Pokok beluntas dimana hasilkan pucuk beluntas merujuk kepada satu spesies tanaman yang sama namun ia sering dibezakan melalui cara ia dimakan sebagai ulam. Penulis bloh kategorikan jenis cara penggunaan atau jenis pucuk beluntas yang biasa dijadikan ulam iaitu Jenis Pucuk Beluntas Mentah diana ia merupakan jenis pucuk muda beluntas yang berwarna hijau cerah, masih segar denga ada bau atau aromatik khas. Ia selalu akan dimakan mentah sebagai ulam kerana rasanya yang sedikit kelat, ada rasa masam dan sangat beraroma wangi dimana ia memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan dicicah dengan sambal belacan. Jenis kedua adalah kategori Jenis Pucuk Beluntas Celur atau DiRebus dimana di ambil ulam pucuk beluntas yang dicelur sebentar untuk dapat mengurangkan sedikit rasa kelat dan melembutkan daunnya sebelum dimakan bersama nasi dan juga bersama cicah sambal. Ketiga pula ada kategori Jenis Beluntas dalam Nasi Ulam atau Nasi Kerabu dimana daun beluntas yang dihiris halus dengan pisu tajam atau gunting dan kemudian ia dicampurkan ke dalam nasi ulam atau nasi kerabu untuk memberikan aroma yang istimewa sehingga menambah seera memakannya. Cara menanam pokok beluntas bertujuan untuk dijadikan ulam sangat mudah kerana ia sejenis tanaman yang lasak, tahan panas, dan jarang diserang penyakit. Cara menanam perlu di pastikan sumber benihnya dahulu dimana kaedah sesuai ia adalah dengan Kaedah Guna Keratan Batang iaitu ia cara paling mudah di lakukan dan ia cepat untuk tumbuh dengan penjagaan yang sempurna. Caranya dengan memilih pokok induk beluntas yang sihat dan matang kemudian di potong bahagian batang atau dahan beluntas yang matang iaitu sudah berwarna coklat serta keras sedikit sepanjang 15 - 20 cm panjang sebagai benih. Seterusnya di buang daun-daun di bahagian bawah dan tinggalkan 2-3 helai daun di hujungnya bertujuan untuk kurangkan ancaman respiration (penguapan). Keratan ini sesuai di tanam terus ke tanah atau di dalam pasu atau polibeg besar yang berisi media tanah campuran yang subur atau beli sahaja tanah siap baja yang dijual di nurseri. Pelu di berikan sungkupan bagi mempastikan tanah sentiasa lembap dimana penulis blog dpati yang keratan ini biasanya mengeluarkan akar dalam masa 2-3 minggu. Aktiviti lanjut atau seterusnya penjagaan dan penyelenggaraan pokok beluntas yang ditanam mendapat cahaya metahari mencukupi sebab ia memang perlukan cahaya matahari penuh untuk tumbuh dengan rimbun. Penyiraman dari awal menanam dilakukan secukupnya. Walaupun pokok beluntas ia jenis tahan lasak, pastikan tanah tidak terlalu kering untuk pertumbuhan pucuk yang lembut. Lakukan aktiviti pemangkasan yang penting utuk membolehkan banyak tunas baru keluar sebagai ulam. Cara terbaik buat pemangkasan akan ia membuatkan pokok lebih rimbun, bercabang banyak dan menghasilkan lebih banyak pucuk muda untuk dijadikan ulam. Bila cukup umur ia di tuai dengan cara memetik dengan tangan pucuk muda dan daun muda yang lembut diman ia boleh dimakan mentah sebagai ulam, dicelur, atau dibuat kerabu. Pokok beluntas sangat sesuai ditanam sebagai pagar hidup atau di dalam pasu.
Banyak jenis ulaman yang ada di Malaysia adalah berkhasiat jika ia di rawat dengan kaedah pertanian organik (tanpa guna bahan kimia) sebab ulam adalah selalunya di makan mentah. Bagi penulis blog di maklumkan jika ulam beluntas ia adalah bahagian pucuk atau daun muda daripada pokok beluntas yang popular sebagai ulam tradisional. Ia terkenal dengan khasiat kesihatan seperti menghilangkan bau badan dan mulut, melancarkan proses pencernaan serta membantu merawat keputihan. Rasanya sedikit berlemak, aromatik dan menyegarkan, menjadikannya enak dimakan mentah atau dikukus dahulu. Khasiat dan kegunaan tradisional daun beluntas bagi Kesihatan Dalaman diman aia dipercayai membantu merawat darah tinggi, kencing manis, dan masalah keputihan. Ia juga baik untuk siatem pencernaan dan sistem detoks iaitu ia akan membantu aktiviti membuang angin dalam badan dan melawaskan kencing. Ada dakwaan ia juga baik dalam usaha Merawat Masalah Kulit iaitu dengan cara daunnya ditumbuk untuk merawat bisul, luka dan kudis buta. Dalam mendapatkan khasiat Penjagaan Diri pula dimana bahagian pucuknya dimakan sebagai ulam untuk membantu menghilangkan bau badan dan mulut dan ia dilaporkan menjadikan peminatnya jadi awet muda dan sihat selalu sebagai ulam. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam daun beluntas, termasuk flavonoid dan asid klorogenik, membantu mencegah penuaan dini dan melawan radikal bebas. Di perincikan lagi bagaimana kaedah untuk dapat Menghilangkan Bau Badan dan Mulut dimana ulam ini merupakan fakta khasiat paling popular bila ia dilaporkan mengandungi sifat antibakteria yang membantu didalam mengurangkan bau badan, peluh berbau, dan nafas berbau. Ia di laporkan juga Merawat Masalah Wanita (Keputihan dan Haid) dimana daun beluntas sering digunakan dalam cara perubatan tradisional untuk merawat masalah keputihan bagi wanita serta membantu melancarkan haid yang tidak menentu. Ada dakwaan ia akan Mengurangkan Sengal Sendi dan Rematik dimana sifat anti-radang dalam beluntas membantu mengurangkan sakit otot, sakit urat pinggang, dan sengal-sengal sendi. Ramai mungkin ingin makan ulam beluntas yang membantu Mengawal Kencing Manis dan Kolesterol sebab ada beberapa kajian menunjukkan daun beluntas berpotensi membantu mengawal paras gula dalam darah (diabetes) dan menurunkan kolesterol. Ia juga dilaporkan mampu Merawat Luka dan Penyakit Kulit bila daun beluntas yang ditumbuk boleh digunakan sebagai tuam untuk merawat luka, bisul, dan penyakit kulit seperti kurap atau kudis buta. Cara terbaik bagi menggunakannya adalah dengan ambil pucuk muda dimakan mentah atau dicelur untuk dimakan bersama nasi. Ada kes dimana daun belntas ini di rebus dan airnya diminum untuk merawat demam atau peluh berbau walau pun rasanya sedikit pahit, aromatik dan kelat akan tetapi ia mampu memberikan kesegaran pada mulut dan badan.
Menarik di kongsikan kisah dalam bharian.com bertajuk 'Pendapatan meningkat jual ulam dalam talian' yang berkait dengan ulam dan punca pendapatan. BH laporkan ulam-ulaman Siti Rohani yang dijual di pasar pekan Kuala Nerang turut dijual secara dalam talian menerusi aplikasi eDESA@Bazar. Dilaporkan di Padang Terap ada seorang wanita manfaatkan aplikasi jualan makanan dalam talian dengan menjual lebih 30 jenis ulam-ulaman kampung sejak awal Ramadan lalu. Bagi Pn Siti Rohani mendakwa dia tidak menyangka ulam-ulaman itu mendapat permintaan selepas menggunakan aplikasi eDESA@Bazar hasil inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) Rangkaian Anak-anak Padang Terap (RAPAT). KAlau pada mulanya dia agak ragu-ragu kerana belum pernah orang lain menjual ulam-ulaman kampung dalam talian, nampaknya sangkaan saya meleset apabila hari pertama sudah ada empat pelanggan membuat tempahan menerusi aplikasi ini. Dilaporan ada ramai yang mencari ulam-ulaman kerana ia semakin sukar diperoleh akibat pembangunan dan proses urbanisasi masyarakat Malaysia. Antara ulam-ulaman yang dijualnya adalah pucuk daun beluntas, pucuk daun letup, pucuk putat, daun asin-asin, peria pantai, cekur, daun gajus, petai, bunga kantan, rebung hutan, daun selom, daun kesom, daun kaduk, belimbing buluh dan daun maman. Dia sudah menjual ulam-ulaman itu sejak tujuh tahun lalu di pasar pekan Kuala Nerang dimana dengan aplikasi berkenaan yang dilancarkan sebelum Ramadan memberi dimensi baharu kepada masyarakat luar bandar untuk menambah pendapatannya. Kalau sebelum ini anggaran pendapatan bersih saya menerusi jualan langsung kira-kira RM50 sehari akan tetapi selepas jual secara dalam talian ia meningkat sedikit dari sebelumnya dan memudahkan perniagannya. Apa yang penting aplikasi ini juga dilihat ia menggalakkan masyarakat makan makanan yang lebih selamat dan sihat tanpa bahan kimia dan racun berikutan ulam-ulaman ini ditanam di tepi rumah atau tumbuh liar tanpa perlu dijaga seperti sayur-sayuran lain. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.