Support My Blog

Wednesday, January 22, 2020

NANAS COBEK - APA DIA?

NANAS COBEK (Ananas comosus) merupakan satu varieti nanas yang baru diperkenalkan di negara ini terutama di Kelantan oleh usahawan tempatan. Nanas Cobek ini asalnya adaah gelaran kepada perbuatan 'Cubit' apabila setiap mata nanas ini mudah dicubit dan dimakan. Penulis blog yang telah menulis mengenai nanas melebihi 240 artikel di dalam blog ini mendapati nanas ini memang sesua untuk diperluaskan penanamannya dikawasan lain selain dari Kelantan. Ini kerana tanaman nanas sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai tanah subur, perparitan baik dan penjagaan amalan agronomi yang dipraktikkan. Apa pun terkini Nanas Cobek yang telah viral baru-baru ini merupakan nanas istimewa kerana ia hanya perlu di cubit mengunakan tangan untuk menikmati isinya disamping rasanya yang begitu manis dan berjus. Nanas ini masih diperingkat perhatian pihak Jabatan Pertanian dan LPNM sehingga ianya sesuai didaftarkan di negara kita mengikut SOP Pendaftaran Varieti Tanaman yang mana penulis blog ada juga terlibat. Di Malaysia sehingga kini terdapat 12 varieti nanas yang telah didaftarkan dibawah Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian iaitu daripada AC1 sehingga AC12. Berkemungkinan jika varieti ini didaftarkan akan menerima nombor AC13 atau AC14. Apa pun perlu ada ciri-ciri yang unik pada nanas ini untuk dijadikan sebagai varieti baru nanas di Malaysia walau pun kemungkinan nanas ini adalah dibawa masuk dari negara jiran dan telah mengalami adaptasi di Malaysia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan Nanas Cobek yang didakwa manis, senang dimakan dengan mencubitnya dan sesuai untuk dimakan segar untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Selain di viralkan didalam Facebook LPNM dan beberapa orang penimat nanas, Nanas Cobek juga telah di laporkan oleh akhbar Berita Harian bertajuk "LPNM cadang Nanas Cobek didaftar varieti nanas kebangsaan" pada 20 Januari 2020 (cantik nombor tarikh itu 20.1.20). Nanas ini ditanam di Daimler Goxvilla Farm yang mana ia terletak di Kampung Pulau Kerbau di usahakan oleh  pengusaha nanas Mohd Ali Daim Ibrahim. Pihak Jabatan Pertanian dan LPNM akan membuat siasatan dan laporan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan bagi Nanas Cobek berkemungkinan sebagai varieti nanas AC 13 jika dilakukan pada tahun 2020 ini. Pada penulis blog kewujudan varieti nanas untuk makan segar ini akan merancakkan lagi industri penanaman dan pengeluaran nanas negara selain daripada nanas popular sedia ada seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas Yankee dan sebagainya. Saya percaya apabila Jabatan Pertanian berjaya mendaftarkan nanas ini ianya memang akan melonjakkan permintaan terhadap varieti itu sekaligus memberikan keuntungan kepada pekebun nanas. Pada penilaian awal penulis blog mendapati nanas jenis ini juga mempunyai nilai komesial berikutan keunikannya yang hanya perlu dicubit untuk dimakan berbanding nanas jenis lain yang dimakan seletah dipotong dengan pisau tajan dan dibuang kulitnya selain harganya yang tinggi.

Lazimnya didalam proses pendaftaran varieti pihak yang ingin mendaftar seperti LPNM akan mendapatkan nasihat teknikal daripada Jabatan Pertanian bagi mengesahkan morfologi Nanas Cobek itu melalui penciriannya sebelum didaftarkan di bawah varieti nanas kebangsaan. Penulis blog berpeluang membuat ujirasa nanas Cobek ini daripada rakan dari Kelantan yang mengikuti rombongan LPNM ke lokasi tersebut. Pada masa ini dilaporkan dimana hanya ladang Nanas Cobek di Daimler Goxvilla Farm, Kampung Pulau Kerbau, Tumpat yang didakwa luas menanmnya sekitar 11.5 ekar berperingkat umurnya. Nanas ini dilakukan amalan agronomi sama dengan penanaman nanas lain yang ditanam diatas tanah mineral dengan dibuat batas tanaman dan dipasang plastik silvershine (Sila lihat foto disebelah). Penanam nanas MD2 diatas tanah mineral tidak mempunyai masaalah untuk menanam nanas ini kerana teknik dan amalan agronominya adalah hampir sama. Nanas ini boleh dituai diantara 15- 18 bulan bergantung kepada pengurusan tanaman.  Bagaimana pun dilaporkan pada masa ini bekalan benih sulur nanas ini masih terhad dan jaau ada pun mungkin setahun dua lagi apabila ladang di Tumpat ini mampu menghasilkan sulut benih nanas cobek dengan kuantiti lebih banyak.

Dalam penyataan oleh pengusaha kebun nanas ini kepada pihak media sebelum ini melaporkan "nanas cobek" yang begitu rapuh sehingga boleh dikupas dengan tangan mampu memberikan hasil lumayan kepada penanamnya walaupun baharu memasuki pasaran negara ini. Pekebun nanas sedia ada yang mengusahakan nanas jenis itu akan turut didaftarkan sebagai pembekal benih oleh JAbatan Pertanian dan LPNM dalam usaha untuk memperluaskan lagi penanaman varieti nanas cobek bagi menampung keperluan permintaan benih. Memandangkan varieti nanas cobek masih lagi baru maka pihak LPNM akan memfokuskan untuk memperbanyakkan benih serta usaha menggalakkan pekebun sedia ada untuk menanam varieti itu. Selain di Tumpat dilaporkan dimana nanas varieti cobek ini memang ada ditanam di Kuala Krai. Pada penulis blog mendapati Negeri Kelantan terkenal dengan kepelbagaian varieti tanaman nanas yang mana sebelum ini penulis blog terlibat didalam mengenalpasti dan mendaftarkan Varieti Nanas Madu Kaca (AC11) iaitu pada pada 2018. Kini dimaklumkan dimana keluasan keseluruhan tanaman nanas di negeri Kelantan adalah seluas 178.26 hektar pada 2018 dan keluasan ini terus meningkat saban tahun. Dipercayai nanas cobek ini apabila telah meluas ditanam akan mudah dibeli dipasaran. Bagaimana pun nanas ini mudah berair hanya untuk pasaras domestik tidak seperti nanas MD2 yang mampu bertahan melebihi 30 hari yang sesuai untuk pasaran eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

NANAS COBEK...NANAS CUBIT SAMA...
ADA DIKELANTAN... PELIK BUNYINYA...
PERLU MENCUBIT SAJA... MANISNYA...
DAPATKAN BENIH... KITA TANAM SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(23 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...