MEMPELAS (Tetracera indica Merr atau sinonim Tetracera scadens (L) Merr.) merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dari keluarga Dilleniaceae. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama lain sebagaai Akar Empelas dan Empelas dan di kampong saya sebagai Pelas. Mempelas merupakan sejenis tumbuhan jenis memanjat, tumbuh berkelompok dan mempunyai batang berkayu lembut atau sederhana keras. Mempelas lazimnya tumbuh secara liar di kawasan kampung, kebun, ladang, belukar dan hutan di Asia Tenggara dikawasan terbuka atau dibawah naungan tanaman lain. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana daun mempelas bersaiz sederhana, berbentuk ringkas, tersusun secara berselang dengan permukaan daun yang kesat (rujuk foto diatas). Belum ada maklumat bagaimana tumbuhan ini mendapat nama. Kemungkinan pemberian nama Mempelas berasal kerana ia banyak tumbuh dibawah pokok 'Mempelam' dan tumbuh berlapis-lapis atau 'beralas-alas' menyebabkan masyarakat tempatan memberi nama sebagai "Mempelas". Tumbuhan ini merupakan jenis rumpai yang tidak disukai oleh petani kerana ia mengambil ruang, nutrien makanan, air dan menjadi perumah kepada perosak tanaman. Tumbuhan ini boleh dimusnahkan dengan cara manual (menebas, mencungkil dan membakar) selain daripada menyembur racun kimia (Racun jenis sentuh atau jenis sistemik). Belum ada petani yang dilaporkan menanam tumbuhan ini dinegara kita untuk tujuan komersil. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan bernama Mempelas daripada pemerhatian dan rujukan beberapa sumber.
Batang mempelas lazimnya bertekstur kesat dan boleh menyebabkan luka jika tersagat pada kulit dikaki atau tangan. Lebih malang kalau terkena kulit muka yang menyebabkan rasa pedih dan sakit dan boleh meninggalkan parut. Daunnya berbentuk bujur berukuran 4 - 8 cm dengan lebat sekitar 3-5 cm. Sesetengah spesis mempunyai permukaan yang sangat kesat dan kasar.Begiru juga dengan batangnya juga kesat yang juga boleh melukakan kulit. Apa yang unik adalah bunganya berwarna putih dan kelopak bunganya yang kecil berwarna merah jambu dengan ukuran kelopak 0.8 -1 cm . Bunganya berbau harum terutama ketika mekar (Sila anda lihat foto dibawah). Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak. Buah mempelas boleh dimakan dengan mempunyai rasa masam mengikut lokaliti. Bunga mempelas berwarna putih dengan kelopak kecil berwarna merah jambu dan berbau sangat wangi. Buah mempelas berbentuk seakan beri berwarna coklat kehijauan dengan rasanya masam. Ia berwarna hijau ketika muda dan apabila masak ia berubah menjadi merah. Apabila cukup matang ia akan menghasilkan biji berwarna kehitaman dan boleh dijadikan sumber pembiakan pokok mempelas.
Kegunaan tumbuhan mempelas belum banyak diperkatakan. Apa yang saya pasti dan pernah membuatnya adalah dengan mengambil daunnya yang kesat dan akan digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran daripada bahan kayu. Hasil kraftangan daripada kayu seperti sarung keris, sarung tangan, kayu kerangka kompang, hulu parang, ukiran kayu, ukiran haiwan akan menggunakan daun mempelas segar untuk melicinkan permukaannya. Zaman dahulu ia sering digunakan sebelum keujudan mesin atau kertas melicinkan seperti kertas pasir. Daun ini mampu untuk berfungsi seperti kertas pasir dimana ia mampu menghasilkan kualiti ukiran bermutu. Ada juga masyarakat zaman dahulu yang menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku. Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daripada daun mempelas yang matang atau tua boleh merawat darah tinggi. Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan. Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering juga akan diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya. Begitulah maklumat mengenai tumbuhan mempelas yang dapat saya kupas untuk penerbitan kali ini. Wasallam!.
POKOK MEMPELAS...KESAT DAUNNYA...
TUMBUH LIAR... ADA DIMANA-MANA...
SEBAGAI RUMPAI... DIMUSNAH JUA...
MELICINKAN KAYU...AMAT BAIKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks Taman Bunga-bungaan,
Pusat Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor.
(4 Jamadilawal 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.