Support My Blog

Tuesday, May 5, 2026

SEMBANG UBI KEMILI

UBI KEMILI (Plectranthus rotundifolius atau Solenostemon rotundifolius atau Coleus rotundifolius) adalah sejenis ubi tradisional dari keluarga Lamiaceae (sejenis pudina) yang penulis blog dapati ia kini semakin sukar ditemui dimana ia sering dianggap sebagai makanan orang kampung. Dulu penulis blog suka membeli ubi kemili di Air Hitam Johor sebagai sejenis tanaman kontan yang ada di tanam oleh masyaraat Jawa di sekitar Batu Pahat dan sekitarnya dan enak di makan. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain di mana penulis blog yang membuat banyak rujukkan mendapati ubi kemili di kenali dengan nama lain seperti Kentang Jembut (Jawa Muar). Ubi Keling, Chinese potato, Kentang Hitam, Kembili, Kentang Ireng (Jawa), Kentang Jawa, Kentang Klici, Kumbili Jawa, Black Potato, Combili, Hombili, Sabrang, Huwit kentang, Ubi tikus, Ngaboyo, Siru Kizanghu, Man Khee Nu dan beberapa lagi namanya. Apa yang penlis blog tahu dan pernah menanamnya zaman dikampong dulu di Muar, Johor (Kini jadi Daerah Tangkak) mendapati 
kemili ini ia bersaiz kecil dan berbentuk bulat atau bujur. Kulit luarnya berwarna coklat gelap atau hitam manakala isinya berwarna putih atau berwarna putih kekuningan (Sila lihat foto paling tasa sekali). Rasa ubi ini berlainan sebab ia mempunyai rasa lemak manis, bau khas atau ia beraroma dan teksturnya lembut setelah di rebus serta sedikit bertepung apabila dimasak. Apa pun paling popular dimakan dengan cara direbus sahaja dengan bubuh sedikit garam dan ada kalangan peminatnya yang akan makan ubi kemili rebus dengan mencicah bersama kelapa parut. Ia juga enak dibuat gulai iaitu terutamanya gulai ikan. Ia kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan pencernaan dimana ubi ini semakin jarang ditemui di pasar moden dan kini dianggap sebagai makanan eksotik atau nostalgia dan tahun 2026 ini penulis blog ronda bazaar Air Hitam, Johor ia sudah tidak ada dijual lagi. Ia adalah sejenis tanaman ubi tradisional yang semakin jarang ditemui dimana penulis blog percaya yang ancaman utamanya adalah berkaitan dengan kepupusan minat petani menanamnya dan kekurangan minat generasi muda untuk memakannya. Bagi penulis blog dimana ubi kemili ini dianggap sebagai makanan 'zaman kecil-kecil' dulu atau menu legend yang semakin sukar ditemui. Ia memang agak kurang komersial berbanding dengan tanaman ubi kayu atau ubi keledek sebab permintaannya juga tidak tinggi. Faktir seperti perubahan selera kepada jenis makanan moden menyebabkan tanaman tradisional seperti ubi kemili kurang ditanam dan dimakan berbanding dahulu. Tanaman ini memang sesuai di tanam di jeni stanah gambut dalam atau gambut tanah hitam yang peroi dan ancaman serangan oleh penyakit akar menyebabkan tanaman rosak atau tidak berhasil dengan baik. Bagi penulis blog yang suka dengan ubi kemili rebus mendapati ancaman terbesar ialah risiko hilangnya khazanah makanan tradisional ini daripada arus perdana akibat kekurangan penanaman dan kurang permintaan apa lagi generasi mileni sudah tidak kenal akan ubi kemili lagi. Dalam kajian dilaporkan ubi kemili sebenarnya mempunyai khasiat tinggi kerana kaya dengan serat yang baik untuk pencernaan dan sebagainya. Artikel tengahari Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis secara ilmiah akan ubi kemili untuk bahan rujukkan semua.


Ramai pembaca blog generasi baru mungkin tidak pernah melihat, menanam atau ujirasa akan ubi kemili yang semakin ia sukar di dapatkan sekarang. Lazimnya k
egunaan ubi kemili kebiasaannya dimakan dengan cara Merebus iaitu cara paling popular dan kemudian ia dimakan panas-panas terutamanya ketika musim hujan. Ada yang suka Menggoreng begitu sahaja atau dicampur dalam jenis masakan lain. Ia mudah ditanam menggunakan benih keratan batang atau pucuk sepanjang 15 - 30 cm yang dicucuk terus ke dalam tanah gembur dan sebaiknya pada batas atau dalam pasu bersaliran yang baik. Ia memerlukan cahaya matahari penuh serta jenis tanah berpasir lom yang subur dan kaya dengan bahan organik dimana dengan cara penjagaan baik ia akan matang untuk dituai dalam masa 3 - 8 bulan untuk di tuai. Antara langkah menanam ubi kemili dengan sediakan benih iaitu memilih pucuk yang sihat dan potong sepanjang 15-30 cm. Pilih kawasan bertanah gembur, mempunyai saliran air yang baik dan tidak terlalu padat (tanah berpasir atau berpasir loam adalah terbaik) dan keratan benih ini dicucuk secara menegak atau sedikit condong ke dalam tanah, dengan sebahagian batang berada di dalam tanah. Penjagaan dimana jaga tanah sentiasa lembap terutamanya pada peringkat awal pertumbuhan dan buka ruangan tngah menimbus dengan tanah dan ubi kemili sukakan kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Lazimnya apa yang penulis blog lihat dimana ubi kemili akan sedia dituai selepas 3 - 8 bulan ditanam apabila bahagian daun mula menguning dan kering dan rumpun pokok jadi besar. Cara menuai dengan mencabut pokoknya dimana sebahagian ubi akan melekat pada akarnya dan sebahagian yang tertinggal dalam tanah di kutip secara manual. Seterusnya di kumpulkan dan di basuh bersih daripada tanah dan akarnya dan di rebus atau kalau untuk di jual di keringkan dahulu dari air agar tahan lama.


Di kongsikan sembang akan fakta ubi kemili yang memang ia kaya dengan bahan serat, karbohidrat dan nutrien penting yang dilapor membantu melancarkan pencernaan, mencegah sembelit serta memberikan sumber tenaga dengan cepat. Ia juga mesra perut, kurang berangin dan ia berpotensi membantu mengawal penderita kencing manis serta kesihatan sendi dan saraf. Khasiat ketara adalah oa membantu cara pencernaan sihat sebab kandungan serat yang tinggi melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Ubi kemili adalah sumber tenaga bagus sebab ia membekalkan karbohidrat kompleks yang baik untuk tenaga berpanjangan. Dilaporkan ia memang mesra perut sebab sifatnya yang lembut menjadikannya kurang berangin dan mudah dihadam serta memjag akesihat organ urat dan sendi yang berkesan. Ia mengandungi protein dan lemak yang baik untuk tubuh sebagai nutrisi tambahan. Ada laporan lain dimana kalangan pengamal perubatan tradisional ia ada digunakan untuk merawat batuk dan masalah pernafasan. Apa pun ubi kemili boleh dimakan dengan merebusnya dan kulitnya yang nipis boleh dimakan terus. Penuli sblog masih membuat tinjauan akan harga ubi kemili di Malaysia setakat dimana pada tahun 2026 adalah sekitar RM10.00 - RM20.00 sekilogram dan ia bergantung kepada gred dan tempat jualan. Lazimnya ubi kemili (atau ubi keling) paling sedap dinikmati dengan cara direbus sehingga empuk bersama sedikit garam dan dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kelapa parut, gula atau susu pekat. Ia juga boleh dimasak dalam gulai kawah, kari (ganti kentang) atau dibuat pengat. Penyediaan Resepi Ubi Kemili Rebus (cara paling paling popular) dimana dibasuh ubi kemili sehingga bersih daripada tanah kemudian ia direbus dengan air secukupnya dan tambahkan sedikit garam kasar untuk rasa yang lemak. Ia mesti dimasak sehingga empuk (boleh guna pressure cooker untuk mempercepatkan proses) dan akhir sekali ditoskan dan hidangkan untuk di makan terus begitu sahaja atau ada peminatnya yang memakannya bersama kelapa parut dan gula. Kedua ada Resepi Ubi Kemili Masak Gulai atau Masak Kaari dimanan ubi kemili yang telah direbus dan dibuang kulit boleh dimasukkan ke dalam kari daging atau ayam yang asasnya adalah ia akan menggantikan kentang untuk tekstur yang lebih kenyal dan lemak. Paling mudah juga ada Resepu Ubi Kemili Masak Pengat dimana ubi kemili perlu direbus dan dimasak bersama santan, gula melaka dan daun pandan sehingga masak dan sebati sebelum di matikan api. Ia enak di makan ketika panas-panas lagi atau boleh di simpan dalam peti ais di makan sejuk. Ubi kemili rebus ini sinonim sebagai makanan tradisional atau juadah minum petang yang enak serta mengenyangkan dan sesuai sehingga sekarang ini sebagai hidangan eksotik.


Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana ubi kemili ini ia ada ditanam atau tumbuh di negara Asia Tengah seperti di 
India, Sri Lanka dan Asia Tenggara seperti di Thailand, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina dan uniknya ia juga ada ditanam secara meluas di Afrika beriklim tropika. Apa pun lazimnya habitat tumbuhan ini ia kadangkala ditemui dalam persekitaran yang lebih kurang liar atau ia boleh tumbuh di padang rumput di savana pada ketinggian sehingga 2,200 meter. Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam dikawasan rumah atau pokok bunga coleus diana ia juga dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Daun pokok ini seakan-akan daun pokok pudina walau pun ia lambat mengeluarkan hasil (3-4 bulan selepas di tanam). Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut dengan ciri daunnya berwarna hujau muda dan ia berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Dilihat yang batangnya berwarna hijau muda dan lembut dan buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam dan isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih yang berkanji dan ada sedikit aromatik menjadi gelap dengan usia. Ubinya berukuran 2 - 4cm panjang dan ada kadangkala saiz boleh capai hingga 8cm panjang dan ada terdapat dalam kelompok 3 - 7 satu kumpulan. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus dan ada kes dimana kadangkala daunnya akan digunakan sebagai sayur. Dilapor di beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia dimana ubi ini dimasak kari ubi kemili dengan ikan sawah seperti jenis ikan haruan dan keli. Ubi ini menjadi penyedap rasa dan memaniskan masakan tersebut. Ia dimasak dengan rempah dalam pelbagai kombinasi dengan makanan lain seperti kekacang dan sayur-sayuran yang dimasak. Penduduk kampong akan memakan ubi kemili yang dimasak atau dikukus sebagai sayuran dan kadang-kadang daunnya di makan mentah sebagai ulam. Ubi dewasa juga digunakan sebagai pengganti kentang untuk penyediaan masak bebola daging cincang. Apa pun di laporkan ada jenis hidangan yang diperbuat daripada ubi kemili dewasa dimana ia digunakan di Indonesia sebagai pengganti kentang Ireland dalam penyediaan bebola daging cincang, atau dimasak dengan gula aren dan santan. Dalam dunia perubatan dimana daun ubi kemili ia kadangkala digunakan dalam perubatan tradisional untuk tujuan seperti rawatan sakit perut, merawat darah dalam air kencing serta gangguan sakit mata. Ia didakwa ada digunakan secara tradisional dalam merawat keadaan seperti muntah, cirit-birit, jangkitan mulut dan tekak, sakit perut, luka, melecur, gigitan serangga dan gangguan deria yang lain. Di Ghana ada di gunakan merawat sakit perut dimana daunnya direbus atau d jadikan pes minuman atau dicampur dengan biji kacang tanah untuk membuat hidangan untuk orang yang sakit. Kentang juga dimasak bersama kulitnya dan kemudian ia ditapis dan diminum secara berkala untuk membantu masalah cirit-birit. Ini akan menghentikan masaalah perut dan memberi tenaga kepada pesakit sama. Daun digunakan untuk merawat pelbagai masalah pencernaan termasuk masaalah seperti kembung perut dan kee ketidak selesaan perut. Ia mempunyai tindakan antispasmodik dimana ciri ini ia menjadikannya berharga dalam merawat masaalah dalam sistem pernafasan termasuk isu asma dan bronkitis. Daunnya mempunyai aroma 'camphoraceous' yang kuat dan digunakan sebagai ubat sapu badan untuk membersihkan dan ia di laporkan akan menghilangkan bau kulit dan bau badan. Semuga tulisan sembang pasal ubi kemili ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tecghnology kali ini. Wasallam!!!...
UBI KEMILI... SEMAKIN PUPUS DIA...
MUDAH DI TANAM...MUDAH DI JAGA...
BANYAK KHASIAT...DI REBUS SAHAJA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...