Support My Blog

Wednesday, January 1, 2020

IKAN DALAM ISLAM - APA DIA

IKAN (Fish) merupakan sejenis haiwan yang ada disebut didalam AlQuran didalam Al-Quran dan menjadi sumber makanan diseluruh dunia. Ikan merupakan haiwan hidup yang mempunyai tulang belakang serta ia hidup didalam air.  Surah Al-Nahl ayat 16:14 bererti " Dialah tuhan yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daging yang lembut (ikan) daripadanya; dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai; dan engkau melihat kapal-kapal belayar padanya, supaya (melalui nikmat ini) kamu dapat mencari limpah kurnia-Nya dan bersyukur.". Terdapar berbagai jenis ikan yang hidup didalam air sama ada perairan air masin dilaut mahupun air tawar. Sehingga kini pun jumlah sebenar jenis ikan belum lagi muktamad tetapi dijangkakan memang melebihi 20,000 jenis. Bagaimana pun bukan semua jenis ikan boleh dimakan manusia kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang sesuai. Dalam Islam dinyatakan dimana hanya sekitar 2% sahaja daripaka spesis ikan boleh dimakan dan selamat dimakan manusia. Jangan keliru dengan pemahaman tentang ikan yang biasa anda lihat kerana ia juga termasuk haiwan seperti ketam, udang, kerang, sortong, lokan, metimun laut (gamat) dan sebagainya.  Walau pun Rasullullah saw tinggal dikawasan padang pasir yang jauh daripada sumber air laut namun kandungan al-quran melalpui sempadannya. Terdapat beberapa ayat yang berkaitan dengan hidupan laut seperti didalam Surah Al-Nahl, Surah al-Madiah, Surah Al-A'raf dan juga Surah Al-Kahf. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Ikan dan Islam berdasarkan kepada buku rujukkan 'Indahnya Permakanan dan Perubatan Islam' iaitu sebuah buku yang dihadiahkan oleh PLP Air Hitam, Johor sempena persaraan saya untuk bahan rujukkan anda.


Dalam konteks permakanan Islam semua jenis ikan adalah halal dimakan KECUALI yang mengandungi racun atau yang boleh memudharatkan manusia. Di negara dari pengalaman penulis blog dapati antara ikan beracun yang tidak boleh dimakan adalah Ikan Buntal yang mengandungii racun terutama pada hati dan juga kulitnya (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaiana pun kini ada usaha mengkomersilkan ikan bintal ini di Sarawak yang mana ia diproses dan kini dieksport keluar negara seperti ke Jepun. Kehebatan mengenai ikan ini dimana ikan yang telah mati dan terapung diatas air laut pun masih boleh dimakan selagi ikan itu tidak busuk dan memudaratkan jika dimakan. Ia ditegaskan oleh Ibnu Abbas dengan katanya "Tidak mengapa mengambil (memakan) iakan yang terapung". Jika haiwan ternakan seperti kambing atau burung (ayam) yang disemeblih oleh orang kafir atau disembelih tanpa menyebut nama Allah swt maka haiwan itu haram dimakan. Namun begitu jika ikan itu ditangkap oleh orang kafir , maka ikan itu masih boleh dimakan. Ikan merupakan sejenis haiwan makanan dalam Islam yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Ikan memang kaya dengan sumber protin dan lemak untu membekalkan tenaga dan kesihatan kepada pemakannya.


Ikan ada sumber PROTIN yang sangat tinggi yang telah lama dimakan oleh manusia. Kandungan protin didalam isi ikan adalah tingi dimana ia berbeza-besa mengikut jenis ikan, habitat ikan itu ditangkap, permakanannya, musimnya dan juga tahap tumbesarannya (umur ikan).  Secara amnya dilaporkan isi ikan mempunyai kadar kandungan protin sekitar 11 - 24% daripada berat basahnya. Penulis blog semasa berkunjung ke Pasar Yanjung, Tawau di Sabah sangat exited melihat banyak jenis ikan laut yang segar dijual dengan harga jauh lebih murah daripada pasar di Semenanjung (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun terpegun melihat produk Lumpa Ikan yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit di pasar tersebut (Sila klik Disini) untuk membacanya. Protin ikan pula merupakan jenis protin yang tinggi nilai permakannya dimana ia mudah dihadam dalam sistem penghadaman manusia berbanding dengan prootin daripada daging haiwan lain. Ini disebabkan oleh ikan yang mempunyai jumlah tisu pengikat yang sedikit berbanding dengan daging lembu atau haiwan lain.  Protin ikan juga mempunyai profil asid amino yang lebih baik berbanding dengan daging lembu, khinzir, ayam dan susu.  Saintis juga ada menjumpai perkara dimana protin ikan memiliki total asid amino yang lebih baik.


Dalam pada itu isi ikan didapati memang memilikki kandungan LEMAK yang lebih rendah berbanding dengan haiwan lain. Walau pun kandungan lemak ikan rendah akan tetapi ia mempunyai kualiti lemak yang tinggi kerana lemak ikan mengandungi bahan asid lemak iaitu jenis Omega -3. Asid lemak didalam omega3 mendominasi lemak didalam ikan iaitu kadar berlipat kali ganda daripada didalam daging haiwan lain seperti lembu, khinzir dan juga ayam. Asid Lemak omega 3 didakwa mampu untuk proses perkembangan otak, kesihatan mata dan juga kesihatan jantung serta penyakit menahun (penyakit yang lama). Antara jenis asir omega 3 didalam ikan dikenali dengan nama iaitu Eiscosapantaeinoic Acid (EPA) yang penting didalam pencegahan penyakit jantung. Dilaporkan EPA ini memilikki fungsi uuntuk menghalang pembentukkan tromboxane. Tromboxane merupakan substrat yang menyebabkan berlakunya penggunpalan darah. Dalam pada itu bahan Docoshexanoic Acid (DHA) pula merupakan asid lemak omega 3 yang banyak dikaitkan dengan tingkat kecerdasan seseorang yang mengambilnya. Didalam otak manusia memang dilaporkan dimana terdapat sistem saraf yang berperanan untuk menerima maklumat dan ia diteruskan atau dihubungkan kesaraf yang lain. 


Dalam Ikan jug banyak kandungan bahan MINERAL seperti zat Kalsium (Ca), Besi (Fe), Zink (Zn) dan Selenium (Se). Sebanyak 99% daripada kalsium didalam tubuh manusia terdapat dalam tulang dan gigimanakala bakinya berada didalam darah dan cairan badan. Kehilangan kalsium didalam badan akan berlaku seiring dengan peningkatan usia seseorang. Amatlah penting bagi setiap orang untuk mendapatkan densiti tulang dengan mengambil kalsium. Sumber utama kalsium adalah susu dan produk tenusu. Tulang ikan yang berukuran kecil (halus) boleh menjadi alternatif kerana ia juga memiliki bioavailabiliti yang tinggi. Disyorkan agar makan isi dan tulang ikan (yang diproses) didalam meningkatkan kalsium dalam badan. Ikan mengandungi zat besi jenis heme yang lebih mudah untuk diserap. Walau pun kandungan zat besi dalam daging ikan rendah dibanding dengan daging lembu tetapi ia mudah diserap. Ikan juga mengandungi banyak VITAMIN seperti vitamin A yang membantu peglihatan, kekebalan tubuhbadan dan juga perkembangan janin dan bahan antioksidan. Kandungan vitamin A dalam ikan adalah lebih tinggi daripada daging haiwan lain. Terdapat juga vitamin D dalam ikan yang penting untuk proses pembentukkan tulang. Minyak hati ikan memang banyak kandungan vitamin D yang kini sudah dikomersilkan. Semuga anda semua mendapat info berguna dari tulisan artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DIDALAM AIR... HIDUPANNYA ADA IKAN...
BERBAGAI JENIS... IA UNTUK DIMAKAN...
BERKHASIAT....LEMAK DAN PROTIN...
DALAM ISLAM...MEMANG ADA SEBUTAN...

By,
MA\ Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).
Selamat Tahun Baru 2020!....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...