Support My Blog

Thursday, January 2, 2020

FAKTA TENTANG UNTA

UNTA (Camelus spp) merupakan sejenis haiwan yang tinggal dikawasan padang pasir yang panas dan kering. Haiwan ini dipanggil sebagai Unta (Melayu), Camel (Inggeris), Jamal, Ibil (Arab) iaitu haiwan daripada keluarga Camelidae. Terdapat dua jenis unta iaitu berdasarkan kepada struktur bonggol dibelakangnya sama ada unta ini mempunyai satu bonggol (Camelus dromedarius) atau unta dua bonggol (Camelus bactrianus) yang unik bentuknya (Sila lihat foto paling bawah sekali). Unta bonggol tunggal lazimnya berada di benua Afrika Utara dan Asia Barat sementara unta berbonggol kembar selalunya berada di utara dan timur Asia Tengah. Kedua-dua jenis unta ini memang berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae. Haiwan yang ada didalam kumpulan unta adalah seperti Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Unta berbonggol kembar selalunya akan mempunyai dua lapis bulu iaitu selapis bulu halus yang hangat di dalam dan selapis lagi adalah bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini akan menggugurkan kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 cm) dipintal menjadi 'yan' untuk kerja kaitan. Unta menghasilkan 2 kilogram bulu setahun. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa fakta tentang unta untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Dalam pada itu manusia telah lama mereka menjinakkan unta dan menternak unta sebagai haiwan dagangan semenjak lama. Ada rekod yang menyatakan manusia sudah membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu untuk kedua-dua jenis unta yang disebutkan diatas (C. dromedarius dan C.  bactrianus). Dan kini masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu untuk dagingnya dan sebagai haiwan tenaga untuk pengangkutan. Jangka hayat purata seekor unta adalah 40 - 50 tahun. Unta adalah besar dimana seekor unta dewasa semasa berdiri setinggi 1.85 m diukur pada paras bahu dan 2.15 m diukur pada puncak bonggolnya. Unta boleh berlari sehingga 65 km sejam atau sekitar 40 batu sejam iaitu satu larian pada jarak dekat dan ia mampu untuk mengekalkan kelajuan sehingga 40 km/jam. Unta jenis dua bonggol lebih besar dengan berat badan mampu mencecah sehingga 300 - 1,000 kg dengan membawa barang dagangan dizaman dulu. Biasanya jenis unta dromedaris jantan mempunyai organ unik di kerongkongannya (Dulla) iatu satu pundi kembung besar yang menjulur keluar dari mulutnya apabila dalam keadaan mengawan. Ia digunakan semasa unta ini menunjukkan dominasi dan menarik unta betina. Ia menyerupai lidah merah jambu panjang, membengkak tergantung keluar dari tepi mulutnya. Pasangan Unta mengawan dengan kedua-dua unta jantan dan betina duduk di atas tanah iaitu dengan unta jantan memanjat dari belakang. Haiwan unta (Camelids) juga adalah adalah satu-satunya yang mengawan dalam keadaan duduk.


Semasa kecil dulu difahamkan dimana unta simpan air dibonggolnya. Akan tetapi sebenarnya unta tidak menyimpan air dalam bonggol mereka secara langsung seperti yang pernah lazimnya dipercayai. Bonggol sebenarnya merupakan takungan tisu lemak pada badan yang tertumpu pada bonggol. Ini adalah untuk meminimakan kesan tebatan yang berlaku sekiranya lemak tersebar pada seluruh badan unta dan untuk membantu unta terus hidup dalam iklim panas. Apabila tisu ini dimetabolismakan maka apa yang jadi ia akan menghasilkan lebih daripada satu gram air untuk *setiap gram lemak yang diproses. Metabolisma lemak ini berlaku sambil dapat melepaskan tenaga dimana proses ini akan turut menyebabkan air terpeluwap dari paru-paru semasa pernafasan (kerana oksigen diperlukan untuk proses metabolik). Ini membolehkan berlaku secara keseluruhannya iaitu terdapat penurunan bersih bagi air. Bulu unta yang tebal merupakan satu dari pelbagai adaptasi yang membantunya di kawasaan di gurun. Unta mempunyai siri penyesuaian fisiologi yang membolehkan mereka untuk bertahan jangka masa yang lama tanpa apa-apa sumber air luar. Unta tidak sama dengan jenis haiwan mamalia lain dimana sel darah merah mereka berbentuk bujur dan bukannya berbentuk bulat. Ini memudahkan aliran sel-sel darah merah semasa dehidrasi (kekeringan) dan menjadikan mereka lebih hebat untuk menahan variasi tinggi osmosis tanpa pecah apabila minum air yang banyak: seekor 600 kg. Kajian menunjukkan dimana unta boleh minum sehingga 200 Liter air dalam masa selama hanya tiga minit sahaja. 


Haiwan Unta juga memang mampu menahan perubahan pada suhu badan dan pemgambilan air yang akan membunuh kebanyakan haiwan lain. Suhu mereka adalah di antara 34 °C (93 °F) semasa subuh dan meningkat dengan sekata pada 40 °C (104 °F) menjelang matahari terbit pagi, sebelum mereka menyejuk pada waktu malam sekali lagi. Unta mamu untuk mengekalkan suhu otak dalam had tertentu adalah penting bagi haiwan. Dalam perkara ini biasanya untuk memlakukannya unta mempunyai organ dikenali sebagai 'rete mirabile' iaitu sebuah jalinan kompleks arteri dan pembuluh (vein) yang terletak sangat hampir antara satu sama lain yang menggunakan aliran darah yang berlawanan untuk menyejukkan darah yang mengalir ke otak. Memang haiwan unta jarang berpeluh walaupun suhu ambien mencapai kepanasan sehingga 49 °C (120 °F). Difahamkan mana-mana peluh yang terbentuk akan ianya menyejat pada tahap kulit dan bukannya pada permukaan kot mereka. Ini menyebabkan haba pengewapan datang dari haba badan dan bukannya daripada haba ambien. Unta juga dapat menahan kehilangan 25% daripada berat badan mereka melalui peluh dimana bagi kebanyakan mamalia lain hanya boleh menahan kira-kira 12-14% dehidrasi sebelum kegagalan jantung akibat daripada gangguan peredaran darah. Apabila unta menghembukan nafas keluar, wap air terperangkap dalam lubang hidung dan diserap semula ke dalam badan sebagai satu cara untuk menyimpan air. Unta memakan rumput hijau boleh menelan kelembapan yang mencukupi dalam keadaan yang serdahana untuk unta mengekalkan keadaan kelembapan tubuh mereka tanpa perlu minum.


Dalam pada itu dilihat dimana mulut unta mempunyai lapisan keras tebal yang membolehkan mereka untuk mengunyah tumbuhan berduri padang pasir. Bulu mata yang panjang dan rambut telinga yang dilihat bersama-sama dengan lubang hidung yang boleh ditutup akan membentuk halangan terhadap pasir. Jika pasir lekat pada mata mereka lazimnya unta boleh menyapunya dengan menggunakan kelopak mata ketiga telus. Gaya unta berjalan dan kaki melebar juga akan membantu mereka bergerak tanpa tenggelam ke dalam pasir. Buah pinggang dan usus unta sangat berkesan dalam cara menyerap air. Air kencing unta keluar seperti sirap tebal dimana najis unta begitu kering sehinggakan ia tidak perlu dikeringkan apabila orang kaum Badwi menggunakannya sebagai bahan bakar. Sistem imunisasi unta berbeza berbanding mamalia-mamalia lain dimana biasanya ia mempunyai antibodi yang kuat yang telah terbentuk sejak 50 juta tahun lalu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Artikel asal dirujuk juga kepada wikipedia dan beberapa buku lain. Wasallam!..
 HAIWAN PADANG PASIR... ITU UNTA...
HAIWAN PENGANGKUTAN.. DIGUNA... 
SEJAK JUTA TAHUN... IA TERCIPTA...
MEMBACA ARTIK... BERHJUMPA FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...