Support My Blog

Tuesday, March 25, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 1)


MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini iaitu Reput Pangkal dalam - IFR (Sila klik disini), Varieti Popular Kita (Sila klik disini), Penyakit Mangga (Sila klik disini), Perosak Mangga (Sila klik disini) dan banyak tajuk lagi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini. 

Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.


Daripada 113 varieti yang telah berdaftar dalam senarai, Jadual 1 menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA2 (Mangga Perak - didaftarkan pada 1937) sehingga MA131 (Mangga Betek - didaftarkan pada 1971). Jadual tersebut juga menunjukkan banyak varieti mangga telah pupus atau tidak dapat di kesan seperti MA1, MA4 hingga MA17, MA21 hingga MA108 serta MA10, MA11 dan MA14. Kemungkinan mangga tersebut 'hilang' akibat perang dunia kedua, musnah akibat bencana alam atau serangan penyakit atau perosak. Didalam senarai tersebut saya dapati MA128 merupakan mangga varieti Harumanis yang kini sangat popular ditanam terutama di Perlis dan Kedah sehingga menembusi pasaran ekspot ke Jepun. Mangga MA128 didaftarkan pada 1971 berasal dari Selangor mempynyai kualiti buah premium. Pada tahun 2013 mangga Ma128 (Harumanis) menceah harga pasaran runcit sehingga RM25.00 sekilogram, satu harga yang tidak pernah terfikir pada tahun 1971. Wallahualam!


Mangga MA 128 (Harumanis) yang enak dan harum.
VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
IA BERMUSIM...BANYAK MASAALAHNYA...
HARUMANIS ... COKANAN POPULARNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...