Support My Blog

Sunday, January 19, 2020

TANAM STEVIA GANTI KETUM

TANAMAN STEVIA (Stevia rebaudiana) dilaporkan lebih sesuai menggantikan TANAMAN KETUM (Mitragyna speciosa) terutama di negeri2 Utara Semenanjung Malaysia sepertimana yang dilaporkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini. Pada penulis blog kedua jenis tanaman baru ini memang  mempunyai potensi pulangan baik kepada petani cumanya menghasilkan produk bernilai tinggi yang berlainan dari segi perundangan dan keselamatan. Pokok Stevia ini didakwa merupakan sejenis daun gula semulajadi yang asli dan termanis didunia. Ia sesuai di tanam di negara kita dimana kin terdapat lebih 240 spesis dikenalpasti sesuai dikomersilkan. Antaranya adalah seperti spesis Stevia eupatoria, Stevia ovata, Stevia plummerae, Stevia rebaudiana, Stevia salicifolia dan juga Stevia serrata. Tumbuhan ini adalah daripada keluarga  Asteraceaa ( sama dengan famili bunga matahari). Nama Iain tumbuhan ini adalah seperti sweetleaf, sugarleaf atau stevia yang berasal daripada negara asal: Paraguay. Sudahkah anda rasa manisan stevia , manisan yang tidak mempunyai kalori ini, kalori sangat dinakuti oleh semua orang moden di masa sekarang , lebih lebih lagi kaum wanita dan orang yang mempunyai masalah berat badan. Pokok ini menjadi kontraversi dikalangan rakyat Negara yang memerentah dunia oleh kerana Negara itu telah menlabel stevia sebagai perasa makanan, perbuatan ini di cap oleh rakyatnya sebagai menyokong pengeluar gula. Negara negara kaya yang mempunyai pelaburan besar didalam indusri dan pemasaran gula yang sediada tidak akan menyokong manisan stevia, tentu anda tahu kenapa. Tambah tambah lagi pokok ini tidak berapa boleh hidup dinegara mereka. Negara yang tidak bergantung kepada pertanian dan hidup dengan perdagangan (seperti jiran kita) dan mereka ini adalah pedagang gula biasa yang besar,pun tidak akan menyokong manisan stevia. Stevia mempunyai potensi besar Di Malaysia. Pokok ini mempunyai potensi besar di Malaysia dimasa akan datang .Oleh kerana pokok stevia baru diperkenalkan ke negara ini, boleh dikatakan pada keseluruhan permintaan manisan maseh lagi mengunakan gula tebu. Lambat laung kita juga akan mengikut langkah Jepun yang mana keperluan dan pasaran manisannya sebanyak 40% mengunakan stevia. Di Jepun manisan stevia digunakan dengan secara meluas, malahan minuman Coca-cola pun menguna manisan stevia. Memang tanaman ini digalakan ditanam terutama bagi penanam pokok ketum yang melakukannya secara tersembunyi untuk mereka dapat penghasilannya. Artikel tengahari ini saya menulis mengenaii tanaman stevia dan pokok ketum dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Manisan tanpa kalori ini adalah sejenis pokok renek ini sudah terkenal diluar negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tetapi tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak secepat gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit. Bahan kimia (chemical content) daripada kajian oleh pakar kimia Perancis telah menemui bahawa bahan kimia glycosides (stevioside dan rebaudioside) membuat daun stevia menjadi manis. Bahan ini tahan panas, pH yang stabil dan tidak rosak. Stevia ini telah terkenal dan mendapat perhatian kerana ia mengandungi bahan ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih kuat dari gula. Daun stevia adalah 30 - 45 kali lebih manis dari gula biasa (Sila lihat foto disebelah). Bertambahnya permintaan kepada makanan dan minuman sihat yang ada rendah karbohidrat dan gula menjadi permintaan masa kini. Stevia didakwa mampu mengubati obesiti dan darah tinggi.Manisan stevia tidak menaikan kadar gula dalam darah. Kajian perubatan telah mendapati stevia boleh digunakan untuk rawatan hypertension, Teh untuk rawatan jantung dan Rawatan osterporosis. Diantara negara-negara yang sudah mula mengunakan stevia termasuk Malaysia, Colombia, Peru, Paraguay, Uruguay, Israel, China, Jepun, Thailand, Taiwan, Brazil, Amerika Syarikat, Peranchis, Canada, Australia dan New Zealand. Malaysia pun telah mengikut jejak negara lain dan ladang ladang stevia telah mula diusahakan . Di Johor Baru terdapat produk minuman ringan mengunakan manisan stevia atas jenama Stevia sweet telah pun masuk pasaran. Daun Stevia bolih dimakan terus atau dimasukan kedalam minuman teh atau makanan.
Saya menanam beberapa pokok dibelakang rumah saya dan daun stevia yang saya keringkan boleh dimasukan terus kedalam minuman. Ada juga segolongan orang yang mempertikaikan dan kurang yakin dengan kemanisan stevia berbanding gula tebu. Saya syorkan kepada mereka supaya keringkan batang tebu, hancurkan dan masukan suku cawan kemudian masukan air panas, cuba rasa, manis atau tidak? Selepas itu cuba buat yang sama menggunakan daun stevia. Banyak juga blog blog yang memburukkan stevia, jangan lupa kaum asli Amerika Selatan telah mengunakan stevia sejak beribu tahun dan Jepun telah menguna stevia selama 25 tahun. Pengusaha gula semuanya kaya raya, berapa sangat kos hendak bayar kepada penulis blog. yang mengherankan saya tidak pernah disebut pasal 'side effect' gula tebu seperti sakit jantung, darah tinggi ,kencing manis, gemuk dan sebagainya.


Di Malaysia stevia (Stevia rebaudiana) yang kini popular dikalangan usahawan adalah tumbuhan renek dari keluarga Asteraceae yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Tumbuhan ini adalah bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia juga dipanggil sebagai 'Sugar leaf' dan 'sweet leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' didalamnya. Apakah dia yang dikatakan keistimewaan tumbuhan ini?. Kini umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila ianya dimasukkan kedalam mulut dan bercampur dengan air liur seperti kemanisan gula malahan didakwa mempunyai 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula pasir. Ramai juga petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan beberap syarikat tempatan. Produk stevia ini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetik. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereaceae). Sejarah mendapati dimana asalnya tanaman stevia ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr. Moises Santiago Bertoni dimana beliau telah menamakannya sebagai Stevia Rebaudini Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia dari Paraguay. Stevia juga pada penulis didapati merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesies Rebaudiana. Stevia juga merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut dan boleh dibiak menggunakan keratan batang (stem cuttungs). Bagi proses penanaman stevia lazimnya medium semaian yang sesuai digunakan ialah tanah dari jenis poros agar air tidak bertakung selepas ia disiram.


Tanaman Ketum (Mitragyna speciosa Korth., Havil ) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang apabila ia diperkatakan oleh banyak ihak. Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang masih terkawal dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan Ketum ini didapati banyak tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai.


Terdapat dua jenis pokok ketum di negara kita iaitu KETUM DAUN HIJAU dan KETUM DAUN MERAH. Mungkin ramai dikalangan kita tidak pun pernah melihat atau memegang pokok dan daun ketum kerana ia dulu tidak mempunyai kepentingan. Ciri-ciri pokok ketum daun hijau adalah dimana warna permukaan atas daun adalah hijau, warna bahagian bawah daun adalah hijau muda dan urat daun juga HIJAU (Sila anda lihat foto disebelah). Ciri setruktur batangnya adalah Menegak dan bercabang dengan kulit batang lazimnya Licin (Dengan sedikit menggerutu). Lazimnya juga warna kulit batang jenis ini adalah Hijau. Bilangan buah setangkai lingkungan 5-8 biji dimana warna buah muda adalah hijau dan warna buah tua adalah coklat kehitaman. Buah muda didapati berwarna Hijau muda dan buah dewasa adalah berwarna Coklat kehitaman. Bunga bagi ketum jenis ini adalah berwarna Kuning. Jenis ketum daun hijau didakwa kurang 'power' berbanding dengan jenis merah. Kini difahamkan bahawa harga daun ketum ini boleh mencecah RM30 sekilogram bagi pasaran negara ini sementara di Thailand berharga RM80 bagi satu kilogram. Kes-kes penyeludupan daun ketum berlaku hampir setiap hari di Perlis kerana pagar sempadan yang mudah dirosakkan dan ada laluan tikus selain faktor bukit bukau dan kawasan pergunungan. Tanaman daun ketum secara komersial lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah atau mempelam harumanis. Petani yang menanam ketum dan mereka berminat menanam stevia boleh melakukannya. Semuga semua pembaca anim agro technology mendapat infoo berguna kali ini. Wasallam!!!...
GANTU KETUM...MENANAM STEVIA...
KAWASAN TUMPUAN... DI UTARA...
PATUHI PERUNDANGAN... SENTIASA...
PRODUK STEVIA SIHAT... KETUM BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...