Support My Blog

Wednesday, March 26, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 2)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil keliling rumah. Penanaman mangga secara monokrop telah mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis sekitar tahun 1990'an. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan bagi penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012).  Kebanyakan hasil mangga adalah untuk kegunaan domestik serta dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Part 2 iaitu sambungan 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat 48 lagi varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini. 

Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.
Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 1 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA132 (Mangga Pisang - didaftarkan pada 1971) sehingga MA151 (Mangga Keith - didaftarkan pada 1972). Jadual tersebut juga menunjukkan banyak varieti mangga adalah daripada Thailand seperti Varieti MA136 - MA141 dengan nama varieti Bangkok 1 hingga Bangkok 7 dan varieti daripada Filipina iaitu MA142 (Mangga Cacarao). Beberapa varieti mangga daripada Hawai juga ada disenaraikan iaitu MA143 (Mangga Hooked India), MA144 dan MA145 yang berasal daripada Hawaii didaftarkan pada 1972. Varieti daripada USA dalam Jadual diatas seperti MA148, MA150 (Irvin) dan MA151 (Keith) pernah didaftarkan dalam senarai mangga di Malaysia pada tahun 1972. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.
Wallahualam!

VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
IA BERMUSIM...KELUAR HASILNYA...
HARUMANIS ... COKANAN ENAKNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...