Pokok neem (atau pokok semambu) ianya bercirikan pokok tropika yang tahan lasak dan tahan kemarau dimana kadar ia tumbuh sangat cepat sehingga mencecah ketinggian sehingga 5 - 30 meter. Ciri utama fizikalnya termasuklah daun majmuk dengan pinggir bergerigi, berbunga putih yang wangi dan buah masak berwarna hijau kekuningan. Pokok neem sesuai tumbuh dinegara beriIklim tropika dimana akan tumbuh subur pada suhu 21 - 32 Celcius dan jenis pokok yang memerlukan pancaran cahaya matahari penuh untuk tumbesaran. Sesuai ditanam di banyak jenis tanah dan ia sangat toleran atau mampu hidup di pelbagai keadaan termasuk jenis tanah berpasir, tanah berbatu dan di tanah yang kurang subur. Ia paling ideal ditanam di tanah bersaliran baik dengan pH6.0 - pH7.0 dengan baik. Kajian mendapati jika keistimewaannya adalah hampir semua bahagian pokok seperti bahagian daun, dahan, biji, akar dan kulit batangnya ia kaya dengan sebatian bioaktif iaitu 'Azadirachtin' dimana bahan ini ia sering diekstrak untuk kegunaan. Antara jenis kegunaannya termasuk dalam perubatan tradisional, kosmetik, dan racun serangga organik untuk banyak jenis tanaman. Bagi penulis blog yang ada pernah menanam beberapa pokok Neem sebagai jenis tumbuhan herba di rumah mendapati ia boleh ditanam sama ada melalui bahan tanaman biji benih atau seeds bagi mendapatkan pokok besar atau gunakan keratan batang sahaja jika ia ditanam di dalam pasu. Jika ingin menanam melalui Kaedah Biji Benih dimana cara ini adalah bertujuan untuk ditanam terus di atas tanah maka di sediakan biji yang baru dikutip daripada buah yang masak ranum sahaja kerana kadar percambahannya lebih tinggi. Seterusnya disemai biji benih di dalam dulang semaian menggunakan media campuran tanah, pasir, sekam padi dan kompos dengan kadar standard 1:1:1. Tanam biji tersebut kedalaman kira-kira 1 - 1.2 cm ke dalam medium semaian. Perlu disiram menggunakan penyembur air halus dan tutup dengan plastik lutsinar yang ditebuk beberapa lubang pengudaraan dan ia letakkan di tempat teduh. Apabila anak pokok mempunyai 3-7 helai daun maka ia sedia dipindahkan ke tanah terbuka di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Cara kedua adalah Menanam Kaedah Keratan Batang dimana ia sesuai untuk ditanam dalam pasu di kawasan rumah. Caranya dnegan memilih dan potong dahan yang separa matang sepanjang 15 - 20 cm dan dibuang daun di separuh bahagian bawah keratan dan cucuk ke dalam pasu yang mempunyai tanah campuran yang peroi dan sistem salirannya baik. Perlu ia disiram agar tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung sehingga anak pokok mula berakar dan tumbuh tunas baru.
Pokok neem ini perlu di jaga baik dimana apabila matang ia sedia untuk di tuai. Penuaian pokok neem atau pokok semambu adalah ia bergantung kepada bahagian pokok yang ingin digunakan dimana penuaian DAUN NEEM (leaves) ia boleh dilakukan dengan memetik sepanjang tahun dari dahan yang sudah cukup matang. Cara Menuai Daun dengan memotong dahan kecil yang sihat dan matang menggunakan pisau atau gunting pokok yang bersih. Selepas daun di petik ia diasingkan daun daripada tangkainya dan di masukkan kedalam bekas khas. Elakkan terlalu banyak memetik daun dan membotakkan keseluruhan pokok dalam satu masa sebab ianya akan menganggu pertumbuhan seterusnya akibat kurang proses fotositesis. Kemudian semua daun boleh dikeringkan di tempat teduh atau terus dikisar menjadi pes untuk kegunaan herba dan pelbagai produk lain. Kalau hendak menuai BUAH NEEM dimana buahnya akan dipetik apabila ia bertukar warna daripada hijau kepada kuning sepenuhnya. Bagi dapatkan bijinya dimana ia dituai selepas buah gugur atau dikumpul dan dijemur sehingga kulitnya berwarna perang. Cara menuai buah neem dan masa memetik bila buah neem telah masak sepenuhnya dan bertukar warna menjadi kuning atau sesuai untuk mengutip buah yang jatuh di atas tanah. Ia perlu dibersihkan dengan membuang isi atau pulpa buah tersebut dengan segera supaya biji tidak mudah berkulat. Proses berikutnya adalah mengasingkan bijibenih untuk dijadikan produk Semburan Organik dimana ia perlu dijemur dan dikeringkan biji benih bersih di bawah cahaya matahari selama 3 - 4 hari sehingga kulitnya bertukar warna menjadi perang. Kemudian dikopek kulitnya dan dipecahkan kulit luar biji yang keras menggunakan lesung batu. Ia perlu ditampi iaitu dengan menggunakan kaedah menampi (tiup atau biar angin lalu) untuk memisahkan kulit daripada isi biji. Seterusnya biji neem ini dikisar menjadi serbuk halus. Serbuk ini sangat berkesan dijadikan racun serangga organik atau baja dan juga pelbagai jenis produk lain.
Minyak Neem datang dalam variasi warna yang berbeza dimana selalunya ia boleh menjadi coklat kekuningan, warna coklat keemasan, coklat kehijauan, merah terang atau coklat gelap (Sila lihat foto disebelah). Minyak Neem dilihat ia mempunyai bau yang kuat kerana ada gabungan bau bawang putih dan kacang tanah. Dalam proses mendapatkan minyak neem dimana proses menekan atau proses pengasingan kacang, pembersihan dan juga proses penyingkiran batu dan proses pengeringan. Seterusnya ada proses menekan, proses penapisan dan juga proses penapisan (penyahbauan). Walaupun minyak neem adalah minyak sayuran sebenarnya ia tidak selamat untuk dimakan manusia dimana minyak neem juga ia tidak boleh digunakan untuk memasak. Kegunaan paling biasa minyak ini adalah dalam menyediakan produk kosmetik seperti sabun, produk penjagaan rambut dan krim badan, merawat demam, jerawat, sebagai ubat Ayurveda, merumuskan racun perosak dan bagi membuat produk pencuci mulut. Kualiti herba minyak neem adalah penting untuk memusnahkan virus dan bakteria oleh itu minyak neem digunakan secara meluas dalam merumuskan antiseptik. Berdasarkan beberapa kajian di laporkan dimana kandungan minyak buah neem hibrid yang dibentuk dengan menyilangkan dua induk neem dan neem dengan teknologi gabungan sel somatik telah diukur dan komposisi asid lemak minyak benih telah dianalisis. Keputusan menunjukkan bahawa kandungan minyak kulit dan pulpa adalah rendah dengan data direkodkan sekitar 1.65% dan 1.53% sahaja. Sementara itu kandungan minyak isirong benih neem agak tinggi sekitar 39.20% . Selepas minyak benih diekstrak daripada isirong benih dan di buat rawatan esterifikasi dengan bahan Methyl dijalankan dan analisa makmal GC-MS pula dilakukan dilaporkan ada 6 jenis asid lemak dikesan didalamnya. Asid tersebut dari minyak biji Asid Rami (67.0%), Asid Oleik (18.0%), Asid Palmitik (8.96%), Asid stearik (3.94%), Asid Arakidik (0.35%) dan Asid Lemak tidak diketahui (1.72%). DIlaporkan hasil kajian dimana jenis asid lemak tidak tepu menyumbang 85.03% dan keputusannya dimana kandungan minyak dari bijibenih neem hibrid adalah nilainya berbeza 1.6% lebih tinggi daripada minyak dari pokok neem bukan hibrid. Artikel ini ditulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.