Support My Blog

Friday, March 7, 2014

UDANG KARA

UDANG KARA AIR TAWAR atau dipanggil Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan Red Claw merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama. Selalunya sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja yang berani mencuba dan mereka yang berduit serta mempunyai minat makan makanan eksotik ini. Saya hanya beberapa kali sahaja makan udang kara kerana sangat kurang berpeluang mendapatkannya.  Udang Kara mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah lazimnya faktur harganya lebih baik atau lebih mahal daripada jenis udang galah dimana ia adalah lebih berat timbangannya. Walau pun jarang untuk kita membeli udang kara dipasar, kalau ada dijual, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram atau lebih lagi bergantung kepada bekalan dan kesegarannya. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Mungkin ramaii kurang tahu yang udang kara air tawar boleh diternak di negara kita secara komersil. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai udang kara untuk dijadikan bacaan dan rujukkan dilakangan pembaca semua.


Dalam saya membuat rujukkan, didapati udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaankualiti air pada kadar hingga pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium (Sila lihat foto udang kara dalam akuarium disebelah yang menarik). Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Pemilik akuarium udang kara yang cantik berwarna kebiruan ini sanggup berbelanja lebih bagi menyediakan akuarium, hiasan dalaman dan makanan serta ubatan untik dijadikan keseronokkan melihatnya. 


Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Ia boleh diternak didalam bekas tong plastik besar yang dipasang dengan sistem ternakan udang yang diletakkan dikawasan rumah terlindung (Lihat foto sebelah). Bahan yang digunakan (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut yang suka bersembunyi. Kebanyakan udang kara ini mempunyai tabiat makan udang lain atau makanan ikan kecil dan lambat membesar apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan). Pengasingan udang mungkin perlu dibuat pada saat seperti ini dalam tangki pemeliharaan.


Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian untuk udang kara juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri (Lihat foto sebelah). Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium daripada jenis yang tenggelam (ada pellet yang jenis timbul dipermukaan air). Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.


Udang Kara dihidangkan dalam bentuk masakan istimewa seperti di goreng berempah, masak sambal, dibakar atau cara-lain yang diminati oleh peminatnya. Lazimnya ia berharga agak mahal jika ianya bersaiz besar yang dihidangkan direstoran-restoran makanan laut, hotel lima bintang atau premis masakkan yang ekslusif. Untuk itu kita boleh beli sendiri udang kara bersaiz kecil dipasar dan masak sendiri dirumah kerana pada saya udang kara bersaiz kecil ini lebih manis dan sedap. Hidangan udang kara boleh dimakan begitu sahaja tetapi dikalangan masyarakat kita lazimnya dimakan dengan nasi putih. Semuga anda kenal akan udang kara. Akan disambung artikel berikut nanti. Sila follow....

AGAK MAHAL.. ITU UDANG KARA...
RM 60 SEKILOGRAM... KALAU ADA...
MUDAH DITERNAK...KENA CUBA...
KURSUS DULU... MODAL DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...