mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, January 8, 2020

ISU BAWANG MERAH NAIK HARGA

ISU BAWANG MERAH NAIK HARGA sering menjadi isu negara yang diwar-warkan setiap kali berlaku. Ini kerana bawang merah dan bawang besar termasuk bawang putih merupakan bahan ramuan masakan penting di kalangan penduduk Malaysia. Kenapa sering berlaku isu harga bawang merah naik harga dengan mendadak?. Ia adalah berkaitan dengan proses pengimpportan dan perintaan serta pembekalannya. Bawang merah antara barangan yang sentiasa berdepan kenaikan apabila terutama apabila tiba musim tengkujuh. Lazimnya walaupun diberi amaran untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim tengkujuh, masih ada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tinggi kepada pembeli. Malah berkemungkinan berlaku dimana ada juga peniaga yang sengaja menyorok barangan seperti bawang merah di tempat lain bagi memastikan pembeli percaya bahawa bahan asas masakan itu benar-benar berkurangan. Dalam satu laporan wartawan oleh Sinar Harian mendakwa di beberapa lokasi didapati bekalan bawang merah masih boleh didapati terutama di pasar raya besar walaupun jumlahnya agak sedikit. Kejadian akan menyebabkan pengguna panik apabila kadar kenaikan harga tiga kali ganda daripada biasa. Kalau sebelum isu ini berlaku lazimnya harga bawang bombay hanya RM2 satu plastik biasa akan tetapi bila naik menjadi RM6. Biasanya harga jualan runcit pula dimana sekilo bawang merah dijual dengan harga RM6/kg tapi sekarang meningkat kepasa RM12/kg. Apa pun jika dibuat perbandingan harga dengan harga bawang siam dilaporkan ia lagi mahal. Bagaimana pun harga yang mahal atau murah kehendak pembeli tetap membeli juga sebab ia merupakan satu keperluan harian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu kenaikan harga bawang dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.

Apa yang sering berlaku apabila bekalan tidak konsistent dan permintaan melebihi pembekalan harga komoditi kegunaan harian akan dinaikkan. Peranan oleh pihak KPDNHEP dalam mengawal harga barangan penting hanya pada masa perayaan untuk pastikan tidak berlaku manipulasi oleh pihak penjual. Sering dikaitkan jika bawang berkurangan akan dikaitkan dengan  bila tiba musim tengkujuh sedangkan Malaysia mengimport bawang ini bukannya menanam sendiri. Dalam satu tinjauan di sebuah pasar raya di sini mendapati harga bawang merah semasa adalah RM8.90 dan sedikit turun berbanding RM10 minggu lalu. Ini berlaku berkemungkinan harga tersebut turun selepas keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dan bekalan bawang mudah diperolehi. Dilaporkan dimana didakwa bawang merah naik harga sebab stok daripada pemborong tidak sampai disebabkan masalah musim tengkujuh. Ramai pengguna terkejut sebab mereka kata bekalan semakin kurang dan mungkin akan putus terus. Walaupun harga naik sedikit tapi saya tetap beli juga untuk keperluan dapur. Pemborong dan penjual akan mengakui harga yang dijual di kedai runcit jauh berbeza dengan pasar raya. Bagi usahawan makanan dan restoren yang memang perlukan bawang mereka terpaksa membelinya juga walau pun mahal untuk pastikan perniagaan dapat diteruskan.  Mereka ini pula amat risau kalau-kalau bekalan akan terputus. Ia sama dengan beberapa komodiri kawalan lain seperti harga ikan dan sayur pun ada juga berlaku kenaikan disebabkan pengurangan barang tersebut dan permintaan yang meningkat walaupun selalu juga berlaku kadar kenaikan tidak berapa tinggi. 

Dalam palpran akhbar lain bertajuk "'Makcik bawang - mengeluh bawang naik harga" dimana apabila harga runcit bawang merah India yang naik melambung hingga ada yang cecah RM16 sekilogram sekarang menimbulkan rungutan pengguna. Kalau ada antara anda yang pergi ke pasar, mungkin anda boleh tengok kaum ibu tercegat seketika merenung tanda harga bawang merah sambil terjegil mata dek harga yang terpapar, mahal berkali ganda daripada kebiasaan. Daripada tinjauan yang dibuat media, kenaikan harga bawang merah India berlaku di Kangar, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching dan pendek kata di seluruh negara ini. Di Alor Setar misalnya, Sinar Harian melaporkan harga semua jenis bawang yang dijual meningkat antara 25 hingga 50 peratus sejak hujung November lalu. Paling mahal adalah bawang merah India yang dijual pada harga RM12 sekilogram berbanding RM6 sebelumnya. Harganya di Kangar pula RM14 sekilogram daripada harga asal RM4, iaitu naik tiga kali ganda. Di negeri-negeri lain harga runcit sekilogram bawang merah India adalah antara RM10 hingga RM15, berbanding antara RM5 hingga RM8 sebelum ini. Dalam pada itu wartawan juga berkesempatan mengintai harga bawang merah di pasar malam Seksyen 20 Shah Alam, baru-baru ini. Bawang merah India dijual pada harga RM8 untuk 500 gram, bermakna harganya RM16 untuk sekilogram. Harga bawang merah India dikatakan meningkat disebabkan masalah kekurangan bekalan. Kekurangan bekalan bawang merah India di negara ini dikesan berlaku sejak September lalu yang difahamkan disebabkan larangan eksport dikenakan India. Tindakan itu berpunca dari kesan oleh penyusutan bekalan di India akibat cuaca tidak menentu, pilihan raya negara berkenaan, selain memberi tumpuan kepada keperluan rakyatnya.

Akibat rentetan situasi diatas makaharga bawang merah India melonjak bukan biasa-biasa, tapi ia dikatakan naik paling tinggi dalam tempoh lingkungan 10 tahun kebelakangan ini. Ini juga ekoran bekalan bawang merah India terhad ketika ini, peniaga turut menjual bawang kecil dari Pakistan, China dan Belanda namun kesemua jenis bawang itu juga sebenarnya turut dijual pada harga lebih mahal daripada biasa kerana pelbagai faktor. Kini di media sosial isu harga bawang merah India naik mendadak juga hangat diperkatakan netizen termasuklah si 'makcik bawang.' Istilah 'makcik bawang' bukanlah asing, ia cukup popular digunakan di media sosial dari hari ke hari dan dikatakan timbulnya perkataan itu pada 2017. Istilah itu kononnya bagi tujuan menggambarkan perbuatan suka mengumpat atau mengata orang yang diilhamkan daripada perilaku golongan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat.  Begitulah hebatnya pengaruh media sosial dalam hidup manusia sekarang, hinggakan macam-macam istilah muncul yang kadangkala agak mencuit hati. Berbalik kepada harga bawang merah, bila media arus perdana melaporkan di platform media sosial masing-masing mengenai kenaikan harganya, 'makcik bawang' tidak terkecuali meninggalkan komen dengan segelintirnya menyalahkan kerajaan. 'Makcik bawang' juga melemparkan cadangan agar kerajaan mengambil inisiatif mengkomersialkan penanaman bawang merah di negara ini. Bagi wartawan yang membuat liputan menyatakan cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana dengan tanah luas dimiliki negara, kita sepatutnya menjadi pengeluar terutama bagi bawang merah yang merupakan bahan wajib dalam masakan setiap hari.

Percubaan untuk melakukan projek penanaman bawang merah secara komersial pernah dilakukan di Mersing, Johor semasa penulis blog menjadi pegawai pertanian daerah pada 1999 selepas berlaku krisis bekalan bawang merah dunia setahun sebelum itu. Apa pun projek itu gagal disebabkan penanamannya kurang ekonomik, serangan penyakit, harga jualan ladang tidak menguntungkan dan kos buruh tinggi. Hakikatnya penulis blog dapati penanaman bawang merah memerlukan kajian lebih lanjut dan teknologi baharu. Berada di gerbang 2020 sekarang sebaiknya biarlah teknologi pertanian negara juga berkembang maju setanding dengan negara jiran kita, Thailand. Sampai bila Malaysia sekadar mahu jadi negara pengguna sahaja. Selama ini kita cuma bergantung pada bekalan bawang merah yang diimport dari negara luar sahaja. Masalah kekurangan bekalan bawang merah India dijangka pulih selepas perayaan Tahun Baharu Cina setiap tahun. Sebaiknya semua pengguna berjimat cermat gunakan bawang semasa memasak. Tanpa bawang pada pendapat penulis blog memang jawabnya tak sedaplah masakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BAWANG MERAH... BAWANG PUTIH SAMA...
PERLU DIIMPORT...DARI LUAR NEGARA...
BAHAN MASAKKAN... PENTING HADIRNYA...
MENANAM SENDIRI... BEUM BERJAYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomoist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 7 Januarii 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...