Support My Blog

Monday, May 18, 2026

OH... ADA BUAH AJAIB!

APAKAH BUAH AJAIB?
. Buah Ajaib (Synsepalum dulcificum) atau 'Miracle berry' ialah sejenis buah yang berasal dari Afrika Barat yang unik kerana ia mengandungi 'Protein miraculin'. Penulis blog ada ujirasa buah ajaib semasa membuat tinjauan teknologi di beberapa dusun durian di Pahang dan di Johor. Protein ini apa yang saya suka sebab ia akan mengubah deria rasa sementara dimana ia menyebabkan semua makanan atau minuman yang masam (seperti limau masa, kedondong, lemon atau cuka) menjadi terasa manis selama berjam-jam lamanya sebelum fungsinya hilang. Protin 
Miraculin ialah sejenis protein pengubah rasa (glikoprotein) yang terdapat secara semula jadi di dalam buah Miracle Berry (atau buah ajaib) yang berasal dari Afrika Barat dimana ia kini boleh di tanam di Malaysia dengan beli benihnya. Protein ini sangat unik kerana ia boleh 'menipu' deria rasa dimana ia akan dapat menyebabkan makanan yang masam bertukar menjadi manis apabila dimakan. Cara ia berfungsi dimana makanan atau buah-buahan yang tidak berasa manis apabila ia dimakan dimana bahan miraculin sendiri tidak mempunyai rasa manis akan menjadi 'manis' seakan kemanisan ini melekat pada Lidah. Sebenarnya selepas makan buah ini maka zat protein ini akan melekat dan menyaluti reseptor rasa manis pada lidah diman kemudian ia akan mengubah 'Rasa Asam' kepada 'Rasa Manis'. Penulis minum air mineral pun menjadi rasa manis bergula selepas ujirasa. Sesiapa memakan bahan berasid (seperti lemon, limau nipis atau cuka) dan selepas itu makan buah ajaib ini ia akan mengaktifkan miraculin yang ia bertukar menjadi Rasa Manis. Di laporkan molekul miraculin akan berubah bentuk dan merangsang reseptor manis di lidah dimana ini akan menyebabkan makanan masam tersebut terasa sangat manis. Kajian menunjukkan tempoh jangkamasa kesan ajaib ini biasanya bertahan antara 30 minit sehingga menjangkau 2 jam bergantung kepada jumlah yang dimakan dan individu yang memakannya. Potensi buah ajaib ini dilihat ia menjadi alternatif kepada gula sebab ciri kebolehannya maka bahan miraculin kini dikaji sebagai pemanis alternatif semula jadi yang berpotensi membantu pesakit diabetes atau individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula. Di sesetengah negara seperti apa yang di laorkan di Kesatuan Eropah (EU) dimana bahan ini  ia dikategorikan sebagai Novel Food yang amat bernilai. Bahan sebagai 'Pengubah Rasa' ini walau pun ramai belum ujirasa ia sendiri sebenarnya tawar bila dimakan akan tetai apabila anda mengunyah isinya maka zat miraculin akan melekat pada tunas rasa di lidah yang akan memberikan 'kesan ajaib'. INi kerana sebaik sahaja ia berada pada lidah maka ia bertindak balas dengan asid dan reseptor manis di lidah anda akan diaktifkan. Rasa masam akan bertukar menjadi manis berlemak selama. Artikel pada subuh Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas sekali lagi mengenai fakta menarik Buah Ajaib atau Miracle fruit untuk bahan rujukkan semua. 


Mungkin kalangan pembaca blog ini ada yang belum kenal akan apa Itu Buah Ajaib dimana hebatnya adalah buah Ajaib adalah buah yang dihasilkan daripada sejenis pokok atau  tumbuhan yang unik dan ia boleh Mengubah Rasa. Sebenarnya buah ajaib atau nama Inggerisnya 
Miracle Berry atau Miracle Fruit  merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Barat. Buah ini dikatakan ajaib kerana apabila anda makan buah ajaib dan kemudian anda cuba makan benda lain seperti buah lemon yang masam, anda akan mendapati buah lemon tersebut sudah tidak rasa masam lagi sebaliknya ia akan rasa manis seperti gula-gula. Jadi anda boleh makan lemon dengan mudah diman kali pertama penulis blog ujirasa di Taman Botani Pulau Pinang sekitar tahun 1978. Ia memang sungguh menakjubkan sebab reaksi pertama penulis blog setelah mencuba buah ajaib dengan makan buah limau yang masam rasanya jadi manis. Memang disahkan yang buah ajaib boleh mengubah rasa pada lidah. Penulis blog juga ada menanam 3 pokok buah ajaib dengan harga setiap anakbenig dibeli secara on-line adalah RM20 sepokok. Sudah dua tahun setengah di tanam dilihat kadar pertumbuhnnya adalah sangat perlahan sekali. Apa pun selain sifatnya yang unik, buah ajaib juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang bermanfaat untuk kesihatan. Antara dakwaan beberapa pengguna dimana buah ajaib khasiatnya termasuk ia akan Mengawal paras gula dalam darah dimana buah ajaib digelar superfruit kerana ia kaya dengan bahan antioksidan dan nutrisi penting yang dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Ia juga dilaporkan akan Membantu dalam menurunkan berat badan kerana pada setiap biji buah ajaib hanya mengandungi 1 kalori sahaja dan sifar lemak. Jadi, jika anda peminat tegar makanan manis, gantikan makanan manis yang tidak sihat kepada buah ajaib dalam diet seharian. Khasiat ke 3 dilaporkan ia akan dapat  Membantu membaiki deria rasa bagi pesakit kanser. Dilaporkan dimana kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi sering mengalami masalah kehilangan deria rasa yang boleh menyebabkan pemakanan mereka terganggu. Pastinya khasiat hebat ke 5 adlah ia akan dapat juga Meningkatkan selera makan sebab sesiapa yang memilih dari segi sayur-sayuran dan buah-buahan, contohnya buah nenas dan sayur brokoli, buah ajaib boleh membantu membuatkan sayur atau buah tersebut rasa lebih enak supaya kena dengan tekak. Buah ajaib sering menjadi pilihan individu yang mementingkan kesihatan dan amat disyorkan kepada pesakit diabetes kerana ia bukan sahaja bersifat pengubah rasa bahkan ia merupakan alternatif gula semulajadi yang dapat membantu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian. 


Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam di dalam pasu yang besar atau pun dikawasan halaman rumah atau didalam dusun. Penulis blog pernag membeli 
anak pokok buah ajaib (Miracle Berry) dimana di Malaysia biasanya harga berlegar antara RM12 - RM35 sepokok dan ia bergantung kepada saiz benih dan juga kaedah pembiakan anakbenih tersebut dan boleh di beli atas talian juga. Perlu di ketahui jika kadar tumbesaran pokok buah ajaob ini sangat perlahan seakan selepas menanam ia tidak mahu membesar di peringat awal. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat biasa dimana keadaannya menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya jika ditanam dikeliling rumah kita boleh jaga ketinggiannya dengan mmembuat cantasan untuk ia tumbuh sehingga 5 - 6 kaki sahaja. Pokok ini lazimnya akan menghasilkan buah sepanjang tahun. Apa pun dilaorkan dimana ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya berukuran agak kecil yang berwarna putih dan buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji didalamnya. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Sebaiknya untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan. Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4. 5 hingga 5. 8 walau pun dalam keadaan lain ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.


Dalam pada itu penulis blog banyak kali ujirasa buah ajaib rasanya masam manis dimana kandungan gulanya didakwa tidak membahayakan kesihatan. Kalorinya amat rendah dan penghidap kencing manis boleh manikmati buah ini. Buah ini amat berguna bagi mengelakkan kes-kes darah tersumbat. Kini pokok ajaib amat subur di tanam di Malaysia, Indonesia dan juga di Thailand. Sesuai tumbuh di kawasan tanah yang berasid sekurang-kurang PH 4.5 hingga 5.8 atau di tanam didalam pasu dan di letakkan disekeliling rumah asalkan ada cahaya matahari banyak dan di jaga amalan agronominya. Dalam pada itu kini hampir seluruh dunia amat gemar menikmati keajaiban buah ini dimana di USA sendiri mereka ada juga mengadakan pesta memakan makanan dan buah-buahan masam seperti lemon, limau, oren, anggur, epal masam, aprikot, keju kambing, arak dan sebagainya untuk promosi buah ajaib ini. Mereka akan menikmatinya dengan meriah dipesta-pesta miracle fruit sebab apabila memakan buah ajaib ini makan apa yang berlaku adalah makanan dan buahan tadi menjadi manis tanpa menghilangkan keaslian rasanyanya. Limau masam apabila dimakan tetap rasa seperti limau tetapi rasanya akan menjadi rasa seperti limau madu. Keju kambing yang asal rasanya tidak enak menjadi seperti rasa manisan dan buah mangga muda yang masam pula akan manis seperti Mangga Harumanis selepas makan buah ajaib. Di Jepun pu;a dimana Jepun ada mengimport buah ajaib dari Afrika Barat untuk dijadikan makanan diet untuk kesihatan. Difahamkan 
dimana harga untuk sebiji buah ajaib di Jepun lebih kurang 1,000 yen atau lebih kurang RM38.00 sebiji nilai duit Malaysia dimana ia termasuk kategori makanan kesihatan premium. Bagi penulis yang berkunjung ke Tokyo pada Oktober 2018 sempat jumpa buah ajaib ini disebuah pasaraya di Shinjunku Park, Tokyo dan membelinya dua biji untuk ujirasa. Di Australia pula pokok ini juga hidup subur terutama di kawasan panas yang mempunyai taburan hujan yang agak banyak. Sesiapa yang belum ujirasa buah ajaib boleh membelinya dan makan sepuas mungkin. 
Semuga tulisan artikel ini memberi manafaat kepada semua para pembaca blog anim agro technology jua. Wasllam!!!...
BUAH AJAIB... APAKAH BENDANYA...
BILA IA MASAK...MERAH WARNANYA...
SEMUA JADI MANIS... AJAIBNYA DIA...
TANAM SENDIRI... CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Dzulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...