Support My Blog

Thursday, May 14, 2026

SIPUT DAN ANCAMAN TANAMAN (PART 2)

SIPUT TANAMAN
 adalah haiwan moluska bercengkerang yang terkenal sebagai pemakan tumbuhan walau pun ada terdapat juga spesies unik siput seperti Jenis S
iput Laut Hijau  (Elysia chloroticayang dilaporkan ia memang boleh berfotosintesis dengan beberapa jenis tumbuhan. Siput memainkan peranan sebagai pengurai di dalam tanah namun begitu kebanyakan jenis siput ia boleh menjadi perosak utama tanaman dengan cara memakan daun dan tunas tanaman di kebun. Isu dan masalah siput (seperti siput babi atau siput gondang emas) dimana ia merosakkan tanaman adalah cabaran serius kepada petani jika tidak di kawal dengan baik. Walau pun di beberapa negara ada yang mengawal dan mencegah siput daripada terus memakan daun pokok dengan memakan siput dimana terdapat beberapa kaedah kimia tang berkesan dan kawalan organik yang boleh digunakan dengan berkesan dan selamat. Dilaporkan memang ada banyak jenis atau spesis siput tumbuhan yang ada di kawasan kebun yang boleh menganggu tanman. Di Malaysia ramai yang mungkin pernah lihat dan jumpa Jenis Siput Babi (Achatina fulica) dalam kebun sayur dan juga Jenis Siput Gondang Emas  atau Jenis SGE (Pomacea spp) terutama di kawasan sawah padi. Siput ini akan mmemakan bahagian daun dan pucuk tanaman dari pelbagai jenis tanaman sayuran terutamanya benih muda, kobis, sawi dan juga tanaman padi. Kahadiran siput boleh ia menjadi serius apabila ia membiak cepat dalam habitatnya. Penulis blog dapati dimana siput membiak melalui proses persenyawaan dan bertelur sebabnya kebanyakan siput bersifat hermafrodit (mempunyai organ jantan dan betina serentak) di mana dua siput akan bercumbu dan bertukar sperma sebelum kedua-duanya mengeluarkan ratusan telur dalam hanitanta. Dilaporkan juga ada sesetengah spesies siput tanaman juga boleh bersenyawa sendiri tanpa pasangan tidak seperti kebanyakan haiwan perosak lain. Bagi petani yang selalu menghadapi masaalah serangan dan ancaman siput mereka mesti berusaha mengawalnya. Cara melindungi tanaman daripada ancaman siput ada beberapa langkah kawalan boleh diambil mengikut kesesuaian. Pertama adalah dengan membuat pagar halangan seperti dengan cara menaburkan serpihan kulit telur hancur atau serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok dimana teksturnya yang kasar menyukarkan pergerakan siput. Kedua dengan cara seperti memasang perangkap organik iaitu dengan meletakkan bekas berisi sedikit bir atau campuran yis dan gula di kawasan tanah. Baunya akan menarik siput untuk jatuh ke dalam bekas dan ia kemudian akan mati lemas. Ketiga dengan cara gunakan jenis racun organik iaitu menggunakan umpan mesra alam seperti Iron Phosphate (sering dijual di nurseri) yang selamat untuk tanah dan haiwan peliharaan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu ancaman siput pada tanaman sebagai bahan rujukkan semua.


Haiwan siput mengganggu tanaman dengan memakan daun, batang muda, dan buah menggunakan radula (gigi lidah) yang meninggalkan kesan lubang tidak rata dan lendir. Petani boleh mengatasinya menggunakan perangkap cecair, menabur serbuk kopi atau boleh menggunakan produk kawalan perosak dari kedai pertanian. Siput lazimnya ia akan memakan bahagian daun dan batang tumbuhan hijau yang lembut dan ia selalunya hanya akan aktif pada waktu malam untuk mengunyah tisu lembut pokok. Kesannya ia akan dapat memusnahkan anak benih tanaman disemaian atau baru ditanam di kebun dengan teruk sehingga botak. Kesan serangan ini ia aka mencacatkan Hasil Tanaman apabila kesan gigitan pada sayur-sayuran (seperti sawi atau kailan) dan buah-buahan menyebabkan ia rosak sama ada ianya berlubang-lubang, kerekut, kecil serta tidak lagi bernilai atau harga rendah atau petanu membuangnya sahaja. Siput ini akan merembeskan lendir dimana akan kelihatan jejak lendir yang ditinggalkan bukan sahaja mengotorkan tanaman tetapi juga boleh mengundang jangkitan kulat pada tumbuhan sebab ia membawa kuman atau patogen bersama lendirnya. Ada beberapa petua berkesan bagi mengawal dan menghalau Siput daripada mengancam tanaman. Pertama boleh di Tabur Bahan Penghalau seperti serbuk kopi debab bahan 'cafein' dalam kopi asli (bukan jenis 3-dalam-1) tidak disukai oleh siput dan sebaiknya menaburkan di sekeliling pangkal pokok. Boleh juga menabur kulit Telur Ayam Yang  Hancur disekeliling batas dimana ia akan menyukarkan pergerakan siput kerana ciri-ciri teksturnya yang tajam. Seterusnya boleh Membuat Perangkap Semula Jadi seperui perangkap Bir (beer) dimana diletakkan bekas cetek berisi sedikit bir di kawasan kebun dan baunya akan menarik siput untuk masuk kedalam bekas kemudian ia akan mati lemas. Cara lain dengan Kaedah Fizikal adalah cara Memasang Pagar Tembaga yang dililitkan pita kuprum pada sekeliling pasu atau batas sebab ia akan menghasilkan cas elektrik mikro yang menghalang siput melintas pagar tersebut. Boleh juga petua membubuh garam makan terus pada siput  sebab ia akan membuatkan siput akan terhidrasi cepat dan sukar bergerak. Paling moden adalah dengan kawalan Kimia (Jika Tahap Serangan Teruk) dengan membeli racun siput berbentuk pelet (moluskisida) di mana-mana kedai pertanian berhampiran dan taburkan sedikit di celah-celah batas. Bagi penulis blog cara guna racun kawalan siput yang paling berkesan dan popular untuk tanaman ialah racun moluskisid (Molluscicide) yang berbentuk butiran (pellet) seperti Siputox (bahan aktif Metaldehyde) atau jenama Esaro. Racun ini ia akan bertindak sebagai umpan yang akan dimakan oleh siput dimana ini akan menyebabkannya dehidrasi dan mati. Terdapat juga kaedah kawalan organik yang boleh digunakan di sekeliling kebun yang lebih selamat.


Hasil kajian mendapati dimana secara umumnya, kebanyakan siput yang memakan tanaman (perosak kebun) adalah seperti Siput Babi (Achatina fulica) atau Siput Gondang Emas  dimana ia memang TIDAK SELAMAT dimakan. Siput perosak ini biasanya membawa patogen seperti parasit berbahaya seperti parasit Jenis Cacing Paru-paru Tikus (Angiostrongylus cantonensis ) yang boleh menyebabkan kes seperti Penyakit Meningitis. Beberapa negara di Asia ada kalangan mereka yang memakannya akan tetapi ia mesti dimasak pada suhu yang betul atau dibersihkan dengan cara komersial bagi mengelakkan keracunan dan ancaman kesihatan. Siput pemakan tanaman yang boleh dimakan merangkumi Jenis Siput Escargot (Helix pomatia dan Cornu aspersum) dimana kajian mendapati yang spesies ini adalah hidangan eksotik yang popular di seluruh dunia dan jenis ini hanya memakan tumbuhan dan selalunya ia dikawal selia penternakannya. Jenis Siput Sedut walaupun bukan perosak kebun tetapi jenis siput ini adalah pemakan alga dan juga jenis tumbuhan di kawasan paya bakau dan menjadi hidangan popular masyarakat Melayu selalu di makan (contohnya Masak Lemak Cili Padi). Amaran di laporkan sesiapa yang ingin menikmati sebarang jenis siput perlu pastikan ia datang daripada sumber komersial atau penternak yang bersih dan ia bukannya siput liar dari kebun atau hutan. Amaran penting juga dimana jangan sesekali memakannya sebagai Siput Mentah.  


Menarik fakta dan menurut pandangan jumhur ulama' terutamanya Mazhab Syafi'i dimana hukum memakan siput babi (atau siput darat) olh umat Islam ia adalah HARAM.  Ia berpunca dari sebab ia diharamkan adalah kerana siput termasuk dalam  Kategori Khabais iaitu ia dianggap sebagai haiwan yang kotor, melata (hasyarat) dan menjijikkan (khabaith) pada pandangan masyarakat umum. Apa pun siput yang sudah mati ia adalah BANGKAI sebab bila ia mati secara semula jadi atau pun jika disembelih pun masih ia tergolong sebagai bangkai yang haram dimakan. Dilaporkan ada pengecualian dimana jenis siput yang hidup di dalam air (siput laut) adalah HALAL untuk dimakan kerana ia termasuk dalam kategori hidupan air. Apa pun bagi maklumat lebih lanjut mengenai hukum-hakam pemakanan atau produk yang berkaitan dengan haiwan ini maka semua pembaca bloh ini boleh merujuk kepada portal rasmi yang diterbitkan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atau merujuk kepastian lanjut dengan melayari portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Apa pun siput tanaman seperti siput babi (Giant African Snail) adalah hidangan eksotik di beberapa negara dimana sebelum ia dimasak dimana siput mesti dibersihkan lendirnya dahulu dengan garam atau asam dan direbus untuk tujuan memisahkan cengkerang serta organ dalamannya kerana hanya bahagian isi atau 'kaki' siput sahaja yang dilaporkan ia selamat dan boleh dimakan. Dua resepi yang mana ada golongan mahu maknan siput ini mereka memasak Resepi Masak Lemak Cili Api dan Resepi Gulai Lemak Nanas atau menu lain di negara mereka. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di rujuk dan juga di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini akan memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waallam!!...
HAIWAN SIPUT.. ADA BANYAK JENISNYA...
BERGERAK PERLAHAN...MALAM SAHAJA...
MAKAN DAUN...MEROSAKKAN TERUKNYA...
PERLU DI KAWAL.. DENGAN BANYAK CARA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...