KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, March 29, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 5)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini.


Tanaman pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5meter. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.



Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 5 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA193 (Tiada maklumat - didaftarkan pada 1973) sehingga MA212 (Mangga Merbok - didaftarkan pada 1979). Jadual tersebut juga menunjukkan banyak varieti mangga telah pupus atau tidak dapat di kesan seperti MA195, MA196, MA197, MA198 dan MA199. Kemungkinan mangga tersebut 'hilang' akibat perang dunia kedua, musnah akibat bencana alam atau serangan penyakit atau perosak. Didalam senarai tersebut saya dapati varieti Melele (MA204) merupakan mangga yang masuk dalam senarai mangga disyorkan. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.Wallahualam!.

VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
NAMA MELELE...DISYOR MENANAMNYA...
VARIETI LAIN ... TIADA MAKLUMATNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 1510, Arwana Resort,
Pulau Perhentian ,
Terengganu, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 27 March 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...