Support My Blog

Saturday, May 2, 2026

BETIK OH BETIK !!! (PART 1)

BUAH BETIK
(Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihasilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2025 adalah dilaporkan seluas 2,234 hektar dengan hasil sebanyak 48,009 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (987 hektar menghasilkan sebanyak 24,875 mt) diikuti di Pahang (296 ha) dan di Sabah (268 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang mana ia telah  menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Saya ada menulis puluhan artikel mengenai betik dan papaya dimana MARDI pada tahun 1987 ada perkenalkan varieti Betik Eksotika, Betik Eksotika II. Selain itu saya menulis dalam blog ini ada terdapat betik lain seperti Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Sitiawan, Betik Batu Arang, dan Betik Hawaiian Sunrise Solo yang masing-masing mempunyai ciri yang menarik dan unik dan dikomersilkan. Apa pun kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 pokok anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite. Artikel pada subuh kali ini penulis kupas dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan fakta industri betik popular di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


Betik yang terkenal dengan isi berwarna oren kemerahan, bertekstur lembut dan ia memberikan rasa manis apabila cukup masak. Buah betik ini adalah sumber kaya vitamin A, C dan serat serta mengandungi sejenis enzim iaitu 'Papain' yang dilapor ia membantu dalam proses penghadaman, bantu kesihatan kulit, melembutkan daging dan menambah tahap imuniti dalam badan. Buah Betik selalu di makan segar sebagai makanan utama atau sebagai 'pencuci mulut' selapas makan utama atau di jadikan pelbagai jenis makanan dan minuan yang enak juga. Khasiat yang paling di tonjolkan dari buah betik adalah pertama sekaliia Membantu Pencernaan apabila kajian menyatakan yang kandungan enzim papain yang tinggi membantu memecahkan protein dan melegakan sembelit. BUah betik yang sangat kaya dengan nutrisi dimana ia memang mengandungi antioksidan (beta-karotena), vitamin C, dan vitamin E yang baik untuk kulit dan rambut. Betik juga ia kaya dengan vitamin A untuk mata dan vitamin K untuk tulang. Bergantung kepada tahap memetik buah betik dimana ada pelbagai tahap kematangan seperti di petik buah hijau dimana ia sesuai untuk mendapatkan enzim, manakala betik tua yang cukup masak (kulitnya berwarna kuning atau warna oren) ia bila di makan adalah ia lebih manis dan tinggi antioksidan. Kegunaan betik di mana biji betik juga mempunyai manfaat kesihatan lain termasuk dapat membantu membuang toksin dan bertindak sebagai anti-parasit. Bagi penulis blog yang selalu membuat tinjauan teknologi pada banyak kebun betik komersil di Johor, Pahang dan Melaka mendapati dimana pokok betik ialah tumbuhan yang mudah ditanam di kawasan tropika dan sering dijadikan tonik semula jadi untuk kesihatan dalaman dan luaran. Secara ringkasnya di mana ada beberepa jenis-jenis betik popular di Malaysia merangkumi varieti komersial dan tempatan seperti Betik Eksotika (dan Eksotika II) yang manis serta popular, Betik Sekaki (saiz sederhana), Betik Subang 6 (isi merah) serta jenis betik kampung. Jenis lain termasuklah Taiwan-786 yang sering ditanam untuk pasaran tempatan. Betik Eksotika pernah sangat popular dimana dilaporkan ia adalah varieti paling komersial dengan ciri buah sederhana besar, isi berwarna oren kemerahan, dan rasa yang sangat manis hasil kajian biakbaka oleh MARDI. Bagaimana pun varieti ini semakin kurang di tanam di Malaysia disebabkan isu percambahan dan sumber benih serta ia mudah di serang penyakit tertentu. Petani kini lebih suka menanam jenis Betik Sekaki dimana buahnya amat sesuai untuk pasaran runcit dan kualiti buahnya berbentuk bujur dan isi tebal serta pokoknya tahan lasak. Ada jenis varieti Betik Subang 6 yang juga ia terkenal dengan isi berwarna merah, bertekstur pejal dan bentuk buah yang menarik. Dalam pada itu penulis blog sering jumpa Jenis Betik Kampung dimana buahnya bulat atau besar dimana selalunya ia ada ditanam di halaman rumah. Pokok betik ada tiga jenis iaitu ia di kelaskan kepada Jenis Betik Berdasarkan Bunga seperti Jenis Pokok Betik Betina (ia mengeluarkan bunga betina dan ia perlukan pokok jantan untuk pendebungaan), kedua ada Jenis Pokok Betik Jantan (Ia hanya mengeluarkan bunga jantan sahaja dan tidak hasilkan atau jarang berbuah). Jenis ketiga adalah Pokok Betik Hemafrodit iaitu pokok yang mana ia mempunyai bunga jantan dan betina pada pokok yang sama dimana selalunya ia mengeluarkan buah berbentuk bujur yang disukai pengguna dan petani.


Mereka yang ingin menanam pokok betik perlukan penyediaan benih yang tepat dari varieti yang komersil, berhasil tinggi, tahan penyakit dan banyak jenis hemaprodit. Benih yang dibeli mesti di rendam air suam 3 jam untuk pecah dormancy dan seterusnya i letak dalam tray semaian seterusny di alihkan kedalam dalam polibeg. Pilih lokasi kebun untuk menanam dan pilih kawasan bersaliran baik (tidak bertakung air) dengan cahaya mendapat banyak cahaya matahari penuh dengan selama 6- 8 jam satu hari. Tanah yang sesuai ialah jenis peroi dengan pH 5.5-6.5 dan jenis subur, Sebaiknya amalkan jarak tanaman 2-3 meter untuk tumbesaran optimum dengan meletakkan 2-3 anakbenih setiap lubang penanaman (akan di pilih satu sahaja pokok kemudian). Setelah anak benih mempunyai 4 - 6 helai daun (lebih kurang 3-4 minggu), ia sedia dipindah ke tapak kekal. Pastikan tanah tidak bertakung air kerana ia boleh menyebabkan akar reput dengan menggali parit utama dan parit racik. Cara menanam dengan menggali lubang penanaman berukuran 30cm x 30 cm x 30 cm dan di masukkan bahan baja organik dan tanah atas. Jarak tanaman adalah 2 - 3 meter antara barisan dan antara satu sama lain. Pokok betik memerlukan air dimana selalu ia disiram pada peringkat awal sehingga berbuah secukupnya dan peringkat awal pertumbuhan dan musim panas. Gunakan baja organik pada peringkat awal bersama baja NPK (seperti 15:15:15) untuk peringkat vegetatid dan baja NPK 12:12:17:2:TE untuk peringkat matang (berbunga dan berbuah). 
Lakukan cantasan pokok betik dimana pucuknya boleh dipotong (topping) apabila pokok mencapai ketinggian tertentu untuk merangsang proses ia bercabang semula dan merendahkan pokok untuk mudah amalan pengurusan memetik hasil dan rawatan agronomi. Kawalan Perosak dijalankan sepanjang tempoh bersama kawalan ancaman penyakit seperti bintik daun atau serangan serangan afid. Penuaian betik mula berbuah dalam masa 6-8 bulan dimana buah betik sesuai di petik sebaiknya ikut indeks kematangan atau apabila buah mula bertukar warna hijau kekuningan atau mengikut tahap kematangan yang diingini bergantung kepada kehendak pasaran. Penulis blog buat tinjauan harga buah betik di Malaysia umumnya berbeza mengikut jenis, lokasi, dan tempat pembelian (pasar awam atau pasar raya) dengan julat harga runcit sekitar RM3.00 -RM10.00 keatas sekilogram pada tahun 2026. Antara faktor yang mempengaruhi harga adalah Jenis (Betik sekaki, Betik Solo atau Betik Hibrid (Hong Kong) serta kualiti buat betik (ikut tahap indeks kematangan dan saiz buah). Harga betik ia boleh berubah mengikut musim (dimana musim lawas ia mahal) dan penawaran di pasaran dan lokasi premis membeli (di pasaraya selalu lebih mahal). 


Cara makan betik ada pelbagai dimana buah betik boleh dimakan segar (dengan sedikit jus limau) atau ia boleh dicampur dalam rojak, salad atau dijadikan jus minuman (smoothie). Ia juga sedap dimakan bersama susu cair dan gula melaka dan menurut pakar makanan ia akan berkhasiat maksimum dengan menakan sekitar 1-2 jam selepas makan nasi bagi tujuan iaitu mengelakkan perut kosong. Pakar dakwa jumlah maksimum adalah sebanyak 10 biji betik sehari untuk kesihatan usus. Ramai pembaca blog anim agro technology yang biasa memkan betik segar. Apa pun cara makan betik segar atau makan segar dengan memotong bentuk dadu atau bentuk panjang dan kemudian ada peminat yang akan perah sedikit limau nipis atau kasturi untuk menaikkan rasa dan ada yang suka bubuh serbuk asam boi juga. Ada petua dimana sebaiknya e
lakkan makan betik bersama produk tenusu (seperti yogurt atau keju) kerana enzim dalam betik boleh menyebabkan susu menjadi kental dimana ia berpotensi menyebabkan kram perut kemudian bagi individu tertentu. Buah Betik juga sesuai di ambil dalam bentuk Jus Betik atau Smoothie Betik dengan mengisar betik masak dengan ais atau yogurt. Kaedah ini memang mudah di buat sendiri di rumah sebab ada alat blender buah yang sesuai. Betik juga sesuai di makan sebagai 'Timun Betik' atau 'Rojak Betik' dengan cara mencampur dalam menu rojak buah atau rojak petis tetapi selalunya menggunakan buah betik yang belum cukup masak (keras sedikit dan rangup). Ada laporan dimana bahagian Biji Betik juga ia boleh dimakan (sekitar 10 biji) untuk membantu pencernaan dan menghilangkan parasit dimana apa yang penulis blog pernah ujirasa memberikan rasa yang seakan rasa pedas seakan lada hitam. Penulis blog paling suka petik betik muda (isinya masih putih) dimana ia enak untuk dimasak lemak, dibuat kerabu, jeruk, sayuran tumis pedas dan di jadikan bahan untuk makanan pecel. Sebagai petua ada beberapa petua makan betik seperti masa terbaik adalan makan dalam masa 1 - 2 jam selepas makan nasi untuk bantu penghadaman dan jangan makan berlebihan semasa perut kosong. Sebaiknya memilih buah betik yang kuning sepenuhnya untuk rasa paling manis dan lazat.


Dalam media lokal ada artikel bertajuk '
Rahsia kesihatan semula jadi dalam buah betik' yang wajar di kongsikan faktanya. Buah betik sejenis buah tropika yang popular di Asia Tenggara dimana walau pun dari segi luaran, buah ini berbentuk bujur serta mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan apabila matang dan isi berwarna jingga. Rasa isi buahnya yang manis serta teksturnya yang lembut menjadikan buah ini digemari ramai. Buah betik juga mengandungi hampir semua zat makanan diperlukan tubuh kita, menjadikannya sebagai tonik semula jadi yang mendatangkan pelbagai manfaat dan kesihatan, baik dari segi luaran mahupun dalaman. Salah satu manfaat utama buah betik adalah kemampuannya dalam ia melancarkan sistem pencernaan. Buah betik mengandungi enzim papain yang membantu memecahkan protein dan mempercepatkan proses pencernaan makanan. Buah ini amat sesuai untuk mereka yang sering mengalami masalah sembelit atau perut tidak selesa dimana pengambilan betik secara konsisten dapat membantu mengawal untuk sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan usus. Buah betik kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Kandungan vitamin C dalam betik lebih tinggi berbanding beberapa jenis buah lain seperti oren. Vitamin ini penting dalam meningkatkan sistem imun badan dan membantu tubuh melawan penyakit berjangkit seperti demam dan selsema. Bahan antioksidan yang memang terkandung dalam betik juga membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. dan menafaat lain ialah peranan betik dalam menjaga kesihatan mata. Ini kerana betik mengandungi beta-karoten yang akan ditukar menjadi vitamin A dalam badan. Vitamin A diperlukan untuk mengekalkan penglihatan yang baik, terutamanya dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Buah betik boleh membantu mencegah masalah rabun malam serta menjaga kesihatan retina dan ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana buah ini rendah kalori tetapi kaya dengan serat. Serat memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan. Maka, betik ialah pilihan makanan ringan yang sihat dan sesuai dalam pelan diet harian. Selain daripada manfaat dalaman, buah betik juga mempunyai kelebihan dari aspek penjagaan kulit. Kandungan vitamin C dan E serta antioksidan dalam buah ini boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan. Buah betik juga boleh digunakan secara luaran sebagai 'masker' semula jadi bagi menyegarkan kulit wajah dan mengurangkan jerawat dimana bukan sahaja kulit, betik juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan rambut. Kandungan vitamin A dalam buah betik matang ini dapat menyuburkan akar rambut, merapikan rambut dan mengekalkan kelembapannya. Bahan Likopen yang memang ia terkandung dalam betik juga mampu untuk ia merangsang pertumbuhan rambut. Buah betik anugerah alam semula jadi yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ia bukan sahaja enak dimakan, malah berkhasiat dan mudah diperoleh. Penduduk di Malaysia seharusnya menjadikan buah betik sebagai sebahagian daripada diet harian demi menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh. Artikel ini ditulis dalam tig (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan agar di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK BETIK... DI TANAM DI MALAYSIA..
BANYAK VARIETI...SEKAKI RAMAI SUKA...
BANYAK KHASIAT...ANCAMAN PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM PERKARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...