Selain dari banyak kepentingan dalam sektor pertanian dimana kehadiran kelawar memang dilaporkan ia ada membawa ancaman utama sebagai pembawa penyakit bawaan zoonosis yang sangat berbahaya. Ini juga termasuk kes seperti ancaman Virus Nipah, Rabies (penyakit anjing gila), SARS, dan COVID-19. Ancaman ini biasanya berpunca daripada gigitan, cakaran, atau sentuhan langsung dengan air liur dan najis kelawar yang tercemar. Virus Nipah adalah penyakit zoonotik berbahaya yang boleh membawa maut, dengan kadar kematian manusia dianggarkan antara 40% hingga 75%. Ia disebabkan oleh virus Henipavirus yang berasal daripada haiwan dan pertama kali dikesan di Malaysia pada tahun 1999 semasa wabak di kalangan penternak babi. Dilaporkan dimana punca dan juga pembawa atau perumah semula jadi virus ini adalah kelawar buah (kelawar еndok atau Pteropus). Cara ia berjangkit adalah melalui sentuhan langsung atau terdedah kepada cecair badan haiwan yang dijangkiti seperti babi atau kelawar. Ia juga boleh berjangkit melalui makanan tercemar atau meminum air nira atau memakan buah-buahan yang telah dicemari oleh air liur kelawar. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan cecair pernafasan atau cecair badan pesakit yang dijangkiti. Simptom jangkitan dimana pesakit mula menunjukkan gejala 4 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus ini. Pada peringkat awal melibatkan demam, pening kepala, sakit otot, muntah dan masalah sesak pernafasan. Ia juga boleh melarat kepada keradangan otak (ensefalitis) yang menyebabkan sawan, koma,dan akhirnya menyebabkan kes kematian. Penyakit Rabies juga di bawa oleh kelawar dimana ia akan menyerang sistem saraf manusia melalui gigitan atau cakaran kelawar yang dijangkiti. Paling dekat di hati semua pembaca blog adaah ancaman penyakit berkait dengan Kes Jangkitan Pernafasan yang berpunca dari virus seperti SARS-CoV-1, SARS-CoV-2 (COVID-19) dan MERS-CoV dikaitkan dengan penularan asal daripada kelawar sebelum berpindah kepada haiwan perantara. Dalam kes lain dilaporkan dimana ada kes Penyakit Berdarah apabila ada jenis kelawar di kawasan Afrika turut menjadi perumah semula jadi kepada virus Ebola dan Marburg yang mempunyai kadar kematian sangat tinggi dan tahun 2026 ini ia timbul semula disana. Ada beberapa langkah pencegahan sesuai di lakukan seperti dengan mengelakkan sentuhan iaitu jangan sesekali cuba memegang kelawar hidup atau mengutip kelawar mati dengan tangan kosong. DIsyorkan agar mencuci buah atau membasuh buah-buahan yang dibeli atau dipetik bersih-bersih sebelum dimakan. DI kawasan perumahan boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap dan tutup ruang di bawah bumbung bagi mengelakkan kelawar bersarang di dalam rumah. Dapatkan rawatan perubatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika anda digigit atau dicakar oleh kelawar.
Dilaporkan dimana kelawar memainkan peranan yang sangat penting kepada alam sekitar dan ekosistem hutan semulajadi terutamanya dalam pemuliharaan alam sekitar dan didalam perkhidmatan ekosistem serta pertanian. Fungsi utama haiwan ini termasuklah masih di perlukan dimana ia membantu dalam proses Pendebungaan Bunga Tanaman. Sebenarnya jenis kelawar terutama spesies pemakan nektar adalah salah satu agen penting dalam proses pendebungaan untuk tanaman komersial seperti durian dan buah-buahan lain. Kelawar (terutama spesies seperti Eonycteris spelaea atau kelawar gua dan keluang) adalah agen pendebungaan semula jadi yang paling penting bagi pokok durian dimana tanpa kehadiran haiwan ini maka proses pendebungaan akan terjejas dengan teruk dan ini sekaligus mengurangkan hasil dan kualiti pengeluaran buah durian anda. Berlaku hubungan penting antara kelawar dengan pokok durian dimana kelawar adalah pemakan manisan nektar sebab bunga durian mekar pada waktu malam dan menghasilkan nektar yang banyak. Ini menarik minat kelawar yang keluar mencari makan pada waktu malam. Kelawar menjadi salah satu agen agen pendebungaan efektif dimana semasa kelawar menghisap madu bunga durian ada debunga akan melekat pada bulu badan mereka. Apabila kelawar terbang ke pokok lain, debunga tersebut disenyawakan dan menghasilkan buah durian yang lebih lebat. Kelawar dilaporkan ia bukan haiwan perosak kepada tanaman waau pun masih ada ramai yang tersilap menganggap kelawar sebagai musuh pokok. Kehadiran kelawar yang mengunjungi kebun durian adalah kelawar mesra alam yang memakan nektar, debunga dan buah-buahan kecil. Peranan penting kelawar sebagai haiwan 'Pengawal Serangga' dimana kelawar pemakan serangga bertindak sebagai 'racun perosak semula jadi' yang memakan ribuan serangga perosak dan nyamuk setiap malam dan ini mengurangkan populasi serangga perosak tanaman. Kelawar juga bertindak sebagai agen penyebaran Biji Benih dimana cara ini ia membantu memulihkan hutan dengan menyebarkan biji benih melalui pemakanan buah-buahan.
Paling penulis blog tahu sejak lama dulu di mana kalawar hasilkan tahinya yang di panggil 'Baja Guano' yang mana ia dikumpulkan dijadikan sejenis baja organik premium yang kaya dengan nutrien. Apa pun baja tahi kelawar (atau bat guano) adalah baja organik bernilai tinggi yang kaya dengan kandungan Posforus (P), Nitrogen (N) dan Kalium (K) dimana ia selalunya akan diambil dari gua-gua batu kapur dan ia memang sangat popular dalam kalangan pekebun kerana berkesan untuk fungsi menyuburkan tanah, merangsang pertumbuhan akar dan menggalakkan proses pembentukan bunga serta buah. APa pun dilaporkan antara kebaikan utama baja tahi kelawar atau baja guano ini sebab ia sangat tinggi nutrien Phosforus yang pasti akan membantu pokok untuk terus membesar dengan sihat, menguatkan dahan dan akan mempercepatkan proses pengeluaran bunga dan buahnya. Baja Guano juga ia memang kaya Mikronutrien dan analisa menyatakan ia mengandungi pelbagai nutrien tambahan yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman. Baja guano adalah jenis baja semulajadi dan menjadi pilihan baja organik yang selamat digunakan untuk pelbagai jenis pokok bunga serta tanaman sayuran dan tanaman buah-buahan. Cara guna baja guano ini boleh di taburkan sedikit di sekeliling pangkal pokok (mengikut saiz pokok) dan elakkan daripada terkena terus pada batang utama. Tahi kelawar mentah yang tidak diproses boleh membawa kulat bawaan udara (Histoplasma) yang menyebabkan penyakit paru-paru. Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan selepas mengendalikannya. Gunakan produk baja tahi kelawar yang telah siap diproses dan dikomersialkan yag dijual di kedai pertanian berdekatan atau boleh di beli secara on-line sahaja. Harga pasaran bagi baja tahi kelawar (atau guano) di Malaysia secara purata adalah antara RM4.00 - RM15.00 satu pek yang bergantung kepada berat, jenama, dan gred pemprosesan. Secara detail bagi baja guano dengan pek kecil (500g) hatganya adalah sekitar RM4.00 dan bagi Pek Biasa (1kg) hatganya adalah sekitar RM8.00 - RM10.00 satu pek dan bagi membeli Pek Pukal atau pun Pek Premium (1kg ke atas) harganya adalah sekitar RM12.00 - RM15.00 satu pek.
Merujuk kepada beberapa sumbuer dimana memang kelawar pemakan buah (Spesis Keluang) yang berkeliaran di antara pokok buah di sekitar rumah didakwa akan merugikan pemilik rumah. Haiwan ini merugikan pemilik rumah karena memakan buah-buahan yang siap untuk dituai dan bila di serang ia boleh menghabiskan banyak hasil buah tersebut dan merugikan. Lebih malang apabila kelawar jenia ini akan mengotori sekitar rumah dengan kotoran dan potongan buah yang jatuh. Selama musim menuai buah dimana kelawar menjadi musuh utama pekebun dan pemilik dusun buah-buahan pilihan mereka yang datang pada malam hari. Kalangan petani ada yang cuba memeriksa dan ada yang membungkus buah-buahan di pokok (pokok longan dan rambutan di sukai kelawar) agar buahnya tidak dimakan. Ada beberapa cara menghalang atau mengawal ancaman kelawar di kebun buah dimana yang pertama dengan Semburan Bahan Semulajadi yang baunya ia tidak digemari kelawar yang berbau menyengat yang boleh mengganggu deria penciuman kelelawar. Ia termasuk bahan seperti peppermint, kayu manis, kayu putih atau eucalyptus. Cara terbaik untuk menggunakannya adalah dengan mencampurkan beberapa titisan minyak essensial beraroma menyengat tadi dengan dua cawanr air hangat dan setengah cangkir gula. Semburkan larutan ini disekitar pokok buah yang hampir masak. Kedua dengan cara Membungkus Buah di pokok sebab selalunya kelawar akan terbang untuk mengambil buah-buahan yang sudah matang boleh dicegah membungkus buah-buahan yang hampir atau sudah matang dengan jaring atau plastik. Cara ini akan mencegah kelelawar memakannya. Cara ketiga dengan Cara Memasang Lampu Terang dipokok sebab kelawar adalah haiwan nokturnal yang kalah dan terbang jauh dari lampu terang ini. Keempat adalah dengan Memasang Alat Bunyi Ultrasonik sebab deria kelawar pendengarannya sangat sensitif dengan suara ultrasonik dimana gelombang sbunyi yang tidak terdengar manusia itu justru menakutinya. Kelima dengan Cara Membesihkan Kawasan dari sisa buah dan najisnya sebab kelawar yang terbang akan meninggalkan kotoran dan sisa-sisa buah di sekitar tempat yang diganggu. Bau buah ini akan menarik ia datang lagi. Agak unik cara keenam iaitu dengan Menggantung Cermin Muka atau aluminimum foil yang berlikat dan ada refleksi cahaya mampu untuk menghalang kelawar yang mengganggu penglihatannya. Cara ketujuh adalah dengan gunakan Kapur Barus Digantung di dahan pokok dimana ia adalah bahan kimia yang berbau tajam dan dapat membasmi mamalia kecil termasuk kelelawar. Penulis bloh sering membuat tinjauan bagaimana petani Memasang Jaring Burung di rentang di kawasan dusun sedang hampir masak seperti di kebun longan, rambutan. mata kucing dan sebagainya dan berjaya menghalang ancaman keluang dan kelawar (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang isinya sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.