Support My Blog

Wednesday, May 27, 2026

ANCAMAN HARGA BAJA AKIBAT PERANG

ANCAMAN BERLAKU KENAIKAN HARGA BAJA
 yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia akibat konflik di Iran didorong oleh gangguan rantaian bekalan global, peningkatan kos logistik dan sekatan perdagangan tenaga. Antara yang terjejas adalah berlaku kenaikam harga minyak dan kenaikan harga baja yang mengancam sektor pertanian terutama dalam mengeluarkan makanan untuk pengguna. Antara faktor utama yang menyebabkan harga baja melambung tinggi masa artikel ini di tulis adlah disebabkan berlaku gangguan Selat Hormuz iaitu penutupan atau sekatan laluan perkapalan kritikal ini menghalang kapal dagang daripada membawa bahan mentah baja keluar dari rantau Timur Tengah. Kedua disebabkan oleh berlaku lonjakan Kos Penghantaran apabila berlaku gangguan laluan laut memaksa kapal mengambil laluan lebih jauh dan menyebabkan premium insurans kapal ini meningkat secara mendadak. Insiden ini juga menyebabkan berlaku kekurangan Bahan Asas Baja dimana loji pengeluaran baja di rantau sedia ada dan seluruh dunia terpaksa menghentikan atau mereka perlu mengurangkan operasi, dimana kesannya ia sekali gus mengurangkan bekalan produk berasaskan petroleum seperti baja urea (sumber utama nutrien untuk tanaman) di pasaran global dan domestik tempatan. Di Malaysia ada kenyataan rsmi mengenai situasi ini dimana ia memberi kesan langsung kepada petani kerana negara sangat bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan baja. Beberapa laporan rasmi menyatakan jika harga baja nitrogen boleh meningkat dengan ketara yang kos baja mineral global naik antara 30 - 40% pada tahun ini. Apa pun kenaikan harga baja akibat perang di Iran dan Asia Barat mencetuskan krisis rantaian bekalan global yang mengancam sektor pertanian melalui lonjakan kos operasi dan risiko keselamatan makanan.
Disebabkan oleh peningkatan Kos Operasi dimana kini kos baja mineral global melonjak antara 30 - 40% dan dilaporkan di Malaysia harga baja nitrogen meningkat dengan ketara susulan kenaikan kos premium insurans dan pengangkutan juga. Isu ini memberikan risiko kepada sektor tanaman dimana kalangan petani terpaksa mengurangkan penggunaan baja atau menggunakan baja alternatif berkualiti rendah dan ia kemudian berisiko menjejaskan kualiti dan hasil pengeluaran pertanian. Kemudian paling di rasakan adalah berlaku keadaan inflasi Harga Makanan berpunca dari beban kos yang ditanggung pekebun akhirnya menyebabkan kenaikan harga makanan antarabangsa kerana peningkatan kos pengeluaran diteruskan kepada pengguna. Artikel petang 9 Zulhijjah 1447 (Esok Hari Raya Qurban) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ancaman harga baja akibat perang dii Timur Tengah untuk bahan rujukkan semua.


Malaysia kini berdepan tekanan baharu terhadap sektor makanan dan pertanian apabila laporan terbaharu dari 'Fitch Solutions' telah memberi amaran bahawa konflik berpanjangan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka terus melonjakkan harga baja global dan menjejaskan kadar penggunaan baja bagi tanaman bijirin di Asia Tenggara bagi musim 2026/27. Dilaporkan menurut analisis tersebut dimana harga baja yang kekal tinggi, ditambah ketidaktentuan rantaian bekalan akibat konflik ia akanmeningkatkan risiko berlakunya pengurangan kadar penggunaan baja ketika tempoh kritikal penanaman semakin hampir. Keadaan ini berpotensi menekan hasil pengeluaran bijirin di seluruh rantau dimana insiden ini ia sekali gus membawa implikasi kepada keselamatan makanan dan kos sara hidup di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Pihak Fitch Solutions menegaskan dimana negara Malaysia, Indonesia dan Vietnam merupakan tiga negara Asia Tenggara yang paling terlindung daripada kejutan bekalan baja nitrogen. Apa pun ini berikutan kapasiti pengeluaran domestik yang masih kukuh serta akses stabil kepada gas asli sebagai bahan mentah utama. Malaysia khususnya dijangka mempunyai perlindungan semula jadi melalui infrastruktur pengeluaran baja nitrogen yang besar. Kapasiti ini dapat membantu dalam mengimbangi kesan kenaikan harga global serta memastikan kadar aplikasi baja bagi tanaman utama tidak terlalu terjejas. bagaimana pun pihak Fitch Solution ada memberi amaran bahawa kelebihan ini bergantung penuh kepada keputusan dasar kerajaan khususnya keutamaan untuk mengekalkan bekalan bagi pasaran domestik. Kini dalam keadaan harga baja antarabangsa yang turun naik sudah wujud risiko iaitu ketirisan bekalan sekiranya pengeluar tempatan memilih untuk mengejar keuntungan eksport berbanding dengan memenuhi keperluan dalam negara. Sejak konflik peran memuncak pada 28 Februari lalu dilaporkan harga urea global melonjak lebih naik 40 peratus iaitu ia mencecah AS$660 satu tan. Lonjakan ini mencerminkan jangkaan terhadap keadaan pasaran yang lebih ketat akibat gangguan eksport dari rantau negara teluk (GCC), yang menyumbang sekitar 20% eksport baja nitrogen dunia. Malaysia yang sedang bersiap menghadapi musim penanaman bijirin iaitu tanaman pdi sawah kini berdepan risiko situasi di mana harga baja nitrogen yang terlalu tinggi yang akan mendorong petani mengurangkan kadar penggunaan baja dan ini sekali gus mengurangkan hasil tanaman dalam tahun 2026/27. Dilaporkan walaupun Malaysia agak selamat dari segi baja nitrogen, situasinya berbeza bagi baja fosfat, di mana Malaysia bergantung hampir sepenuhnya kepada pengimport luar termasuk dari negara Mesir. Pihak Fitch Solutions ada menjelaskan dimana di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan akan lebih terdedah kepada gangguan rantaian bekalan fosfat kerana pergantungan kepada sulfur dan input lain yang diimport dari Asia Barat dan China dimana ada dua wilayah yang sedang menghadapi tekanan geopolitik dan sekatan eksport. Selain cabaran baja dilaporkan Malaysia turut dijangka berdepan dengan risiko cuaca melampau susulan ramalan El Niño oleh Climate Prediction Center yang menjangkakan lebih 60 peratus kebarangkalian fenomena itu bermula Jun, dengan 48 peratus berpotensi pada intensiti sederhana menjelang Ogos 2026. Keadaan ini secara langsung boleh menjejaskan hasil tanaman bijirin, beras dan jagung, terutama jika digandingkan dengan pengurangan kadar penggunaan baja akibat harga terlalu tinggi.


Banyak media melaporkan jika perang di Iran menyebabkan kenaikan kos baja mineral antara 30 - 40 peratus sejak awal tahun 2026 ini dimana ia sekali gus mengancam akan kos harga makanan antarabangsa sepertilapor Agensi Berita Jerman (dpa) dengan memetik pakar Jerman. DIlaporkan harga pasaran dunia terutama bagi baja nitrogen yang banyak di gunakan untuk kebanyakan jenis tanaman bijirin termasuk padi, gandum, jagung, sota dan sebagainya semakin menghampiri paras tertinggi yang kita lihat pada permulaan Perang Rusia-Ukraine bermula sejak dari bulan Februari 2022 lagi. Dilaporkan iaitu di Eropah kalangan pengguna belum merasai kesan secara langsung kerana ramai petani membeli baja musim bunga sebelum perang Iran bermula tetapi pada tahun 2026 ini keadaan banyak berlainan. Risiko lebih teruk adalah dimana  jika perang berlarutan dimana kos pengeluaran makanan di seluruh dunia dan negara pengekuaran bijirin lain dijangka meningkat dimana ini sekali gus menaikkan harga makanan di peringkat pengeluar dan seterusnya di peringkat global dengan serius. Berbanding dengan empat tahun lepas jika  ancaman terhadap keselamatan makanan global yang dibimbangi oleh sesetengah pakar tidak menjadi kenyataan akan tetapi kali ini pada tahun 2026 ssudah menjadi ancaman yang hampir pasti berlaku apabila perang Timur Tengah antara USA-Israel dan Iran menyebabkan laluan kritikal Selat Hormuz di tutup yang menyekat laluan kapal membawa minyak dan baja keluar mencapai 20% keperluan dunia. Ini sebahagiannya kerana selain Rusia yang merupakan pengeluar utama baja dimana negara0negara Teluk juga mengeluarkan bahan asa baja penting di dunia. Isu sekatan kapal membawa bahan asas baja Nitrogen dan minyak ini telah benar-benar mengancam keterjaminan makanan dunia. Disebabkan juga berpunca dari harga tenaga yang tinggi ianya pasti akan menjadi pendorong utama kenaikan harga ini iaitu dengan harga gas menyumbang sehingga 90% daripada kos pengeluaran ammonia dan nitrogen. Apa yang terjadi dimana  jika harga gas meningkat akibat sekatan ini maka harga baja akan turut naik secara automatik. Kalangan petani pula jika mereka mengurangkan penggunaan baja maka hasil tanaman juga akan terjejas sebab berkurangan, kualiti rendah dan juga tidak mencapau produktiviti seperti lazimnya menyebabkan kos makanan dunia akan meningkat.


Kesan dari perang antara Iran-Israel/AS dilaporkan pasti akan berlaku ancaman peningkatan kos baja beri kesan bekalan sayur tempatan dan tanaman lain di Malaysia. Dilaporkan bekalan sayuran dan tanaman di negara ini antara yang paling berisiko terjejas berikutan keadaan tanah yang secara semula jadi berasid dan memerlukan penggunaan baja kimia tinggi untuk jumlah pengeluaran yang memuaskan. beberapa sumber menyatakan jika bekalan sayur-sayuran di negara ini, dijangka terjejas berikutan gangguan rantaian bekalan input pertanian susulan konflik Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz yang menjejaskan aliran keluar baja daripada pengeluar utama. Memetik laporan MalayMail, bekalan sayuran dan tanaman di negara ini antara yang paling berisiko terjejas berikutan keadaan tanah yang secara semula jadi berasid dan memerlukan penggunaan baja kimia tinggi untuk pengeluaran memuaskan. Baja nitrogen dan fosfat adalah penting untuk sayur berdaun dan tanaman seperti cili yang dihasilkan daripada urea dan ammonia berasaskan gas asli. Bagaimanapun semasa artikel ini di tulis dimana penutupan Selat Hormuz masih berlaku yang mana ini menjejaskan aliran keluar baja dari pengeluar utama di negara Teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kapal yang membawa potash dari Jordan dan baja NPK dari Mesir kini terpaksa mengubah laluan mengelilingi Cape of Good Hope iaitu di Afrika Selatan yang jaraknya bergganda jauh dan tindakan mengubah haluan menggunakan laluan alternatif akan menambah 10 hingga 14 hari masa penghantaran meningkatkan kos operasi penghantaran. Apa pun selain itu juga berlaku kenaikan hampir tiga kali ganda premium insurans menyebabkan kos baja di Malaysia meningkat dengan ketara. Dilaporkan harga baja nitrogen 25kg di Malaysia kini meningkat kepada RM305 dan dijangka mencecah RM350 sudah mula berlaku secara berperingkat bermula seawal Mei 2026 dan lebih malang lagi apabila negara China telah hadkan eksport baja untuk lindungi penggunaan domestik negara mereka. Ketika ini dilaporkan negara China membekalkan kira-kira satu pertiga import baja Malaysia namun kini mengehadkan eksport nitrogen dan fosfat bagi melindungi bekalan domestiknya susulan kenaikan harga tenaga global akibat konflik Asia Barat. Menurut seorang Pakar keselamatan makanan iaitu Profesor Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad dakwa Malaysia sangat bergantung kepada pasaran global bagi nutrien pertanian iaitu dengan lebih 60 peratus keperluan baja mineral adalah ia diimport. Dijangka tanpa bekalan stabil kalium, batu fosfat dan sebatian NPK khusus maka isu pengeluaran berskala besar di dua kawasan utama tanaman sayuran negara iaitu di Cameron Highlands dan kawasan tanah gambut rendah di Johor ianya tidak mungkin dapat dicapai untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport (terutama dari kebun sayur di Johor ke Singapura).


Penulis bog ada merujuk beberapa sumber dimana bagi baja dimana ada kira-kira 50% eksport urea dunia memang ia melalui laluan Selat Hormuz bersama bahan 50% sulfur untuk baja fosfat dan sekitar 20 - 30% untuk bekalan Ammonia yang dijadikan baja Urea dan banyak jenis sayuran berdaun di Malaysia. Dilaporkan sekitar 3 - 4 juta metrik tan penghantaran baja sebulan berisiko hilang daripada pasaran global dan ini juga akan menjejaskan situasi sama di Malaysia. Walau pun kalangan petani meminta pihak kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran baja tempatan akan tetapi ia belim menjamin dapat mencukupi dan keberkesanan baja yag diimport. Pihak kerajaan juga di minta agar memberikan keutamaan kepada peningkatan pengeluaran baja tempatan serta input pertanian bagi mengekang inflasi makanan yang bakal berlaku dan meningkat kos membeli makanan rakyat jelata. Krisis ini adalah peluang untuk menilai semula dasar keselamatan makanan negara dengan meningkatkan pengeluaran tempatan dan menyediakan subsidi jangka pendek kepada petani dan pihak terlibat. Malaysia juga perlu mempelbagaikan penggunaan baja termasuk menggunakan lebih banyak jenis baja organik selain menggalakkan pertanian pintar dan teknologi. Juga ada di cadangkan pembangunan sumber makanan ternakan tempatan seperti ubi kayu, hampas isirung sawit, serangga dan alga bagi mengurangkan kebergantungan kepada import. Hampir pasti dimana harga makanan ternakan juga dijangka meningkat kerana bekalan tersekat di Laut Merah jika ia berpanjangan. Malaysia mengimport sejumlah besar jagung dan makanan berasaskan kacang soya untuk ternakan dimana bahan ini amat penting untuk di jadikan makanan ayam komersil kerana ayam adalah sumber protein utama negara dan makanan ternakan dimana makanan ayam memang ia menyumbang 60 - 70% peratus kos pengeluaran ayam yang di ternak. Penulis blog ada membuat andaiaan dimana antara jenis tanaman sayuran di Malaysia yang paling berisiko adalah Tanaman Tomato yang mana ia bergantung kepada baja NPK larut air berkualiti tinggi diman kos akan meningkat 15–20% akibat gangguan dalam cara penanaman melalui sistem fertigasi. Kedua adalah jenis Sayur Sawi yang manan ia memerlukan bekalan nitrogen berterusan; bekalan urea kini tertekan. Ketiga penulis blog janga adalah bagi tanaman Cili Merah dan Cili padi yang sepanjang masa ia mempunyai jumpah permintaan tinggi dimana potensi berlaku  pengeluaran tempatan rendah akan berlaku bila kos baja dan kimia meningkat mendadak. DIjangka juga bagi pengeluaran Timun akan terjejas juga sebab ia bergantung kepada teknik campuran baja NPK khusus (12:12:17:2) dari Rusia atau Eropah. Di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland pula tanaman Kobis Bulat untuk pasaran domestik dan ekspot akan terjejas sebab ia memerlukan unsur fosforus dan kalium dalam jumlah besar. Bagi tanaman terung ia juag terjejas sebab ia memerlukan baja intensif untuk mengekalkan kualiti eksport dan bagi tanaman kacang panjang ia masih memerlukan baja tinggi kalium untuk hasil optimum. Penulis blog harap perang akan segera selesai dan kesemuanya balik kepada situasi lebih baik di masa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna untu bahan bacaan dan rujukan pembaca blog nim agro technologu jua. Wasallam!!!...
HARGA BAHA NAIK...PERANG PUNCANYA...
SELAT HORMUZ..SEKATAN DI LAKSANA....
BAJA ASAS PETROL...NITROGEN DI GUNA...
GANGGUAN MAKANAN..KENA WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1447H).

SELAMAT HARI RAYA HAJI 1447h!....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...