Support My Blog

Monday, January 6, 2020

FAKTA TENTANG JANTUNG PISAG

FAKTA TENTANG JANTUNG PISANG (Banana Flowers) iaitu sejenis bunga yang keluar pada tandan pisang (Musa accuminata) dimana ia kemudian menjadi buah pisang apabila matang. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Pada saya jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Satu pokok pisang lazimnya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses asas bagi pendebungaan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan fakta mengenai jantung pisang untuk rujukkan anda semua.

Jantung Pisang yang dijual di Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Satok, Pasar Tamu dan juga ada sesekali terdapat dijual dipasaraya mempunyai pelbagai jenis harga. Di Pasar Malam ia dijual dengan harga RM1.00 - RM3.00 sebiji bergantung kepada saiz, jenis pisang dan juga kesegarannya. Jantung pisang yang lazimnya berwarna merah gelap tahan lama jika disimpan dengan baik. Penulis yang sering jadikan jantung pisang ini sebagai ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Jantung Pisang segar dibuang kulit luarnya beberapa lapisan dan kemudian dibelah dua dan direbus atau dikukus sehingga isinya lembut. Kini beberapa restoren makanan kampong secara tradisional menjual ulam jantug pisang, kerabu jantung pisang, masak lemak jantung pisang dan sebagainya. Lawatan penulis ke Pasar Satok, Kuching mendapati banyak jantung oisang dijual dengan harga yang amat murah dan lazimnya adalah bersifat organik. Jantung Pisang diketahui sebagai ulam dan sayur sebagai makanan wajib yang harus dihidangkan jika ingin hidup sihat. Banyak khasiat didapati dari jantung pisang sebagai sayur-sayuran dimasukkan sebagai makanan yang berada dalam daftar sihat. Diantara berjenis-jenis sayuran kampong ada salah satu sayuran yang harganya murah di pasaran dan salah satunya adalah Jantung Pisang. Tetapi dari segi khasiat ia tidak dengan sayuran lain. Bahagian buahnya buah pisang memang sudah menjadi buah wajib untuk dimakan sebagai 'pencuci mulut'. 

Daripada beberapa kajinan oleh saintis, bagi setiap 25 gram jantung pisang yang boleh dimakan ia mengandungi khasiat terdiri dari sebanyak 31 kilokalori (Kcal) tenaga, 1.2 gram, 0.3 gram lemak, sebanyak 7.1 gram karbohidrat serta beberapa jenis vitamin. Jantung pisang juga mengandungi Vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti Posforan (P), Kalsium (Ca) dan Zat Besi (Fe) dan beberapa lagi. Kandungan yang khasiat pasti akan ramai yang mengiur untuk menngambil jantung pisang menjadi masakan dan makanan yang lazat. Adapun khasiat jantung pisang antara lain mencegah masaalah Stroke. Caranya dengan menggunakan satu buah jantung pisang embun yang direbus. Setelah itu perahkan dan ambil air patinya dan selanjutnya minum sebanyak dua kali sehari untuk ianya diamalkan bagi mencegah kejadian stroke. Bagi mencegak masaalah kolesterol didakwa dimana jantung pisang mampu mengikat lemak jahat dan kolesterol lain yang nantinya akan dikeluarkan. Makan jantung pisang akan menyihatkan perut kerana ia akan melancarkan pencernaan sebab kandungan serat (fiber) yang tinggi. Ia juga sebagai makanan disyorkan bagi penderita diabetes sebab ia memiliki indeks glycomic yang rendah sehingga insulin yang diperlukan untuk ianya mengubah glukosa menjadi tenaga. Jantung pisang yang di rebus saja didapati sangat efektif untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Jantung juga kaya serat dan ianya memang mengandung serat makan (edible fiber) yang tinggi. Jantung pisang juga memiliki kandungan seperti karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin serta vitamin B1. Jantung Pisang adalah diddakwa amat baik untuk diet kerana ia memberikankesan kenyang lebih lama jika dibandingkan dengan nasi putih sebab memiliki serat yang tinggi dan rendah. Ia juga mampu melancarkan peredaran darah dan elakkan pembekuan darah manusia. Paling hebat dimana ia mampu mencegah kanser dimana jantung pisang mampu mengurangkan kesan radikal bebas dimana radikal bebas ini boleh mengakibatkan kerosakan organ yang mengakibatkan penuaan pada beberapa sel. Estrak metanol dalam jantung pisang mempunyai sifat seperti kesan bahan antioksidan yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas.

Resepi yang paling enak dan mudah disediakan berasaskan kepada jantung pisang adalah Masak lemak Jantung Pisang. Makanan ini sesuai dimakan dengan nasi putih terutama untuk hidangan makan tengahari. Antara bahan-bahan untuk Masak Lemak Jantung Pisang dalah seperti 1 biji Jantung Pisang (Bersaiz besar), Satu Biji Cili Merah atau jika mahu lebih pedas gunakan 3 biji Cili Padi (Merah), suku biji keratan Bawang Besar, Satu Ulas Bawang Putih, Satu liter santan kelapa atau dari ½ bj Kelapa, 2 ekor Ikan Bilis, 1 cmt Serbuk Kunyit dan juga bahan perisa penting sebanyak 1 sudu kecil Garam. Cara membuat Masak Lemak Jantung Pisang dengan mengupas kelopak jantung pisang yang berwarna ungu sehingga ia sampai ke lapisan yang berwarna putih. Buang tangkainya dan tuskan getah. Belah kepada 2 bahagian. Kemudian direbus jantung pisang dengan air yang banyak sehingga lembut. Asingkan getah yang kelihatan dalam air jika ada dan tuskan airnya. Apabila sejuk, potong jantung kecil-kecil. Pada masa sama sediakan ramuan tumis dengan bahan cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk kasar. Kemudian dimasukkan bahan ramuan, santan, jantung pisang, serbuk kunyit dan garam kedalam periuk. Nyalakan api dan kawaal pada api yang sederhana besar. Perlu diingatkan agar sentiasa dikacau kuahnya terutama pada bahagian tepi periuk supaya tidak pecah santan sehingga mendidih. Masak sehingga mesuai dan masukan perisa sebelum ianya dihidangkan bersama nasi untuk makan tengah hari atau malam (Sila lihat foto disebelah). Makan lauk ini ketika tengahari memang enak apa lagi kalau ada lauk ikan goreng dan sambal belacan.

Resepi Kerabu Jantung Pisang didapati amat popular masa kini. Selain daripada rasanya yang enak didapati ia mudah disediakan oleh surirumah dalam masa cepat. Kerabu Jantung Pisang memerlukan kos yang murah dan mampu disediakan semua rakyat biasa dan orang kaya. Antara bahan utama yang digunakan untuk buat KERABU JANTUNG PISANG adalah seperti sebiji jantung pisang, 1/2 cawan ikan bilis kecil yang perlu digoreng ranggup, sebiji bawang besar, bahan kelapa parut yang perlu di goreng, Garam, Gula dan juga jus limau nipis secukupnya. Pada mulanya sediakan ramuan masakan atau dinamakan bahan menumis iaitu dari biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2-3 biji cili merah, 1 inci belacan dibakar ditumbuk dengan lesung. Cara membuat kerabu ini dengan mengupas kulit jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut. Kemudian ia dihiris nipis nipis dan rendam dalam air bersama sedikit garam dan diramas sedikit. Masakkan air dalam periuk sampai mendidih dan masukkan jantung pisang tadi. Masak sehingga jantung pisang empuk serta lembut. Kemudian ia perlu ditos dan ketepikan dulu. Kemudian disatukan bahan tumbuk bersama jantung pisang, kerisik, ikan bilis goreng, bawang hiris dan jus limau nipis secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga sebati dan ia sedia untuk dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Ia enak dimakan dengan nasi putih atau begitu sahaja. Tajuk jual jantung pisang dalam blog ini relevan kerana untuk membeli jantung pisang segar di bandar agak sukar berbanding jika kita tinggal dikampong yang banyak menanam pisang. Semuga artikel ini memberikan info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JANTUNG PISANG... APA FAKTANYA...
MUDAH DICARI.. DIPASAR PUN ADA ...
DIMASAK LEMAK... MUDAH SAHAJA ...
MAKANAN SIHAT... ADA KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 630, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(5 jAMADILaWAL 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...