Tumbuhan Kemangi atau ia juga sering disamakan dengan nama sebagai 'Lemon Basil' adalah sejenis ulam yang sangat popular dalam masakan Melayu dan Indonesia. Walaupun namanya Selasih (Thai basil) dimana penulis blog mendapati tumbuhan ini ia sering dikelirukan yang ain sebab ada terdapat beberapa jenis kemangi atau jenis selasih yang biasa digunakan sebagai ulaman. Antara beberapa jenis kemangi ada Jenis Kemangi Tempatan atau 'Lemon Basil' dengan nama saintifik iaitu Ocimum citriodorum yang mana ia mempunyi ciri daunnya lebih halus, berwarna hijau muda dan mempunyai bau aroma limau atau bau citrus yang kuat. Jenis ini ia paling popular dijadikan ulam mentah, ulam nasi kerabu atau sesuai untuk dimakan sebagai ula bersama sambal. Jenis kedua ada Jenis Selasih Thai atau namanya 'Thai Basil' (Ocimum basilicum var. thyrsiflora) dimana ciri jenis ini ia mempunyai batang dan bunganya berwarna ungu, daun lebih tebal dan kasar dengan ia mempunyai baunya lebih kuat seakan-akan licorice atau rempah yang sesuai untuk masakan panas seperti tomyam atau masakan Ala-Thai namun boleh juga dijadikan ulam jika suka rasanya yang kuat. Penulis blog dapati jenis ketiga adalah Jenis Selasih Manis atau Sweet Basil (Ocimum basilicum) dimana cirinya ia mempunyai daunnya lebar serta daunnya berwarna hijau muda dengan ciri baunya harum akan tetapi kurang bau citrus berbanding daun kemangi dimana ia selalu akan digunakan dalam masakan Barat (pesto) atau dimakan segar sebagai ulam juga. Asa bagi membezakan diantara jenis daun kemani dengan jenis daun selasih adalah dimana pokok Kemangi berbatang hijau, bunga putih, aroma limau, lebih lembut sementara bagi Selasih ia berbatang atau berbunga ungu dengan mempunyi aroma Licorice (rasa agak pedas) yang tahapnya adalah ia lebih kuat. Dilaporkan iaitu kedua-duanya berkhasiat untuk menghilangkan bau mulut dan melancarkan pencernaan serta baik untuk di jadikan makanan yang berkhasiat juga.
Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg), Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg), P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain. Kandungan dilakukan berdasarkan kajian makmal pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. Penanaman daun kemangi dijalankan adalah dimana kebanyakannya dalam pot atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk menanam daun kemangi bagi tujuan untuk penghasilan komersial terutama untuk menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada yang daunnya berwarna ungu kehijauan. Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang (cross pollination) kerana bunganya adalah terbuka.
Dilaporkan jika menanam pokok ulam kemangi sangat mudah sama ada cara menanam menggunakan biji benih atau pun menggunakan cara keratan batang. Cara terbaik dan mudah dilakukan adalah merendam keratan batang dalam air selama seminggu untuk mengeluarkan akar sebelum ditanam dalam tanah yang lembap dan mendapat matahari penuh. Pokok yang dijaga baik subur di baja dan mesti dibuat pemangkasan kerap yang penting untuk merangsang pengeluaran banyak tunas baru. Cara Menanam Kemangi (Guna Keratan Batang) dimana kaedah ini adalah lebih cepat dan praktikal di lakukan di rumah. Sebaiknya di pilih keratan batang kemangi yang sihat yang di potong panjang anggaran 10-15 cm dan ia kemudian perlu di rendam dalam air selama seminggu sehingga akar tumbuh dan kemudian boleh ditanam ke dalam tanah lembap atau dalam pasu yang ada media sesuai. Pastikan ia di letakkan di tempat teduh agar ia tidak terkena matahari terik terus sehingga akar cukup kuat dan tunas baru keluarkan di tempat yang banyak cahaya matahari untuk fotosintesis. Kalu suka boleh menanam dengan Cara Menanam Kemangi Dari Biji Benih dimana pilih bijibenih yang matang dan sihat dan anakbenih dalam pasu semaian yang berisi tanah campuran tanah topsoil dan kompos. Kemudian boleh di pindahkan anakbenih kekebun atas batas atau kedalam pasu dengan media sesuai untuk pertumbuhan dilakukan selepas anak benih mempunyai 4-6 helai daun. Penjagaan Pokok Kemangi dengan pastikan di lokasi yang banyak cahaya Matahar agar tumbuh subur merimbun. Pastikan tanah sentiasa lembap dengan menyiram iar ikut jadual akan tetapi pastikan yang air tidak bertakung. Beri baja seperti jenis baja NPK (seperti NPK 15-15-15) untuk menggalakkan pertumbuhan subur dan juga baja organik. Pangkas pucuk secara berkala supaya pokok tidak cepat berbunga dan menjadi lebih rimbun dan aktiviti menuai daun dengan memetik pucuk atas supaya pokok bercabang lebih banyak seberapa kerap. Kemangi adalah ulam yang sangat sedap dimakan bersama sambal atau masakan berkuah. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
PUCUK KEMANGI... ULAM RUPANYA...
ULAM SEGAR... BERKHASIATNYA DIA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
ULAM SEGAR... BERKHASIATNYA DIA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).
(18 Zulkaedah 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.