Tumbuhan adalah organisma hidup multisel yang tergolong dalam alam Plantae. Ciri utama tumbuhan termasuklah menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis, mempunyai dinding sel dan ia tidak boleh bergerak bebas dari satu tempat ke tempat yang lain. Ciri-ciri asas dan pengelasan tumbuhan dimana tumbuhan mampu Membuat Makanan Sendiri dengan cara atau melalui proses Fotosintesis dimana tumbuhan menyerap cahaya matahari, air dan karbon dioksida (CO2) untuk dapat ia menghasilkan kanji (makanan) dan oksigen melalui kloroplas. Perlu di fahami jika struktur sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada selulosa yang man aia juga akan memberikan sokongan dan bentuk yang tetap. Melihat kepada marfologi tumbuhan dimana bahagian asasnya ia lengkap terdiri daripada akar berfungsi untuk menyerap air dan unsur nutrien dan mempunyai struktur Batang bagi tujuan untuk dapat mengangkut air dan menyokong tumbuhan serta Bahagian Daun dan Bunga dan Buah untuk tumbesaran dan proses pembiakan. Tumbuhan membiak sama ada secara seksual iaitu dengan cara melalui biji benih dan bunga atau secara pembiakan aseksual seperti dibiakan melalui cara keratan batang, tut dan lain-lain. Penulis blog belajar dimana tumbuhan membiak melalui pelbagai cara untuk menyambung zuriat dan hidup dimana kaedah utama ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Cara Pembiakan Seksual (melalui biji benih atau spora) dan kedua Cara Pembiakan Aseksual (bahagian vegetatif seperti batang, akar, atau daripada daun). Berikut adalah senarai kaedah utama tumbuhan membiak. Bagi cara seksual dari bijibenih dimana tumbuhan berbunga menghasilkan buah yang mengandungi biji benih (contoh: pokok mangga, rambutan dan betik) yang boleh tumbuh semula selepas ia matang. Cara pembiakan dengan keratan b batang dilakukan dimana batang pokok dipotong dan ditanam untuk tumbuh menjadi pokok baharu (contohnya pokok bunga raya, ubi kayu, dan tebu). Cara pembiakan gunakan daun dimana daun tumbuhan tertentu yang matang akan tumbuh anak pokok kecil pada bahagian tepinya (contohnya pokok setawar). Cara membiak menggunakan anak pokok dimana akan ada tunas tumbuh di sekeliling pokok induk dan ia juga kemudian ia membentuk anak pokok baharu (contohnya pokok pisang, nanas dan buluh). Ada membiak dengan bebawang (bulb) dimana cara pembiakan ini melalui struktur umbisi atau bawang di dalam tanah (contohnya pokok bawang, bawang putih dan tulip). Pembiakan melalui AKar (roots) pula akan ada tunas tumbuh dari bahagian akar dan membentuk pokok baharu (contohnya pokok pegaga dan pokok kangkung). Ada pula tumbuhan membiak melalui Spora terutama bagi jenis tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora yang sangat halus di bawah daun (contohnya seperti pokok paku pakis dan cendawan).
Kaitan dan peranan akar, air dan nutiran pada tumbuhan dimana pada setiap elemen dilengkapkan dikawasan penting kelilig pertumbuhan pokk tersebut. Akar Pokok merupakan sejenis organ asas yang memegang pokok di dalam tanah dan mencari sumber makanan. Perlu di fahami jika pada akar Jenis Akar Tunjang dan Akar Rambut dimana ia adalah struktur halus seperti rerambut akar yang menyerap air dan nutrien secara serentak melalui proses osmosis dan resapan. Kajian yang menyiasat keluasan penumbuhan sistem akar mendapati bahawa banyak tumbuhan mengambil lebih daripada 50% daripada berat badan mereka untuk membangunkan sistem akarnya. Sebagai contoh kajian mendapati bahawa tanaman jagung berusia 14 minggu mempunyai akar yang menjalar sejauh 6 meter ke bawah dan 5 meter secara mendatar ke semua arah iaitu ia jauh melebihi luas permukaan tunas di atas tanah. Apa pun kepentingan akar kepada tanaman boleh diringkaskan dalam perkara-perkara pertama sebaga SOKONGAN apabila akar berkembang di bawah tanah dan ia memberikan sokongan mekanikal dan berfungsi untuk menambat tumbuhan ke tanah. Akar berfungsi sebagai satu platform untuk daun dan pucuk yang perlu menyerap cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis. Sistem akar yang kuat dan sihat selalunya ia boleh menghalang tumbuhan daripada mudah tercabut atau terbalik oleh daya luaran. Selain itu akar juga berfungsi untuk menahan tanah di tempatnya dan membantu mencegah hakisan tanah dan tanah runtuh secara semula jadi dimana ada kelaian setiap jenis tumbuhan membangunkan struktur dan sistem akar yang berbeza untuk menambat di dalam tanah. Peranan AIR (Water) dimana ia berfungsi sebagai medium pengangkut utama. Nutrien dari dalam tanah tidak boleh diserap secara terus oleh pokok melainkan ia dilarutkan terlebih dahulu di dalam air. Sistem akar ia berfungsi sebagai rangkaian untuk menyerap air dan nutrien di dalam tanah. Air memainkan peranan utama dalam proses fisiologi tumbuhan, seperti fotosintesis, pengangkutan nutrien dan pengeluaran metabolit. Ia juga merupakan faktor penting dalam transpirasi dan turgiditi sel yang mempengaruhi kekuatan dan fleksibiliti tumbuhan. Nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium membentuk struktur sel yang penting dan diperlukan untuk mengekalkan fungsi dan aktiviti sel yang sihat. Pengambilan nutrien yang mencukupi akan secara langsung mempengaruhi hasil dan kualiti tanaman yang dituai, seperti saiz, aroma, warna dan rasa. Oleh kerana tanah adalah sumber utama air dan nutrien, tumbuhan menggunakan akar untuk mencari, menyerap dan mengangkutnya ke organ tumbuhan yang lain. Sel dan tisu akar tumbuhan khusus dibentuk untuk fungsi ini. Sebenarnya nutrien berkait dimana ia adalah makanan pokok yang terdiri daripada pelbagai mineral penting (seperti Nitrogen, Fosforus, dan Kalium) untuk proses fotosintesis, pembesaran daun, dan penghasilan buah. Setelah akar dan air menyerap nutrien maka pokok menggunakan dua sistem pengangkutan utama untuk mengedarkan makanan iaitu melalui Xilem dan Floem. Xilem ini adalah tisu yang bertugas mengangkut air dan mineral terlarut naik dari akar ke batang dan daun. Floem pula adalah jenis tisu yang mengangkut hasil makanan (glukosa) yang telah siap diproses melalui fotosintesis di daun ke seluruh bahagian pokok.
Pelru juga di bincangkan akan ada empat (4) Keperluan Asas Tanaman untuk di jadikan bahan rujukkan seterusnya. Sebenarnya walaupun terdapat cabaran dalam berkebun tetapi menanam dan menjaga tanaman adalah tidak sukar. Semua jenis tanaman memerlukan beberapa keperluan asas untuk hidup dan dengan memastikan ianya mencukupi dimana ia akan tumbuh dengan baik dan sihat. Keperluan asas tanaman terbahagi kepada 4 kategori iaitu AIR (Water), CAHAYA (Sunlight), NUTRIEN (Nutrient) dan UDARA (Air). Pertama komponen air dimana air merupakan keperluan asas utama bukan sahaja untuk tanaman malah untuk semua kehidupan. Kepentingan AIR (Water) untuk tanaman juga dapat dilihat daripada peratus berat air yang terkandung di dalam tanaman iaitu 80% - 90% daripada berat tumbuh-tumbuhan adalah air. Air memainkan pelbagai peranan penting untuk tanaman dan antaranya adalah sebagai medium pengangkutan nutrien serta diperlukan juga di dalam proses fotosintesis. Kesan daripada kes kekurangan air adalah jelas terhadap tanaman iaitu tanaman menjadi layu dan tanaman juga boleh mati hanya selepas beberapa hari tanpa air. Pastikan tanaman anda mendapat air yang mencukupi dengan menyiram sekurang-kurangnya pada setiap pagi dan petang. Walaubagaimanapun selalunya air yang berlebihan juga boleh memberikan kesan yang negatif terhadap tanaman dimana jika tanaman terendam sekitar 48 jam maka akar tumbuhan akan rosak dan boleh menyebabkan tanaman layu dan mati. Kesan apabila tanaman menerima terlalu banyak atau terlalu sedikit air akan menjadi ancaman kepada proses pertumbuhan dan penghasilan tanaman tersebut. Oleh itu kebanyakan jenis tanaman makanan akan di tanam dan di pasang sistem pengairan (irrigation) agar ia tumbuh dengan baik. Kedua adalah CAHAYA (Sunlight) dimana proses fotosintesis adalah perkataan yang utama dikaitkan dengan keperluan cahaya kapada tanaman. Melalui proses fotosintesis ini maka pasti tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan menggunakan tenaga cahaya. Melalui proses ini juga tumbuh-tumbuhan menarik karbon dioksida daripada udara dan menghasilkan oksigen untuk hidupan-hidupan lain. Kebanyakan tanaman memerlukan cahaya yang cerah, sekurang-kurangya 4 jam cahaya matahari terus (direct sunlight) setiap hari bagi mendapatkan pertumbuhan yang baik kerana perbezaan keamatan cahaya di antara tempat yang redup dengan tempat yang terbuka adalah amat ketara. Kes jika cahaya yang tidak mencukupi boleh menyebabkan daun menjadi kurang hijau dan tanaman tumbuh kurus dan panjang. Kesan kekurangan cahaya boleh dilihat dengan jelas pada waktu percambahan biji benih di mana cahaya yang tidak mencukupi menyebabkan anak benih menjadi kurus dan panjang. Memang akan ada perbezaan antara tanaman yang menerima cahaya yang mencukupi dan yang tidak dimana pokok nanas yang terlindung dari cahaya akan kurang manis berbanding dengan buah nanas yang cukup mendapat cahaya matahari.
Keperluan UDARA (Air) pula memang menjadi salah satu keperluan asas tanaman yang tidak perlu disediakan kerana sudah tersedia kepada semua hidupan di bumi. Di dalam udara terdapat dua komponen utama yang diperlukan oleh tanaman iaitu karbon dioksida (CO2) dan oksigen (O2). Apa pun bagi udara jenis Karbon dioksida dimana ia diperlukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan makanan dan bahan oksigen pula diperlukan oleh tanaman sewaktu proses respirasi iaitu proses menukar makanan kepada tenaga. Saintis laporkan dimana walaupun udara tidak perlu disediakan tetapi terdapat beberapa perkara yang berkaitan seperti pengudaraan tanaman yang perlu dipastikan mencukupi. Selalunya Sistem Pengudaraan yang baik bermaksud wujud pengaliran udara yang baik dalam persekitara tumbuhan. Biasanya dengan sistem pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan pertumbuhan kulat atau fungus kepada tanaman. Selain daripada itu selalunya bahagian akar tumbuhan juga memerlukan pengudaraan yang baik. Petani perlu mereka mempastikan tanamannya mendapat pengudaraan yang baik dengan meletakkannya di tempat yang mempunyai aliran udara serta perlu menggunakan media tanaman yang poros untuk memastikan pengudaraan yang baik untuk akar. Apa pun dengan pengudaraan di dalam media juga adalah penting untuk mendapatkan akar yang sihat. Keempat asas keperluan tumbuhan adalah NUTRIEN iaitu makanan tumbuhan sebagai keperluan asas tanaman yang keempat pula adalah nutrien dan terdapat sekurang-kurangnya 17 jenis nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Secara semulajadinya air, udara, dan nutrien-nutrien yang terkandung di dalam tanah adalah sumber nutrien tanaman tetapi ia mungkin tidak mencukupi bagi pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik. Baja digunakan untuk membekalkan tanaman dengan nutrien yang diperlukan. Terdapat pelbagai jenis baja di pasaran tetapi baja yang biasa digunakan dalam penanaman ialah baja organik tinja ayam diproses dan baja sintetik granul. Baja organik tinja ayam diproses adalah sesuai untuk pelbagai tanaman dan ia mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan tanaman. Baja sintetik granul pula mengandungi kandungan nutrien yang lebih tinggi tetapi penggunaannya perlu dibuat dengan lebih berhati-hati kerana pembajaan berlebihan adalah berbahaya kepada tanaman. Petani digalakkan juga untuk hanya menggunakan baja organik tinja ayam diproses pada peringkat awal tanaman dan hanya gunakan baja sintetik granul untuk pokok yang telah matang. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMUA BERKAIT..TUMBUHAN GUNA...
POKOK DI JAGA...BAGUS HASILNYA...
BACA ARTIKEL..RASA BAHAGIA PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1447H).
SELAMAT HARI RAYA HAJI KE 2 (1447H)!.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.