Support My Blog

Wednesday, May 6, 2026

MENANAM SAWIT BERSAMA KOKO?

INTERGRASI TANAMAN KOKO
(Theobroma cacao) dengan Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia agak kurang popular di laksanakan di Malaysia tidak seperti intergrasi Tanaman Koko dengan Kelapa (Cocos nucifera). Industri Koko di Malaysia di terajui oleh Lembaga Koko Malysia (LKM) iaitu sebuah agensi k
erajaan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang ditubuhkan pada tahun 1989. Ia bertujuan bagi membangunkan industri koko negara yang lebih kompetitif, meliputi penyelidikan, pengeluaran biji koko serta meningkatkan pemprosesan dan pemasaran koko juga LKM libatkan produk coklat di pasaran global. Keluasan tanaman koko di Malaysia pada tahun 2024 adalah kira-kira 6,123 hektar dengan Sabah kekal sebagai pengeluar utama yang merangkumi lebih 58% daripada jumlah tersebut. Kerajaan menyasarkan untuk memperluas kawasan tanaman koko kepada 10,000 hektar menjelang 2030 bagi tujuan memenuhi permintaan koko dunia dengan tumpuan kepada pemulihan kebun koko sedia ada dan penanaman baharu koko. Dalam pada itu penulis blog dapati keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia adalah sekitar 5.65 juta hektar setakat tahun 2024 menjadikannya pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia. Apa pun terkini Sarawak mempunyai keluasan terbesar (1.58 juta hektar) diikuti Sabah dimana di laporkan sebanyak 14.5% daripada jumlah pengeluaran buah sawit dilakukan oleh sektor pekebun kecil dan bakinya dair sektor perladangan. Di Malaysia ada sebuah organisasi iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu agensi kerajaan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab menyelia, menyelidik dan juga memajukan industri kelapa sawit negara. Ditubuhkan pada tahun 2000, MPOB menumpukan pada penyelidikan (R&D), pelesenan, kawal selia dan promosi minyak sawit Malaysia di peringkat antarabangsa. Kemudian di laporkan keluasan tanaman kelapa di Malaysia dianggarkan sekitar 86,356 pada 2025 dengan pengeluaran sebanyak 673,553 metrik tan. Kawasan tanaman utama tertumpu di negeri Johor, Selangor, Perak, Sabah, dan Sarawak. Tanaman kelapa di laksanakan melalui Jabatan Pertanian Malaysia. Malaysia masih mengimport kelapa biji tua daripada Indonesia sekitar 665 metrik tan setahun pada tahun 2025 untuk di proses di 21 buah kilang kelapa di Malaysia. Penanaman koko di bawak kelapa sudah berpuloh tahun di laksanakan di Malaysia dimana intergrasi koko di bawah kelapa pernah di laksanakan melalui Jabatan Pertanian Malaysia sebelum Lembaga Koo di tubuhkan lagi. Bagaimana pun isu menanam koko di bawah sawit sebagai salah satu satu sistem integrasi tanaman atau tanaman selingan di mana pokok koko ditanam di kawasan tanaman kelapa sawit yang matang masih kurang popular. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology' saya membincang perkara tersebut setelah menerima persoalan dari usahawan Cikgu Bri (Hj. Saidin) dari  Changloon di Kedah untuk bahan bacaan semua.


Di laporkan intergrasi tanaman koko dengan kelapa sudah 'established' yang bertujuan untuk memaksimakan hasil produktiviti kebun apabila hasil kelapa dan koko akan menambah pendapatan petani (Sila lihat foto disebelah). Begitu juga aktiviti menanam koko dengan kelapa sawit adalah bertujuan m
engoptimumkan penggunaan tanah dan menyeimbangkan pendapatan pekebun kecil juga. Pokok koko agak unik sebab dilaporkan ia pertumbuhannya ia memerlukan naungan dan kelapa sawit yang matang dimana biasanya sudah  7 tahun ke atas ada kajian yang dapati ia mampu menyediakan naungan yang sesuai untuk tanaman koko. Ada kajian di lakukan dengan  Kaedah Penanaman khusus intergrasi ini dan sistem ini biasanya melibatkan penanaman dua baris sawit secara pepagar dan di antara baris sawit tersebut ditanam 6 baris koko. Kajian menunjukkan penanaman koko di bawah sawit tidak menjejaskan hasil buah kelapa sawit secara ketara terutamanya jika jarak tanaman sawit diatur dengan betul contohnya cara menanam dengan jarak 9.9 meter atau 10.5 m secara segitiga dan di tengahnya di tanam dengan koko. Apa pun amalan agronomi ini mempunyai beberapa aspek kelebihannya tersendiri iaitu ia akan meningkatkan kecekapan penggunaan tanah. Kaedah ini juga akan memberi jumlah pendapatan tambahan kepada pekebun selain hasil sawit. Bagaimana pun masih banyak pihak estet swasta yang besar tidak berminat menanam koko dibawah sawit sebab banyak beza pengurusan tanaman monokrop sawit sahaja dengan tanaman intergrasi bersama koko yang mana hasilnya belum tentu lebih menguntungkan. Pengurusan estet terpaksa menambah kos bahan input, tenaga kerja, menentukan pasaran dan juga masalah-masalah modal serta isu teknikal. Bagaiman pun penulis blog sudah jumpa beberapa estet kelapa sawit yang kini menukarkan tanaman sakit kepada tanaman kelapa (berpotensi untuk di tanam bersama intergrasi koko) dan ada pemilik estet sawit yang menanam sawit intergrasi dengan durian premium seperti varieti Musang King (D197) dan Varieti Black Thorn (D200) di beberapa negeri. Pernah membuat tinjauan di Ladang Sawit Claire, Chaah, Segamat dimana mereka membuat tanaman durian diladang kelapa sawit secara komersil (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ini adalah satu perubahan puhak estet sawit kepada industri tanaan makanan yang bagus.

Penulis blog merujuk beberapa laporan kajian dimana ada terdapat 3 cara bagi menguruskan ladang integrasi tanaman koko dengan kelapa sawit yang ssuai di lakukan di Malaysia (Sila lihat rajah di atas). Cara tanaman intergrasi Kaedah  Pertama (bertanda X) dengan cara menanam sawit pada jarak 9.1m dengan corak segi tiga manakala bagi pokok koko ia boleh ditanam pada jarak 1.6m secara segi empat. Cara ini akan membolehkan kepadatan tanaman dalam keluasan satu hektar dapat memuatkan 80 pokok sawit dan sebanyak 1,595 pokok koko. Penulis blog syorkan agar barian tanaman kelapa sawit disusun timur kebarat agar pokok koko akan mendapat cahaya matahari daripada pagi sampai petang bersama tanaan kontan yang lain juga. Kaedah kedua (bertanda Y) dimana cara menyusun tanama iaitu pada setiap barisan ketiga pokok koko ditanam bagi menggantikan sawit. Keunikan cara ini menjadikan kepadatan tanaman manjadi sebanyak 83 bagi pokok sawit dan sebanyak 1,688 bagi pokok koko dalam sehektar. Kajian dijalankan juga dengan Kaedah ketiga (bertanda Z) dimana pelru menanam koko di antara setiap barisan sawit dimana dengan kaedah ini iaitu jarak sawit ialah 9.1m bercorak segi tiga manakala koko bercorak segi empat. Kajian 
ini mendapati hasil koko dan sawit yang menerapkan kaedah ketiga (Z) adalah ia lebih baik daripada kaedah X dan Y. Ada juga temuan kajian menyatakan dimana hasil koko di bawah integrasi dengan sawit memberi purata pulangan hasil yang lebih tinggi berbanding penanaman koko yang di tanam monokrop secara tanaman tunggal. Dalam kajian ini para saintis dakwa pengurusan penanaman ini tidak menggunakan baja tambahan untuk tanaman koko, namun pokok koko tetap memberi hasil yang lumayan ekoran pokok ini koko diyakini telah memperolehi nutrien daripada aktiviti pembajaan pokok sawit yang di tabur disetiap baris sawit. Dalam pada itu di laporka bagi tanaman sawit matang dimana ia juga boleh diintegrasikan dengan tanaman koko sebab jumah cahaya di bawah naunga sudah membolehkan pokok koko berhasil. Ada rujukkan dimana di negara Ghana, Afrika kajian tersebut telah menunjukkan sawit berumut 18 tahun dengan tiga jarak 8.7m, 9.9m dan 10.5m masing-masing yang diintegrasikan dengan koko berjarak 2.4m tetap melestarikan tumbesaran tanaman koko terutama sawit berjarak 9.9m dan 10.5m yang memberi ruang lebih besar sehingga hampir tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepada tanaman koko dalm kutipan hasil buah sawit yang dipotong. Penulis blog masih menunggu hasil kajian sama yang mungkin ada di lakukan oleh pihak MARDI, MPOB dan LKM tetapi belum menjumpainya di bentangkan temuan kajian mereka sehingga artikel ini di tulis. Penulis blog pernah membaca dan terima laporan kajian oleh pihak FELDA mengenai perkara ini juga menunjukkan kebolehlangsungan kaedah integrasi ini iaitu dengan menggunakan kaedah cara penanaman ketiga (Z) dengan menanam 3 pokok koko dalam setiap barisan sawit sesuai di rujuk. Dilaporkan yang kaedah ini akan menghasilkan 88% jumlah hasil sawit yang ditanam secara tunggal dan 55% hasil koko yang ditanam secara tunggal. Langkah integrasi ini amat bermanfaat kepada pihak penanam sawit terutama sektor pekebun kecil semasa harga sawit di aras rendah bagi menyeimbangkan pendapatan masing-masing daripada koko dan kelapa sawit.


Dalam portl hmetro.com di laporkan '
Tanaman koko punyai potensi besar, harga pasaran komoditi lumayan - Johari' ada berkaitan dengan artikel ini.  Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari yang melawat reruai selepas merasmikan hari terbuka Lembaga Koko Malaysia Bagan Datuk 2024 di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Bagan Datuk, Perak menyatakan hal ini. Pihak Kementerian Peladangan dan Komoditi (KPK) Malaysia menggesa petani kecil koko supaya tidak 'berhijrah' kepada tanaman kelapa sawit. Kini di gesa menanam koko yang mana ia ada mempunyai potensi besar memandangkan harga pasaran komoditi itu amat lumayan ketika ini iaitu mencecah RM30,000 bagi satu tan, berbanding kosnya cuma RM8,400 sehektar iaitu margin keuntungan hampir 60 peratus. Apa pun, buat masa ini negara terpaksa mengimport hampir 530,000 tan metrik koko dari luar negara yang menelan belanja RM7.8 bilion setahun untuk diproses menjadi produk makanan. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada koko import, Johari berkata, Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang memberi tumpuan membantu kelompok pekebun kecil menerusi pelbagai inisiatif bagi menggandakan hasil dan pendapatan. DI laporkan dahulu kita pernah hasilkan hampir 300,000 tan metrik akan tetapi hari ni hanya 270 tan metrik. Pengurangan jumlah ini disebabkan dahulu Malaysia berdepan banyak masalah penyakit membabitkan pokok koko namun sekarang kita sudah atasi melalui kajian dan pembangunan (R&D). Ada di but pemeriksaan ladang oleh pegawai di Jabatan Pertanian dan di buat syor kawalan. Dalam Belanjawan 2025 yang baru diumumkan Perdana Menteri, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk mengatasi penyakit berjangkit berkaitan komoditi termasuk koko. Pihak LKM ditugaskan mengenalpasti biji koko berkualiti tinggi untuk kita jadikan baka klon seterusnya diedarkan kepada petani dimana kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan terhadap koko import dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang dengan pembabitan generasi belia ke industri koko demi keterjaminan makanan. LKM akan mengadakan banyak kursus dari segi Good Agriculture Practices (GAP) bertujuan melatih pekebun kecil mempraktikkan sistem tanaman yang mengikut standard piawaian yang tinggi. LKM mengalu-galukan generasi belia yang ada kawasan boleh digunapakai untuk tanaman koko dan LKM sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat. Banyak laporan dakwa pokok koko boleh dituai selepas dua tahun setengah selepas ditanam dan boleh hidup selama 23- 25 tahun, selain mudah dituai dan tidak memerlukan kudrat sumber tenaga pekerja asing seperti industri kelapa sawit.


Dalam poertal lain di laporkan 'Jadikan kelapa sawit, getah dan koko rujukan untuk lonjak industri kenaf' yang mana pihak kerajaan akan menjadikan kelapa sawit, getah dan koko sebagai rujukan penting didalam usaha melonjakkan dan membangunkan tanaman serta industri kenaf di negara ini. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari nytakan ketiga-tiga komoditi itu terbukti berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeksport bahan berkenaan. Kerajaan turut yakin industri kenaf dapat dibangunkan sekiranya mempunyai tanah yang mencukupi serta kilang memproses selain mempunyai sasaran produk untuk dikeluarkan. dimana sekiranya satu komoditi itu mahu berjaya, perlu ada ekosistem yang lengkap. Bagaimanapun kenaf masih belum dapat capai ke tahap itu. Masih banyak perkara yang perlu diteliti dalam usaha memajukan industri kenaf negara. Terdapat beberapa pilihan cadangan sudah saya kemukakan untuk melihat bagaimana kita mahu mengambil contoh kelapa sawit, getah dan koko. Bagaimana komoditi itu boleh jadi pengeksport kepada negara. Ketika ini terdapat sejumlah 1,600 hektar tanaman kenaf di seluruh negara dan usaha mempromosi tanaman itu akan terus dilakukan bagi mengembangkan lagi industri kenaf dimana sebagai galakan, saya cadangkan LKTN supaya ke Bangladesh, China dan Indonesia untuk melihat bagaimana status perkembangan industri kenaf di negara berkenaan. Potensi penanaman koko di awah kelapa sawit masuh belum menjadi kenyataan sebagai satu alternatif kalangan sekkktor perladangan sawit dan sektor pekebun kecil di Malaysia. Perlu ada lebih banyak penyelidikan dan kempen kesedaran kalangan etani untuk mencapai tujuan ini.


Malaysia merupakan antara pengisar koko ke-5 terbesar di dunia dan mempunyai industri hiliran yang kukuh. Produk koko Malaysia merangkumi pelbagai jenis iaitu ia daripada bahan mentah industri hingga produk siap untuk pengguna. Berikut adalah produk koko Malaysia yang boleh id kelaskan kepada Jenis Produk Koko Hiliran (Industri dan Pengguna) iaitu Produk Mentega Koko yang manan ia merupakan sebagai komponen utama yang dieksport dan digunakan dalam coklat premium untuk kegunaan domestik dan pasaran antarabangsa. Kedua ada jenis Produk Serbuk Koko dimana jenis ini ia selalu akan digunakan dalam minuman dan makanan. Ketiga ada jenis Produk Pes Koko atau Lekor Koko iaitu sejenis bahan asas pembuatan pelbagai jenis coklat. Keempat ada jenis Produk  Coklat dan Produk Konfeksi dimana produk siap seperti jenis produk iaitu coklat bar, coklat praline dan coklat tenusu, dengan lebih 50 syarikat pengeluar coklat berdaftar dan beroperasi di Malaysia dengan jayanya. Kedua ada Kategori Produk Koko Kraf atau Produk Koko Premium dimana di laorkan yang di Malaysia ia sudah lama terkenal dengan coklat craft atau tree-to-bar yang menggunakan biji koko tempatan bermutu tinggi seperti jenis Lee's Cocoa. Dilaporkan ketiga ada Kategor Produk Koko Bukan Makanan
Lemak Koko
yang mana ia digunakan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal dan sebagainya.  Dalam pada itu aa kategoru Produk  Bahan Koko (Industri) seperti pertama adalah Produk Biji Koko Kering dimana walaupun Malaysia banyak mengimport biji koko sebenarnya industri koko tempatan juga menghasilkan biji koko kering berkualiti untuk pasaran domestik dan pasaan eksport. Produk koko Malaysia dieksport ke lebih 80 negara dengan destinasi utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Kesatuan Eropah. Kerja keras pihak kementerian terlibat di Malaysia. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bloh anim agro technolohu...
TANAMAN KOKO... NAUNGAN DIPERLUKAN...
DI BAWAK KELAPA...BIASA DI LAKSANAKAN...
DI BAWAH SAWIT...BANYAK PERTANYAAN...
BACA ARTIKEL... ISU SUDAH DIFAHAMKAN....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka Malaysia.
(17 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...