PERCAYAKAN ANDA DAUN BEREMI MERUPAKAN PENAWAR KEPADA NYANYUK?. Dalam beberapa buah rujukkan yang penulis blog jumpa, memang kenyataan ini telah disokong dengan kukuh berdasarkan kepada beberapa penyelidikan saintis. Daun Beremi (Bacopa monnieri) amat jarang dikenali oleh kebanyakan orang dinegara kita. Daun Beremi sering juga dipanggil Ulam Beremi atau dikenali sebagai brahmi atau aindri dalam bahasa Sanskrit (India) dipercayai mampu mencegah masalah nyanyuk atau pun dalam bahasa perubatan penyakit Dementia. Kajian juga menunjukkan dimana daun ini mengandungi bahan seperti antiradang, antioksida dan pencegahan amiloid, iaitu protein yang dikaitkan dengan penyakit nyanyuk dan Alzheimer. Apa yang penulis blog tahu, Tanaman Brahmi yang juga dikenali sebagai beremi adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Scrophulariaceae didapati di kawasan tanah lembap iaitu dengan persekitaran berlumpur di India. Menurut beberapa Penyelidik Penyakit Berjangkit atau Tidak Berjangkit dan Perubatan Pencegahan, Fakulti Kesihatan dan Sains Perubatan, Universiti Taylor, Dr Priya Madhavan mereka telah mendakwa dimana daun brahmi atau dalam perubatan Ayurveda di India dikenali sebagai “medhya rasayana in Ayurveda" dipercayai untuk mengukuhkan bahan kognitif dalam otak. Didakwa tumbuhan ini popular dalam kalangan pengamal Ayurveda untuk merawat masalah kehilangan memori, radang, epilepsi atau sawan, demam dan asma (semput sistem pernafasan). Banyak kajian mendapati ia mengandungi bahan bioaktif yang melindungi otak melawan kerosakan oksidatif dan kemerosotan kognitif akibat faktor penuaan. Antara kajian dijalanan adalah berkaitan penyakit Alzheimer di bawah geran Penyelidikan Universiti Taylor (TUFR) sebagai sebahagian daripada Program Penuaan dan Kualiti Hidup. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan artikel menarik untuk dijadikan bahan rujukkan anda kehebatan daun beremi didalam menjadi penawar kepada masaalah nyanyuk.
Daripada temuan kajian yang dijalankan menggunakan daun beremi (Bacopa monnieri) untuk meningkatkan kognitif, pada 2016 dan diterbitkan di dalam buku 'Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine' iaitu kajian ke atas 60 pelajar perubatan dari Kolej Perubatan Kerajaan, Nagpur, India. Dinyatakan mereka diberikan 150 miligram (mg) pati Beremi dua kali sehari dimana hasilmnya telah berjaya menunjukkan peningkatan signifikan dalam tahap serum kalsium dengan ujian memori. Pada tahun sama juga kumpulan penyelidik melaporkan tahap dos terkawal dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kognitif membabitkan purata usia 61.88 tahun dimana ianya telah menunjukkan peningkatan dalam ujian penumpuan. Kemudian hasil kajian diterbitkan dalam jurnal 'Advances in Alzheimer’s Disease'. Sebenarmya dalam tahun 2008 telah dibuat kajian melihat rawatan menggunakan 150 mg B monnieri dua kali sehari untuk memeriksa kesan ke atas fungsi kognitif manusia selama 90 hari iaitu kajian yang membabitkan 107 peserta berusia 18 dan 60 tahun) di Universiti Swinburne, Australia. Hasilnya kajian itu diiktiraf di dalam jurnal antarabangsa iaitu 'Phytotherapy Research' yang ada menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik dalam tugas mengingati kerja struktur dalam kalangan peserta yang sihat tanpa sejarah penyakit saraf, usus dan jangkitan kronik. Dakwa saintis ini menyatakan dimana tidak seorang pun peserta yang sihat mengambil sebarang ubat untuk kognitif.
Tumbuhan beremi ini juga didakwa dapat membantu didalam pembelajaran. Hasil dari kajian santis dimana mereka berjaya untuk menunjukkan kesan ke atas tahap keupayaan pembelajaran. Pengambilan Beremi segar ini selama tiga bulan bagi individu berusia 40 dan 65 tahun. Laporan juga menyatakan berdasarkan kajian dijalankan di Universiti of Wdongong, Australia diana ia disiarkan pada 2002 dalam jurnal Nueropyscholpharmacology memang ada menunjukkan keupayaan mengingati maklumat baharu. Apa pun keputusan itu diperkukuhkan dengan kajian pada 2008 dimana buku itu telah diterbitkan dalam jurnal 'Alternative And Complementary Medicine' menunjukkan pengambilan berterusan sebanyak 300mg sehari Beremi selama 84 hari dalam kalangan peserta tanpa dementia berusia 65 tahun di University of Catania, Italy, menunjukkan peningkatan prestasi memori. Dilaporkan dua tahun kemudian, di Lismore, New South Wales, Australia, penggunaan 300mg B monnieri sehari dalam kalangan sukarelawan berusia 55 tahun, menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran oral dan memori yang direkodkan jurnal Alternative And Complementary Medicine. Apabila melihat kepada pelbagai faktor yang menjadi punca dementia, adalah lebih baik untuk mencari ubat pencegah berbanding penawar, Sebagai fakta asas mengenai kehebatan beremi dipaparkan akan info berguna untuk rujukkan semua. Hasil kajian mendapati dikana kajian Beban Penyakit Global (GBD) 2016 dibuat selama 17 tahun (1990 sehingga 2016) libatkan seramai 43.8 juta penghidap dementia (nyanyuk). Ia dilaporkan sebagai punca ke lima kematian di seluruh dunia. Ia mujarab untuk rawatan penyakit berkaitan usia, Kecelaruan kognitif, Dementia dan juga penyakit metabolik. Cara pencegahan lain masaalah nyanyuk diatasi dengan meeningkatkan aktiviti otak serta merangsang kesihatan otak.
Bagaimana menanam atau membeli beremi ini???. BEREMI (Bacopa monnieri) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Scrophulariaceae yang dimakan sebagai sayuran di Malaysia sejak zaman dulu. Ramai diantara kita yang tidak pasti sama ada tumbuhan ini sesuai dimakan kerana ada yang mengatakan ia adalah jenis Rumput, ada pula yang kata sebagai Herba, ada juga yang kata sebagai tanaman bunga sahaja. Adakah ia sejenis Sayuran?. Saya pernah melawat kebun yang menanam sayur beremi ini di Melaka dulu yang ditanam diatas batas dikawasan tanah sawah sekitar Alai dan Air Molek kemudian dipasarkan di Pasar Besar Melaka serta Pasar Malam Bukit Baru. Agak sukar kita untuk membeli sayur beremi kerana tidak banyak dijual dipasar besar tetapi kadang-kadang kita boleh jumpa di Pasar Tani, Pasar Malam dan paling mudah kita tanam sendiri dalam pasu di rumah. Spesis Portulaca ini atau beremi juga dikenali dengan nama sebagai Pursley, Purslane, Pigweed atau Little Hogweed di USA iaitu dikategorikan sebagai rumpu trampai (Weeds). Tumbuhan Beremi adalah jenis pokok renek yang tumbuh menjalar dan mempunyai batang serta daun lembut berwarna hijau. Daun beremi mempunyai bentuk bulat lonjong dengan susunan bersilang dan berukuran 0.8 - 1.2 cm panjang. Batangnya lembut dan mudah di patahkan terutama di bahagian dengan pucuk. Bunga beremi berwarna kuning atau putih yang keluar dari bahagian pucuk. Beremi merupakan tanaman yang mudah ditanam sama ada didalam kebun atau didalam pasu. Kawasan tanah yang subur dengan banyak bahan organan sera agak lembab amat sesuai untuk kita buat penanaman beremi. Sediakan batas setinggi 80 - 120 cm tinggi dan 1 meter lebar dikawasan tanah sawah dan sediakan sistem perparitan sempurna dikawasan keliling penanaman. Tanah campuran yang mengandungi baja organan juga sesuai dimasukkan didalam pasu untuk penanaman beremi. Pasu dari bahan plastik, pasu ceramik atau pun bekas buangan terpakai boleh dijaikan pasu untuk penanaman beremi.
Bahan tanaman beremi adalah daripada keratan batang atau keratan pucuk. Ambil keratan daripada beremi yang dibeli dipasar dan potong sepangang 12 - 15 cm panjang dan tanam diatas batas atau didalam pasu. Pastikan kita menanam dengan mata tunas dibahagian atas dan jangan terbalik!. Siram dengan air dan beremi akan tumbuh dengan cepat. Kawalan rumpai dijalankan dengan mencabut menggunakan tangan dan elakkan dari menggunakan sebarang racun rumpai. Pembajaan disyorkan menggunakan baja organan seperti tahi ayam atau lain-lain jenis baja organan. Baja Sebatian NPK 15:15:15 juga boleh digunakan pada kadar yang sesuai. Apa yang saya periksa dikebun, tidak ada sebarang perosak atau penyakit serius yang menyerang tanaman beremi dikebun. Pucuk Beremi boleh di tuai setelah rumpun membiak dengan banyak diatas batas dengan memotongnya dengan tangan atau pisau. Ada sesetengah pengusaha yang mencabut terus beremi hingga keakar sebelum dipotong bawahnya iaitu bahagian akar untuk dijual. Elakkan dari kita memetik pucuk beremi pada pangkal pokok kerana bahagian batang dan daun akan menjadi sedikit keras. Aktiviti menuai akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru. Basuh keratan beremi sehingga bersih dan ikat dengan getah dan sering dijual di pasar malam seperti di asar Malam Bukit Baru, Melaka dengan purata RM 1.00 secekak. Sayur Beremi sesuai dimasak lemak cilu api atau masak pedas tumis atau lebih popular di buat 'Urap Beremi'. Makanan ini sering dimakan bersama nasii dan ikan kering atau lauk lain seperti asam pedas atau sebagainya. Kepada peminat sayur beremi boleh menanam sendiri dikawasan keliling rumah menggunakan sistem pasu untuk mendapatkan bekalan yang segar dan selamat di makan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro tecnology kali ini. Wasallam!!...
DAUN BEREMI .... MUDAH TANAMNYA....
JADIKAN ULAM ...KERABU ENAKNYA...Bahan tanaman beremi adalah daripada keratan batang atau keratan pucuk. Ambil keratan daripada beremi yang dibeli dipasar dan potong sepangang 12 - 15 cm panjang dan tanam diatas batas atau didalam pasu. Pastikan kita menanam dengan mata tunas dibahagian atas dan jangan terbalik!. Siram dengan air dan beremi akan tumbuh dengan cepat. Kawalan rumpai dijalankan dengan mencabut menggunakan tangan dan elakkan dari menggunakan sebarang racun rumpai. Pembajaan disyorkan menggunakan baja organan seperti tahi ayam atau lain-lain jenis baja organan. Baja Sebatian NPK 15:15:15 juga boleh digunakan pada kadar yang sesuai. Apa yang saya periksa dikebun, tidak ada sebarang perosak atau penyakit serius yang menyerang tanaman beremi dikebun. Pucuk Beremi boleh di tuai setelah rumpun membiak dengan banyak diatas batas dengan memotongnya dengan tangan atau pisau. Ada sesetengah pengusaha yang mencabut terus beremi hingga keakar sebelum dipotong bawahnya iaitu bahagian akar untuk dijual. Elakkan dari kita memetik pucuk beremi pada pangkal pokok kerana bahagian batang dan daun akan menjadi sedikit keras. Aktiviti menuai akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru. Basuh keratan beremi sehingga bersih dan ikat dengan getah dan sering dijual di pasar malam seperti di asar Malam Bukit Baru, Melaka dengan purata RM 1.00 secekak. Sayur Beremi sesuai dimasak lemak cilu api atau masak pedas tumis atau lebih popular di buat 'Urap Beremi'. Makanan ini sering dimakan bersama nasii dan ikan kering atau lauk lain seperti asam pedas atau sebagainya. Kepada peminat sayur beremi boleh menanam sendiri dikawasan keliling rumah menggunakan sistem pasu untuk mendapatkan bekalan yang segar dan selamat di makan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro tecnology kali ini. Wasallam!!...
DAUN BEREMI .... MUDAH TANAMNYA....
MERAWAT NYANYUK.. KAJIAN DAH ADA...
KEPADA ANDA... KENAPA TIDAK PERCAYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia..
(5 JamadilAwal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.