Support My Blog

Tuesday, May 19, 2026

JAMBU MENTE - APA DIA (PART 1)

JAMBU MENTE (Anacardium occidentale) atau juga di kenali sebagai 'Jambu Monyet' atau 'Biji Gajus' adalah sejenis tanaman dari famili Anacardiaceae yang berasal dari Brazil dan memiliki 'buah' yang dapat dimakan isinya dan juga bijinya. Jambu mete juga dikenal karena bentuknya yang mirip dengan 'hidung monyet bekantan' atau Monyet Belanda (Probosis) yang habitatmya hanya berada diKalimantan pernah di jadikan produk komersil sebab bijinya boleh dikeringkan dan digoreng untuk dijadikan berbagai jenis makanan ringan yang berkhasiat dan di nikmati. Penulis blog ada membuat pemerhatian akan pokok jambu mente dimana tumbuhan ini sama sekali ia bukan dari jenis tanaman pokok jambu (keluarga Myrtaceae) mahupun dari jenis Pokok Kekacang (Keluarga (Fabaceae) akan tetapi di laporkan ia lebih dekat dengan tanaman mangga (dari keluarga Anacardiaceae juga). Dalam peribahasa Melayu apa yang penulis blog ingat sejak sekolah rendah dulu pernah ada soalan teka-teki iaitu 'Apa Jenis Buah Yang Isinya di dalam dan Bijinya Di luar' dimana jawapannya banyak kata adalaj Buah Jamnu Mente atay Jambu Monyet ini. Dari segi marfologi di laporkan sebenarnya b
ahagian 'isi buah' yang lembut itu ia sebenarnya adalah tangkai bunga yang membengkak dan bahagian 'kacang' yang keras di bawahnya adalah buah sebenar yang kemudian ia diproses menjadi makanan ringan. Ciri-ciri asas penulis blog beritahu dimana ia bukan dari keluarga Jambu dan dari dari segi botani memang ia lebih dekat dengan keluarga pokok mangga. Apa pun keunikan buah jambu mente atau mete ini dimana tangkai buah yang membengkak berwarna merah atau kuning, berair, berjus dan mempunyai rasa manis, sedikit masam dan kelat dan buah sebenar adalah biji keras di bahagian luar bawahnya yang di kutip dan diproses (dikeringkan dan digoreng) menjadi kacang yang sangat popular dan bernilai tinggi di pasaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu Buah Jambu Memte atau Jambu Monyet atau 'Buah Gajus' sebagai bahan untuk rujukkan semua.


Dilaporkan Jambu Jambu mente atau Jambu mete atau Jambu monyet) atau buah gajus kini ia sudah kurang di kenali di kalangan generasi millenial di Malaysia sebab ia bukan tanaman yang komersil. tidak dikelaskan mengikut spesis yang berbeza. Penulis blog anggarkan kalau pokok itu ada di tanam atau tumbuh ia dianggarkan hanya seluas kurang dari 15 hektar CHE sahaja (Crop Harvested Area). Dulu tanaman ini pernah ianya ada 
di komersilkan secara estet di Kg Raja, Terengganu yang di majukan oleh FIMA dikawasan tanah Bris (sekitar hujung tahun 1970'an) yang penulis blog pernah membuat lawatan semasa masih belajar di universiiti. Apa pun dilaporkan ada beberapa varieti buah mente ini yang mana ia dibezakan melalui ciri warna kulit, ciri bentuk tangkai buah (jambu dan ciri saiz biji (kacang mete) yang ukuran saiznya adalah tersendiri. Kajian dan peneliitian saintis membahagikan varieti jambu mente secara umumnya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama berdasarkan warna buahnya iaitu Jenis atau Varieti Jambu Mente Merah dimana ia mempunyai tangkai buah berwarna merah apabila masak dimana kulitnya yang mana ia berwarna merah terang atau merah kekuningan apabila masak dilihat ia mempunyai bentuknya menyerupai loceng, buah pir, atau buah jambu air yang bentuknya sedikit memanjang. Isi buah adalah ia bertekstur lembut, sangat berair dan berserabut dimana bila di makan ia rasanya segar, manis, sedikit kelat (sepet) dan ia juga beraroma harum. Ciri biji buah gajus jenis ini ia berbentuk seperti buah pinggang melekat di bahagian bawah luar buah. Biji mentah didakwa ia mengandungi getah yang boleh menyebabkan rengsa atau tidak selesa di mulut dimana ia ia mesti diproses dan dibakar atau direbus sebelum dimakan. Pucuknya adalah sejenis ulam yang sangat popular di Malaysia. Kedua ada varieti Jambu Mente Kuning dimana pada bahagian tangkai buah berwarna kuning terang (Sila lihat foto disebelah). Ketiga ada Jenis Jambu Mente Jingga dimana varieti ini ia merupakan hasil kacukan atau embiakansemula jadi antara varieti merah dan juga variieti kuning dengan menghasilkan warna oren atau jingga yang sangat menarik. Di Malaysia dan Indonesia ada dilaporkan dimana terdapat juga beberapa varieti atau klon yang dikenali untuk penghasilan kacang mete yang berkualiti lain seperit Jenis Varieti Jambu Mente Meteor iaitu varieti yang unggul dengan buah berbentuk bulat segi tiga, bersaiz besar, manis, dan aroma yang kuat. Kelima ada Jenis Varieti Jambu Mente Muna yang popular di Indonesia dengan produktiviti buah yang tinggi dan kacang metenya yang tinggi kualiti. Keenam dilaporkan ada Jenis Klon Jambu Mente Tempatan yang berada di Malaysia dan Indonesia Timur yang cirinya ia pokok lasak dan pokok dan saiz bijinya adalah yang besar. Selain varieti disenaraikan diatas penulis blog dapati ada beberapa varieti atau klon kacukan dari negara pengeluar lain seperti dari Vietnam dan India yang ditanam khusus untuk industri kacang mete komersial.


Penanaman jambu mente dapat dilakukan dengan dua kaedah pembiakan iaitu dengan pertama dengan cara Generatif dengan menggunakan Biji (seeds) dan dengan cara Vegetatif seperti Tut, Keratan Batang dan Tampalan. Amalah yang paling lazim untuk mendapakan benih adalah secara vegetatif  sebab menanam jambu mente dengan benih vegetatif ini kerana ia akan menghasilkan hasil yang sangat identikal dengan pokok induknya dan lebih cepat menuai. Benih pokok jambu menta atau pokok gajus ini ia boleh di beli dengan harga RM13 - RM25 sepokok bagi baka biasa dan bergarha RM45 sepokok bagi jenis hibrid. Biji benih gajus (seeds) pula untuk di semai sendiri boleh di beli dengan harga RM10 - RM20 untuk sebanyak 20 biji sahaja secara ol-line atau 
dari beberapa nurseri yang ada menjualnya sama ada untuk tanam suka-suka atau ingin menanam secara komersil. Jenis tanah yang sesuai di sediakan dengan membajak aagar ia lebih gembur dan di bina sistem saliran sempurna. Kalau hendak menanam dari bihi (seed) maka perlu gunakan biji daripada buah yang sihat atau pilih anak pokok daripada teknik tut untuk hasil yang lebih cepat berbuah. Lubang tanaman di gali dengan kedalaman 50 cm dan memiliki lebar 35 - 40 cm dengan jarak tanam sekitar 5 meter diantara pokok. Kawasan tanah yang agal lembab dan subyr membolehkan pokok jambu mente ini ia akan tumbuh optima sebaiknya ada sistem penyiraman secara teratur sehingga usia satu bulan. Tanaman jambu mete diberikan baja asas termasuk baja organik dan baja kimia untuk kadar pertumbuhannya lebih maksimal.  Pasang kayu pancang jika perlu untuk menyokong pokok kecil dan di bersihkan kawasan rumpai di sekelilingnya. Membaja secara berkala dan cantas dahan yang tidak perlu untuk merangsang pertumbuhan bunga dan buah. Pokok ini dilaporkan memang kurang ancaman serangga perosak dan penyakit. Bagaimana pun ada ancaman ringan seperti ulat pemakan daun, ulat memakan isi buah dan juga haiwan pemakan buah yang sudaa masak seperti burung dan tikus. Menegutip buah yang masak dan gugur diatas tanah perlu di lakukan secara rutin dan kawalan rumpai juga perlu di lakuka secara berkala.


Pokok jambu mente yang di jaga baik akan berbuah setelah matang dimana masa tepat menuai a
pabila kulit buahnya bertukar warna dari hijau kepada kekuningan, oren atau warna merah terang begantung kepada varieti. Biji di bahagian bawahnya pula akan bertukar warna menjadi kelabu gelap atau coklat keras. Petik buah yang sudah masak dengan lembut atau tunggu sehingga ia gugur sendiri ke tanah dimana buah yang gugur adalah buah yang paling manis dan ranum. Apa pun perlu faham jika biji jambu mente yang tumbuh di bahagian luar dan tergantung di bawah buah semua (bahagian yang berisi) dan ia dipusing atau ditarik biji tersebut untuk dapat memisahkannya daripada isi buah. Isi jambu mente (bahagian yang merah atau warna kuning ia boleh dimakan terus atau boleh dibuat jus atau ia boleh dimasak. Biji ini kemudian perlu di keringkan dimana ia perlu dijemur di bawah terik matahari selama sehari supaya kering dan isinya mudah dikeluarkan. Berhati-hati dengan getahnya sebab kulit luar biji mente ini selalu mengandungi getah yang boleh menyebabkan ancaman kerengsaan atau gatal pada kulit dan penulis blog syorkan agar memakai sarung tangan plastik semasa memprosesnya. Kemudian biji ini perlu dikopek dengan teliti menggunakan pisau khas atau alat pemecah untuk mendapatkan kacang mente atau kacang gajus yang cantik dan elok di dalamnya. Biji jambu mente atau biji gajus atau biji jambu monyet ini perlu dimasak dengan cara betul iaitu ia disangrai atau digoreng dimana ia bermula dengan menjemur, mengupas kulit kerasnya yang bergetah dan  merebusnya dalam air garam dan akhir sekalu adalah aktiviti menggorengnya bersama bawang putih hingga garing dan keemasan untuk dijadikan snek kacang mete yang enak. Semasa menjemur biji yang yang baru dipetik supaya mudah dikupas dan kerja mengupas kulit keras luar ini yang keras perlu berhati-hati dengan getah pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk membuat kerja ini. Proses merebus biji mete mentah dengan air garam atau ada yang menambah sedikit santan atau serbuka perasa untuk menambah rasa lemak yang enak.Proses menggoreng atau menyangrai ini dilakukan sehingga  sehingga bijinya jadi rangup, garing dan berwarna keemasan sebelum di makan atau di masukkan dalam pek bungkasan yang kedap udara. Kaedah penyimpanan yang baik dimana ia boleh tahan berbulan-bulan lamanya. 


Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Kajian khasiat kacang Gajus' untuk ia di kongsikan khasiatnya. Dilaporkan dimana kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus dan ia sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek. Apa pun disebalik keenakan rasa kacang gajus dimana ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Dalam satu ujian percubaan intervensi manusia yang diterbitkan jurnal pemakanan Nutrients baru-baru ini, pengkaji di Perkhidmatan Penyelidik Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Beltsville memeriksa kandungan tenaga yang ada dalam kacang gajus. Ada seramai 18 sukarelawan yang sihat dilatih untuk mengambil bahagian dalam kajian selama sembilan minggu dimana para peserta mengambil pemakanan asas dikawal yang ditambah dengan kacang gajus iaitu 42 gram sehari sepanjang tempoh kajian selama empat minggu. Mereka turut mengambil pemakanan asas dikawal tanpa penambahan kacang gajus dalam tempoh empat minggu berikutnya.  Sampel pemakanan daripada kajian itu bersama najis dan air kencing daripada 18 sukarelawan dikumpul semasa minggu terakhir dalam setiap fasa intervensi. Selain itu, kandungan protein, lemak dan tenaga turut dianalisis dimana keputusan kajian menunjukkan kandungan tenaga (kalori) dalam kacang gajus 16% adalah ia lebih rendah berbanding nilai yang biasa dinyatakan pada label makanan semasa dan dalam pangkalan data di USA termasuk Pangkalan Data Nutrien Untuk Rujukan Piawaian Kebangsaan. Meskipun nilai tenaga semasa ianya dilaporkan 163 kilokalori setiap hidangan, penyelidik USDA mendapati kandungan tenaga mengalami proses metabolisme untuk 28 gram hidangan kacang gajus adalah 137 kilokalori. Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika menyimpulkan pengambilan 42 gram kacang gajus sehari tidak meningkatkan tahap kolesterol jahat atau lipoprotein dengan kepadatan rendah (LDL). Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink dan hebatnya bahan sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil. Apa pun menurut Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA, kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana. Secara klinikal di laporkan manfaat kacng gajus atau jambu mente ini ia mampy jamin kesihatan otot dan saraf sebab kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain. Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti serta akan mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat. Memakan kacang gajus juga akan mengurangkan risiko diabetes bila dilaporkan ia mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2. Ketiga ia akan dapat mMeningkatkan kesihatan tulang dan gigi bila kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel. Seterusnya ia kan dapat meningkatkan sistem imun bila kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka. Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai agar ia di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi makluma berfaedah kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU MENTE... BUAH GAJUS SAMA....
ADA DITANAM... DI BEBERAPA NEGARA...
BUAH DIDALAM... DI LUAR ADA BIJINYA...
BANYAK KHASIAT...ARTIKEL INI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...