Support My Blog

Saturday, March 22, 2014

VARIETI - JAMBU AIR DI MALAYSIA

Jambu Air (Euginia aquea) adalah sejenis buah-buahan tropika yang sesuai ditanam dinegara kita sama ada berskala kecil atau komersil. Pada masa ini terdapat beberapa varieti atau klon jambu air yang popular iaitu Klon E6 (Jambu Air ASAHAN - Foto diatas) dan Klon E2 (Jambu Air Madu Hijau). Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 150-170 hektar pada tahun 2012 berdasarkan kepada keluasan CHE (Crop equivalent hectarage). Penanaman jambu air banyak dijalankan untuk tanaman suka-suka keliling rumah pada masa dahulu dengan tidak mementingkan varieti dan pengurusan yang sempurna. Kini telah ramai petani yang mula menanam jambu air secara komersil walau pun ia bukan merupakan tanaman yang diminati. Kawasan utama penanaman jambu air mengikut kajian penulis adalah seperti di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang. Jambu Air Merah ditanam untuk kegunaan makan segar dan merupakan satu industri buah-buahan yang baru di Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman jambu air yang disediakan berdasarkan pengalaman penulis, kepakaran, lawatan ladang, pembacaan dari beberapa buku dan juga perbincangan dengan mereka yang terlibat.


Jadual 1 diatas saya paparkan 7 varieti jambu air yang ujud di Malaysia dan hanya 6 varieti sahaja yang telah didaftarkan dalam sistem pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Saya dapati satu varieti dinamakan Jambu Air Thai King belum didaftarkan lagi oleh pemiliknya sehingga kini. Dua varieti iaitu E1 yang didaftarkan pada tahun 1939 telah tiadak dapat dikesan maklumat asasnya dan bakanya kerana mungkis telah pupus akibat bencana alam, perang dunia kedua dan dimakan masa yang berlalu (hampir 80 tahun lamanya). Sama juga dengan varieti E2 yang telah tidak dapat dikesan varietinya. Bagaimana pun varieti E3 (Jambu Air Kristal Madu) yang didaftar pada 1982 berasal dari selangor masih ditanam. Begitu juga dengan varieti E4 (Jambu Air Hijau Panjang) dan juga Varieti E5 (Jambu Air Epal). Varieti terkini yang didaftar adalah dari Melaka iaitu varieti E6 (Jambu Air Asahan) yang dipunyai oleh Encik Liow yang telah saya membuat beberapa pemeriksaan ladang untuk tujuan pengesyoran varieti. Anda boleh membaca artikel mengenai Jambu Air Asahan dalam artikel yang saya tulis sebelum ini (Sila Kik Disini). Jambu Air yang banyak dijual di Kawasan Rehat PLUS di Tapah dan Pagoh serta beberapa kawasan lain sebahagian kecil keluaran tempatan tetapi jumlah yang besar adalah mungkin diimpot dari negara jiran. 

Jambu Air ditanam untuk dimakan segar. Kebanyakan petani komersil hanya akan menanam secara komersil jika mempunyai modal dan ilmu pengetahuan yang cukup. Selain daripada kos pembajaan, merumput dan mambuat cantasan, aktiviti membalut buah jambu air merupakan kerja yang paling kritikal. Ini kerana jika buah tidak dibalut akan menyebabkan ia mudah diserang dengan lalat buah atau pun serangga lain. Akan berlaku juga masaalah keguguran putik buah jambu air ketika putik atau pun hampir masak jika tidak dijaga dengan baik. Terdapat juga pokok jambu air yang ditanam disekeliling rumah atau dalam dusun tanpa dibaja atau dibiarkan begitu sahaja dimana ia menghasilkan buah yang boleh dikategorikan sebagai buah jambu air organik. Pemilihan varieti jambu air yang betul sebelum menanam adalah penting untuk menentukan komoditi ini boleh menghasilkan pendapatan lumayan. Wallhualam!


Encik Liow dan Jambu Air E5 (Asahan) yang saya temui.
JAMBU AIR....SEDIKIT VARIETINYA...
JAMBU E1 DAN E3...TIADA INFONYA...
VARIETI E6... 'ASAHAN' NAMANYA...
DIJUAL DI TAPAH.. IMPOT RUPANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 207, Best Bell Hotel,
Jalan Impian Emas 6,
Kempas, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(21 Julai 2013) 
Kemaskini pada 20 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...