada yang memanggilnya sebagai Buah Kuran atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Tamarind plum'. Penulis blog ada menjumpai buah ini ketika ke Kota Bharu Kelantan dan melawat Pusat Pertanian Ulu Paka, Terengganu dahulu. Walau pun begitu kepada penduduk asli mereka kenal buah keranji ini kerana ada tumbuh didalam hutan. Dalam pada itu buah ini merupakan buah hutan yang banyak ditemui juga terutamanya hutan di Sabah dan Sarawak dan di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Sekali pandang mungkin ramai akan menyangka ia adalah buah anggur (grape) berdasarkan kepada bentuknya dan warnanya. Kepada anda yang ingin melihatnya selalu ada dipamerkan didalam gerai pameran MAHA atau HPPNK dalam bahagian buah-buahan Nadir. Bagaimana pun penulis blog mendapati dinegara jiran Indonesia, buah ini cukup popular dimana biasanya ia dijadikan sebagai rempah bertujuan bagi menimbulkan rasa masam bagi sesuatu hidangan. Manakala di negara Arab pula dilaporkan dimana mereka telah lama mengamalkan memakannya sebanyak tiga biji sehari kerana dipercayai khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menurunkan kolestrol. Ia juga dilaporkan baik juga untuk sistem penghadaman daging yang dimakan. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja kepada mereka yang minat dengan rasanya yang unik. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" dan sambil menonton TV ASTRO iaitu pertandingan peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2019 saya menulis mengenai buah keranji sebagai satu bahan rujukkan anda semua.


Mengenali pokok dan buah keranji mudah kepada penduduk kampung yang mempunyai dan menanam pokok ini. Kalau ditanam dikawasan rumah maka pokoknya boleh dikawal ketinggiannya akan tetapi didalam hutan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 50 meter (150 kaki). Ia tumbuh menegak dengan banyak cabang dan didakwa d=sebagai pokok balak yang berkualiti. Dalam pada itu dilihat dimana buah Keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 cm sahaja dan mempunyai warna kulit kehitaman yang mana ia rapuh apabila matang. Isinya pada penulis blog memang unik warnanya iaitu berwarna berwarna oren dan biasanya akan menghasilkan kombinasi rasa masam dan manis (Penulis blog suka makan beberapa biji sahaja). Apa pun perlu difahami dimana untuk makan buah ini biasanya anda hanya perlu memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam dalam mulut. Ia mempunyai kaedah sama dengan cara makan seperti makan gula-gula. Didakwa diantara kelebihan  atau keistimewaan buah ini ialah buahnya agak tahan lama sekaligus mengurangkan risiko rugi kerana ia tidak mudah jadi busuk. Ada kalangan penduduk kampung yang akan mengambil buah keranji dan diawetkan kerana biasanya jika diawet maka ia mampu bertahan sehingga dua tahun. Walau pun dalam jangkamasa itu buahnya sudah kering tetapi ia masih boleh dijadikan bahan masakkan.


Tinjauan di beberapa lokasi di Kelantan dan Terangganu serta di Pasar Satok Kuching didapati buah ini dijual dengan harga berbeza-beza mengikut musim, saiz, varieti dan sebagainya. Ada yang menjual dijual dengan harga RM10 bagi setiap 100 gram. Bagaimana pun di Sarawak ada varieti Keranji Lubuk Antu yang dikual sekitar RM20.00/kilogram (Sila anda lihat foto disebelah). Pada penulis blog memang tidak hairan kalau harga pasaran bagi buah ini agak tinggi kerana kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pencari buah amat susah dan berisiko tinggi. Mereka terpaksa memanjat pokok keranji ini dengan pokok setinggi 50 meter ekoran kebanyakan pokok Keranji yang mengeluarkan buah berada pada ketinggian antara 30 -  50 meter dalam hutan. Memang sukar pemanjat pokok dengan saiz pokok besar dan buahnya hanya berada dihujung dahan dan ranting pula. Apabila masak maka sukar juga untuk melihat buahnya untuk dikutip. Sebab sukar dan uniknya buah keranji biasanya penjual akan meletakkan harga yang berpatutan untuk pasaran buah keranji ini. Apa pun kepada pembaca blog yang ingin ujirasa memang bayar sahaja harga dan tidak perlu beli banyak pun. Bila berjumpa sahaja sebaiknya jangan dilepaskan peluang untuk dapat rasa sendiri buah Keranji yang unik ini.


Pada orang ramai meraka kata buah keranji adalah tidak begitu popular. Ada pantun menggunakan perkataan buah keranji yang sentiasa disebut atau dipantunkan. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan engkau makan, suruh mengaji engkau tidak mahu’. Kepada mereka yang belum pernh ujirasa sebenarnya rasa buah ini masam-masam manis dan senang untuk dimakan iaitu dengan hanya memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam seperti makan gula-gula. Dilihat dimana buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 cm dimana ia mempunyai warna kulit hitam yang rapuh. Terdapat juga jenis buah keranji yang kulitnya lebih tebal sedikit dan kelihatan sedikit seperti kulit baldu. Sebenarnya agak sukar untuk membezakan buah kuran dengan keranji kecuali individu yang memang arif dengan buah hutan itu. Bagaimana pun dalam temubual kepada seorang pemetik buah hutan yang berpengalaman lebih 30 tahun iaitu En Mat Piah berumur 57 tahun dari Maran, Pahang menyatakan pada kebiasaannya buah berkenaan lebih senang disebut buah keranji. Penulis blog yang bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang sempat membuat tinjauan kepada pokok buah keranji di daerah ini. Menuruy Mad Pisah lagi kepada penduduk tempatan mereka sudah ariff dengan buah keranji walau pun sebenar ia buah kuran. Dia beritahu dimana sebenarnya kalau diamati, kulit buah kuran hitam dan nipis, isinya oren cerah dan gebu seperti baldu manakala bijinya coklat pekat dan rasanya masam-masam manis. Penulis berkunjung di Kampung Mentenang, Lubuk Paku, Maran, Pahang masa itu. Kulit buah keranji pula hitam pekat dan tebal dimana isinya juga oren pekat yang hampir kepada warna merah manakala isinya masih ada rasa masam dan manis tetapi tidak segebu buah kuran.


Dalam membuat beberapa rujukan lain didapati dimana pokok keranji dan kuran di hutan negara ini kebanyakannya berusia mencecah 60 tahun dan paling muda lima tahun. Kebanyakan orang kini sinonim dengan keranji walaupun hakikatnya buah yang dilihat adalah kuran. Pada kebiasaannya hanya segelintir penduduk kampung tahu membezakan antara kuran dengan keranji. Biasanya saiz buah kuran lebih kecil berbanding keranji. Pokok kuran akan berbuah selepas berusia 16 tahun dan mampu menghasilkan buah sehingga 100 gantang atau lebih jika pokoknya mengalami tahap tumbesaran yang sempurna walaupun di dalam hutan manakala pokok kecil antara lima hingga enam gantang pada satu-satu musim. Biasanya pokok ini berbuah selepas musim buah-buahan (duku, langsat, dokong, manggis, rambutan dan durian) berakhir. Buah keranji ini ada dijual bersama dengan buah kuran di kampung ini sejak lebih 30 tahun lalu. Bagaimana pun menuurut Mat Piah lagi kini dia lebih banyak mengupah Orang Asli mencari buah kuran kerana faktor umur dan kesihatan. Remaja Orang Asli memang pakar memanjat pokok, malah mereka tidak gementar mencantas di hujung dahan. Cara memetik dengan memangkas atau mencantas dahan yang berbuah lebat yang mana ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan kemahiran kerana sedikit kelalaian boleh menyebabkan nyawa melayang.


Teknik memetik buah keranji dimana para pemetik tidak membawa peralatan moden kecuali parang kerana perlu mengangkut guni atau bakul buah untuk dibawa pulang.  Kerja memanjat pokok bukan senang kerana perlu berhati-hati. Mereka tidak guna tangga dan sebaliknya memanjat menggunakan tali yang ‘dipancing’ sebelum dibelit atau diikat pada pokok tumpang yang digelar ‘sanggit’ (Sila lihat foto disebelah). Dalam kampung tersebut dilihat ada penduduk kampung yang menanam pokok keranji ini  bersebelahan pokok petai atau getah bagi memudahkan untuk memanjat dan mencantas dahan yang berbuah l Dakwanya lagi walau pun nampak senang,kerja memanjat pokok kuran perlu dilakukan dengan berhati-hati bimbang terpijak dahan rapuh, selain memastikan dahan tidak tersangkut atau terjatuh di kawasan yang jauh kerana kedudukan muka buminya tidak rata. Apa yang penting dimana semua perkara diambil kira termasuk jika ada rakan yang menunggu untuk mengutip dahan yang dicantas juga perlu berhati-hati bagi mengelak ditimpa dahan atau parang dibawa pemanjat jatuh tanpa sengaja. Buah kuran yang sudah direlai dijemur terlebih dahulu sebelum diasingkan ke dalam bakul simpanan. Buah ini perlu dijemur agar tahan sehingga tiga tahun. Ia tidak akan lembik atau busuk jika disimpan dengan betul. Kulitnya akan menjadi lebih keras dan isinya mung­kin sedikit nipis. Untuk pasaran tempatan, buah ini dijual antara RM5 hingga RM10 sebungkus. Buah ini lebih diminati orang dewasa atau warga emas berbanding remaja atau kanak-kanak. Selain dimakan begitu saja, buah ini boleh dijadikan kudapan iaitu isinya disira dengan gula terlebih dahulu. Walaupun rumit, hasilnya agak lumayan. Ada keperluan bantuan ahli keluarga dari kerja merincih dan melerai sama ada di kebun atau di hutan sehingga buah kuran sampai ke tangan peraih dan pembeli. Kepada para pengunjung pasar pagi di Marandan tidak pernah melihat buah keranji boleh beli. Jika anda ingin merasainya walaupun ada yang tidak dapat menikmatinya jika terkena buah masam. Beliau pernah pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian, FAMA untuk menambah pengetahuan berkaitan pemasaran dan peningkatan hasil tani. Semuga anda semua pembaca anim agro technology mendapat info berguna mengenai buah keranji dan usahawan buah kuran kali ini. Wasallam!!...
BUAH KERANJI... JARANGNYA DI JUMPA...
BUAH KURAN... DIDAKWA SAMA CIRINYA...
RASANYA MASAM MANIS... ENAK JUGA...
BACA ARTIKEL... PUAS HATI MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 4 Januari 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...