mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 10, 2020

BERAS MERAH DAN BERAS WARNA - MANA BAIK

BERAS PERANG DAN BERAS PUTIH merupakan dua jenis beras yang selalu diperkatakan dikalangan orang yang mementingkan akan kesihatan. Beras adalah sumber karbohidrat yang hebat yang membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga walaupun seseorang cenderung takut kepada karbohidrat dan cuba menghalangnya daripada diet mereka. Penulis blog dapati apa yang penting maknan ruji beras atau nasi ini adalah ia mampu memberi tubuh anda karbohidrat yang mencukupi. Lazimnya beras yang ditanak menjadi nasi adalah pilihan yang sempurna memenuhinya dimakan dengan pelbagai jenis lauk atau resepi masakan berbeza. Kita ada makan Nasi Ayam, Nasi Beriyani,Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Goreng, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Hujan Panas, Nasi Dagang, Bubur Nasi dan semestinya Nasi Putih.. Ia ekonomi dan serba boleh. Beras dan nasi merupakan salah satu makanan asasi atau makanan ruji yang terbanyak dikalangan penduduk dunia terutama dikawasan tropika dan Asia. Makanan lain yang diambil diseluruh dunia termasuk gandum, daging, jagung dan sebagainya yang berasaskan bijirin (cereal). Telah banyak dipaerkatakan dimana mana yang terbaik antara berbagai jenis beras dimakan manusia.  Penulis blog sering terima pertanyaan dari lebih dari 21 juta pembaca sehingga kini dan sudah biasa kita dengar dalam kalangan ramai orang bahawa pengambilan beras perang atau brown rice dikatakan bagus untuk mengurangkan berat badan dan dapat menjamin paras kolestrol yang sihat. Namun mereka juga memberi info dimana ada juga yang berpendapat bahawa pengambilan beras putih sebenarnya lebih bagus berbanding beras perang kerana kandungan asid yang lebih tinggi. Berdasarkan perkongsian dari pakar dietary pemakanan dan kesihatan ini terdapat beberapa fakta dan disenaraikan beberapa info sebelum anda memulakan pengambilan brown rice supaya tidak tersalah pilih cara pemakanan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincangkan secara akademik mengenai pengambilan beras perang atau bersa putih yang sesuai dengan kita untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Sebelum jauh membincangkan perkara ini saya nyatakan berbagai jenis beras menawarkan perisa dan nutrien yang berlainan. Pertama adalah Jenis BERAS PUTIH (White Rice) dimana beras ini adalah dari padi putih iaitu jenis beras yang diproses untuk mengeluarkan sekam, lapisan bran dan kuman. Proses ini juga memberi kesan kepada nutrien dalam beras putih, menjadikannya paling kurang nutrisi di antara 4 jenis beras. Lazimnya dari kajian didapati setiap 100g beras putih mengandungi 6.3g protein. Beras putih dengan bijirin panjang lebih rendah dalam indeks glisemik. Tubuh memecahkan beras putih dengan cepat. Jadi, jika anda makan terlalu banyak nasi putih, anda akan berakhir dengan terlalu banyak karbohidrat. Kedua adalah BERAS PERANG (Brown Rice) dimana beras perang adalah bijirin dimana hanya luar sekam dikeluarkan. Bran kekal memberikan beras perang tekstur kenyal dan rasa kekacang (nutty) serta masa memasak yang lebih lama. Biasanya bran melakukan fungsi yang baik untuk melindungi nutrien di dalam beras. Biasanya beras perang lebih kaya dengan nutrien berbanding beras putih.vDilaporkan dimana bagi setiap 100g beras merah mempunyai kira-kira 7.2g protein dan 3.2g serat. Ia juga penuh dengan magnesium, tiamina, zat besi, dan zink. Beras perang mempunyai indeks glisemik sederhana, yang bermaksud ia boleh memelihara perut anda untuk tempoh yang lebih lama berbanding dengan beras putih. Ketiga adalah BERAS HITAM (Black Rice) dimana Beras hitam memang sangat berbeza dengan beras putih dan beras perang.vIa mempunyai rasa kekacang dan tanah yang kuat dan masa memasak yang lebih lama. Dimakmal mendapati bagi setiap 100g beras hitam memang ia mengandungi 9.1g protein dan 4.7g serat. Oleh kerana beras hitam mempunyai indeks glisemik rendah maka lazimnya mereka yang menghidap diabetes akan mendapat manfaat daripada memakan beras hitam. Dipercayai beras hitam menyediakan lebih banyak antioksidan daripada beri tetapi kurang gula dan lebih banyak serat. Ke 4 adalah jenis BERAS MERAH (Red Rice) dimana beras merah yang mana ia telah dipenuhi dengan jenis antioksidan yang dipanggil antosianin yang dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi, mengurangkan risiko kanser dan menguruskan berat badan. Padi merah boleh dengan atau tanpa sekam. bagi setiap 00g beras merah mengandungi 7g protein dan 2g serat. Ia juga mengandungi jumlah nutrien yang lebih tinggi (mangan, magnesium, selenium dan lain-lain) menjadikannya sumber makanan yang berguna untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung. Kandungan serat yang tinggi juga dilapor membantu memperlahankan proses pencernaan , memperkuat sistem pencernaan dan memperlambat proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula darah.

Penulis blog memang sejak dulu suka makan beras putih (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika anda hendak mempertimbangkan semula untuk mengambil beras putih menurut laporan dari 'The American Journal of Clinical Nutrition' baru-baru ini menjalankan kajian yang mengesahkan bahawa beras perang adalah pilihan lebih menyihatkan untuk diet anda. Beras perang pada dasarnya hampir sama seperti beras putih seperti sebelum ia dikenakan beberapa proses. Biasanya untuk memproses beras menjadi kepingan putih atau beras putih yang kita beli di kedai-kedai pertamanya pada bahagian luar kulit dan bran sudah pun diasingkan. Ini menjadikan beras lebih ringan dan lebih cepat untuk dimasak. Beras ini telah dihilangkan akan beberapa khasiat semula jadi seperti serat, protein, thiamine, kalsium, magnesium dan kalium. Kebanyakan orang ramai mungkin tahu bahawa serat penting untuk pencernaan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Sama ada anda perasan bahawa beras putih biasanya dilabelkan “kaya dengan”? masih boleh dipertikaikan. Beras putih biasanya penuh dengan khasiat tambahan. Ini kerana proses-proses yang berlaku membuangkan kebanyakan khasiatnya seperti besi, vitamin, zink dan magnesium. Malahan kelebihan pada beras putih adalah ia mempunyai nutrien yang ia tidak menawarkan keperluan nutrisi minimum seperti disyorkan oleh pihak Federal Drug Administration (FDA). Diatas sebab ini maka beras putih diproses secara kimia dengan vitamin dan zat besi supaya ia boleh dijual di pasar raya. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa beras perang adalah lebih tinggi dengan mineral dan vitamin. 

Didakwa dimana Beras Perang kaya dengan Selenium dan juga beras perang yang mana sangat tinggi kandungan selenium merupakan sejenis mineral yang penting untuk mengelakkan kita terkena pelbagai penyakit. Dalam pada itu beras perang ada bahan sangat tinggi unsur Manganese dengan mana setiap satu cawan beras perang memberikan lebih daripada 80% keperluan mangan seharian kita. Mineral ini membantu tubuh manusia mencipta asid lemak penting yang membina kolesterol sihat. Ia juga memberi manfaat kepada kesihatan sistem saraf dan sistem pembiakan. Beras Perang juga didapati mengandungi Minyak Semulajadi dimana ia ada terdapat dalam beras perang boleh membantu badan mengurangkan LDL kolesterol (juga dikenali sebagai kolesterol jahat). Beras Perang mampu menggurangkan Berat Badan kerana sifatnya yang kaya dengan gentian dan keupayaan untuk mengekalkan fungsi usus yang sihat, beras perang “menggerakkan sesuatu” dengan cara yang menggalakkan penurunan berat badan dan meningkatkan fungsi metabolik. Selepas penggambilan satu mangkuk beras perang, anda akan merasa lebih kenyang walaupun makan dengan jumlah yang lebih sedikit. Beras Perang jenis  Bijirin Penuh (Whole Grain) memang tidak seperti beras putih dimana beras perang mengandungi lebih bijirin. Kajian menunjukkan bahawa enam hidangan bijirin penuh setiap minggu dapat menurunkan penciptaan plak pada arteri dan mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung serta masalah kolesterol tinggi. Seterusnya beras perang adalah berfungdi sebagai bahan Antioksidan dimana ramai orang mengaitkan antioksidan dengan “blueberry” dan teh hijau, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa beras perang juga merupakan sumber antioksidan yang baik. 

Kehebatan Beras Perang adalah dimana ia didakwa mengandungi sangat Tinggi Kandungan Serat (Fiber). Berdasarkan kepada kajian telah mengaitkan dengan pengambilan bijirin penuh (whole grain) seperti beras perang dapat menurunkan kadar kanser kolon. Ini mungkin disebabkan kandungan seratnya yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa serat sebenarnya melekat kepada bahan-bahan penyebab kanser dan toksin, membantu untuk tujuan ianya menghapuskan mereka dari badan dan menjaga mereka daripada melekat pada sel-sel di dalam usus kita. Beras perang juga mengandungi komponen yang diperlukan untuk menstabilkan penghadaman, mencegah/melegakan sembelit dan menggalakkan fungsi usus yang baik. Beras Perang juga merupakan beras yang ada ciri Pelepas Gula Yang Pelahan (Slow release Sugar) iaitu tidak seperti beras putih. Memang  beras perang boleh membantu menstabilkan kandungan gula darah dengan mengeluarkan gula secara perlahan-lahan. Ini menjadikan ia pilihan yang lebih baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) berbanding dengan beras putih. Walaupun kajian di Asia telah menunjukkan perhubungan antara pengambilan nasi putih atau beras putih terhadap risiko diabetes jenis 2, penyelidikan baru menunjukkan bahawa individu yang makan sekurang-kurangnya dua hidangan mingguan beras perang boleh mengurangkan peluang mereka mendapat kencing manis 2 sehingga 11 peratus. Semuga anda semua mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERAS MERAH...BERAS PUTIH ADA...
ENAK BERAS PUTIH...SUDAH BIASA...
BERKHASIT... DIJELASKAN SEMUA...
ANDA BIJAL... PILIH YANG MANA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...