Support My Blog

Friday, May 8, 2026

PUCUK KEMANGI - BOLEH JADI ULAM? (Part 2)

ULAM PUCUK KEMANGI
adalah daun daripada pucuk pokok kemangi (Ocimum basilicum var. anisatum) iaitu sejenis herba aromatik dalam keluarga selasih yang mana popular dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bahan penambah aroma dalam masakan seperti sambal, masak lemak dan masakan Vietnam (phở) kerana baunya yang wangi dan menyengat. Ia mempunyai saiz daun kecil runcing dan batang hijau atau ada sedikit warna keunguan. Penulis blog dapati dimana daun kemangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik yang sangat popular dijadikan ulam-ulaman mentah atau bahan perasa dalam masakan terutamanya dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Daun kemangi:yang beraroma dan mempunyai bau yang wangi yang amat menyegarkan dengan ada sedikit rasa pedas (seakan bau limau atau anise) dan ciri ini yang menjadikannya penyegar mulut semulajadi. DIlaporkan daun ini ia dijadikan ulaman yang hebat dan dimakan mentah bersama sambal belacan, nasi kerabu atau bahan ramuan bagi makanan laksa. Apa pun didalam masakan tempatan daun kemangi ini ia sering juga untuk dimasukkan ke dalam masakan pepes, gulai atau dalam pelbabagai jenis masakan Thai (seperti Green Curry) untuk menaikkan aromanya. Ada perbezaan daun kemangi dengan daun selasih dimana jika di teliti daun kemangi lebih runcing dan baunya lebih menyengat berbanding daun selasih biasa. Ia didakwa mengandungi antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan dan bertindak sebagai ejen anti-stres jika diambil dengan cara dan kuantiti yang tepat. Ia sering disajikan dalam pinggan ulam bersama timun dan kobis bulat iaitu dijadikan sebagai penambah selera memakan nasi bersama laukpauk yang lain. Penulis blog sesekali ujirasa ulam daun kemangi dengan memberikan aroma atau bau seakan bau lemon atau citrus yang kuat dan menyegarkan. Selain di makan sebagi ulam mentah di mana daun kemangi juga akan dimasak dengan beberapa resepi popular tempatan. Kajian makmal mendapati jika daun kemangi ini ia kaya dengan kandungan minyak esensial, antioksidan dan bersifat antibakteria yang baik untuk kesihatan. Walaupun sering disamakan dengan selasih (Thai basil) sebenarbya hasil kajian saintifik dimana daun kemangi biasanya mempunyai bau yang lebih wangi dan saiz daun yang lebih kecil atau lebih runcing dan lazimnya pengambilan pucuk daun kemangi sangat mudah didapati dan popular di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira bagi  menganalisa fakta mengeai ulam pucuk daun kemangi untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana daun kemangi sangat berkhasiat untuk kesihatan kerana kaya dengan antioksidan (eugenol, flavonoid), antibakteria dan zat anti-radang. Ia juga didakwa amat berkesan meningkatkan pencernaan, mengurangkan stres, meningkatkan kesuburan lelaki, merawat batuk/selsema, menurunkan gula darah bagi diabetes, serta bertindak sebagai agen anti-penuaan untuk kulit. Kh
asiat utama daun kemangi termasuk Menjaga Kesihatan Pencernaan iaitu dengan membantu meredakan kram perut, merawat gangguan pencernaan dan infeksi usus. Ia juga mampu untuk Mengurangkan Stres dan Cemas sebab kandungan di dalamnya berfungsi sebagai adaptogen yang membantu meredakan stres oksidatif. DIlaporkan kemangi akan dapat Meningkatkan Kesuburan Lelaki dimana ada hasil kajian menunjukkan kemangi dapat meningkatkan kualiti dan pergerakan (motiliti) sperma. Tumbuhan herba ini juga di dakwa ia mampu  Meredakan Batuk dan Selsema sebab ujud bahan bersifat antibakteria yang tinggi membantu mengeluarkan dahak (mukolitik). Ia dilaporkan akan dapat Mengawal Gula Darah dimana ciri ini ia s untuk penderita diabetes 2 kerana ia dapat membantu menurunkan kadar gula darah. Bagus makan ulam daun kemangi sebab ia menjaga Kesihatan Kulit dan Mulut dimana zat antioksidan berkesan agar untuk awet muda (mencegah penuaan awal iaitu sifat antibakteria membantu menyegarkan mulut. Ia di dakwa berbag bahan Anti-Radang dan selalu di minum untuk gastrik dimana selain dimakan mentah sebagai ulaman dun kemangi boleh direbus dan diminum airnya, atau dijadikan masker wajah. Pengambilan daun kemangi yang berlebihan ada ancaman sebab ia boleh  menurunkan tekanan darah dan kadar gula terlalu rendah. Apa pun daun kemangi (ulam) kaya dengan antioksidan, vitamin C, dan komponen antikuman yang sangat baik untuk kesihatan.  Berdasarkan maklumat terkini (Mei 2026) dimana harga ulam kemangi ia biasanya dijual secara seikat dengan harga yang murah, sekitar RM1 seikat atau kalau beli harga borong adalah sekitar RM6 - RM18 sekilogram. Jualan anakbenih yang ada dlam pasu adlah sekiuuat RM9 - RM10.50 satu pokok untuk  ditanam sendiri. Ulam kemangi (daun basil) ialah herba yang sangat harum dan enak dimakan segar atau sebagai penambah aroma dalam masakan. Cara mekannya adlah engan Cara Makan Mentah (Ulam Segar) iaitu cara paling popular adalah memakan daunnya secara mentah bersama nasi panas, sambal belacan, ikan goreng atau timun. dan boleh di cicah dengan sambal seperti jenis sambal belacan, sambal tempoyak atau sambal tempe dan selalunya aroma daun kemangi ini akan menaikkan selera. Ia juga boleh di sediakan dengan Resepi Dau Kemangi Berkuah dimana daun ini ia sering dimasukkan ke dalam masak lemak, asam pedas, atau sup untuk memberi aroma wangi, terutamanya dalam masakan ala Thai. [Ia juga boleh di masak Resepi Kemangi  Urap atau Kerabu Kemangi dimana sesai untuk ia dicampurkan dalam campuran ulam-ulaman untuk membuat kerabu atau urap bersama kelapa parut. Pastikan pucuk daun kemangi dicuci bersih sebelum dimakan dan diambil bahagian daun muda untuk rasa yang lebih enak.


Laporan dari k
ajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak pati sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan dapat meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido. Ketahuilah tumbuhan daun kemangi dan tanam pokok untuk dapatkan daun kemangi bagi kegunaan keluarga anda. Sebaiknya dipastikan tumbuhan daun kemangi yang anda hendak tanam dari spesis yang betul dan dari sumber yang dipercayai. Penanaman herba seperti ini dan juga ilmu pengetahuan bagaimana hendak menanam, menjaga dan menggunakan input perlu di perolehi dahulu dari mana-mana sumber rujukkan. Banyak jenis herba di Malaysia yang boleh di eksploitasi bagi mengingkatkan penerokaan dunia herba pada masa akan datang.


Dalam portal hmetro.com di laporkan kisah '
Hasil jual ulam tampung sekolah anak hingga universiti' yang wajar ia di kongsikan dengan pembaca blog anim agro semua. Bagi Pn Jamaliah (kanan) yang dibantu suaminya Ahmad Razali memetik pucuk daun salam di kebun ulam-ulaman mereka di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang adalah kerja seharian. Kini kereka sudah bersyukur kerana hasil menjual ulam-ulaman ini juga dapat digunakan untuk menampung persekolahan anak sehingga mereka berjaya ke universiti. Idea kreatifnya yang menambah pendapatannya dengan menjual ulam-ulaman sejak 15 tahun lalu membuahkan hasil apabila permintaan terhadap makanan sihat itu semakin meningkat saban tahun. Baginya kerja menoreh getah kini telah menjadi pendapatan sambilan apabila hasil pendapatan jualan ulam-ulamannya kini muncul pendapatan utamanya selepas mampu mencecah jualan RM1,000 sebulan. Mereka mula memetik ulam-ulaman selepas pulang dari menoreh getah. Dia yang mulanya kami hanya menanam beberapa jenis ulam di halaman rumah dan menjual kepada peniaga di sekitar Pekan Kuala Nerang dan lama-kelamaan permintaan terhadap ulam-ulam semakin mendapat sambutan. Isteri saya dahulunya suka tanam pokok bunga kini telah berminat untuk tanam ulam-ulaman kerana dilihat mampu menjadi pendapatan keluarga. Mereka juga ada memanfaatkan kawasan rumah mereka dan juga tanah seluas 0.5 hektar yang berdekatan dengan menanam kira-kira 10 jenis pokok ulam-ulaman dan dijaga dengan rapi termasuk menyembur vitamin malah tanah 0.5 hektar ini juga dibeli hasil daripada wang simpanan jualan ulam-ulaman sebelum ini. Tanah ini kami guna dengan menanam kira-kira 500 pokok ulam-ulaman. Diantara ulam-ulaman yang mendapat permintaan adalah pucuk janggus, putat, cili, salam, beka, merunggai, cekur, asin-asin, selom, kemangi, bunga kantan dan limau kasturi. Dakwanya permintaan ulam-ulaman ketika negara dulu dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) juga tidak putus malah semakin meningkat sehingga gagal untuk menampung permintaan tersebut. Mereka menjual atau menghantar ulam mereka ke pasar pagi dimana ada kadang-kadang pelanggan yang merupakan peniaga akan datang sendiri 'menyambut' ulam-ulaman ini terutamanya bekalan yang sukar didapati seperti ulam beka. Biasanya ulam beka dijual dengan harga RM3 hingga RM5 sekeping mengikut saiz. Sebiji buah merunggai pula dijual dengan harga 50 sen sekilogram manakala ulam-ulaman lain dijual dengan harga berbeza mengikut jenis iaitu antara RM6 hingga RM8 sekilogram. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
PUCUK KEMANGI... ULAM RUPANYA...

ULAM SEGAR... BERKHASIATNYA DIA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...