Support My Blog

Wednesday, May 13, 2026

SIPUT DAN ANCAMAN TANAMAN (PART 1)

SIPUT TANAMAN
 adalah haiwan moluska bercengkerang yang terkenal sebagai pemakan tumbuhan walau pun ada terdapat juga spesies unik siput seperti Jenis S
iput Laut Hijau (Elysia chlorotica) yang dilaporkan ia boleh berfotosintesis dengan beberapa jenis tumbuhan. Siput memainkan peranan sebagai pengurai di dalam tanah namun begitu kebanyakan jenis siput ia boleh menjadi perosak utama tanaman dengan cara memakan daun dan tunas tanaman di kebun. Isu dan masalah siput (seperti siput babi atau siput gondang emas) dimana ia merosakkan tanaman adalah cabaran serius kepada petani jika tidak di kawal dengan baik. Walau pun di beberapa negara ada yang mengawal dan mencegah siput daripada terus memakan daun pokok dengan memakan siput dimana terdapat beberapa kaedah kimia tang berkesan dan kawalan organik yang boleh digunakan dengan berkesan dan selamat. Dilaporkan memang ada banyak jenis atau spesis siput tumbuhan yang ada di kawasan kebun yang boleh menganggu tanman. Di Malaysia ramai yang mungkin pernah lihat dan jumpa Jenis Siput Babi (Achatina fulica) dalam kebun sayur dan juga Jenis Siput Gondang Emas atau Jenis SGE (Pomacea spp) terutama di kawasan sawah padi. Siput ini akan memakan bahagian daun dan pucuk tanaman dari pelbagai jenis tanaman sayuran terutamanya benih muda, kobis, sawi dan juga tanaman padi. Kahadiran siput boleh ia menjadi serius apabila ia membiak cepat dalam habitatnya. Penulis blog dapati dimana siput membiak melalui proses persenyawaan dan bertelur sebabnya kebanyakan siput bersifat hermafrodit (mempunyai organ jantan dan betina serentak) di mana dua siput akan bercumbu dan bertukar sperma sebelum kedua-duanya mengeluarkan ratusan telur dalam hanitanta. Dilaporkan juga ada sesetengah spesies siput tanaman juga boleh bersenyawa sendiri tanpa pasangan tidak seperti kebanyakan haiwan perosak lain. Bagi petani yang selalu menghadapi masaalah serangan dan ancaman siput mereka mesti berusaha mengawalnya. Cara melindungi tanaman daripada ancaman siput ada beberapa langkah kawalan boleh diambil mengikut kesesuaian. Pertama adalah dengan membuat pagar halangan seperti dengan cara menaburkan serpihan kulit telur hancur atau serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok dimana teksturnya yang kasar menyukarkan pergerakan siput. Kedua dengan cara iaitu memasang perangkap organik iaitu dengan meletakkan bekas berisi sedikit bir atau campuran yis dan gula di kawasan tanah. Baunya akan menarik siput untuk jatuh ke dalam bekas dan ia kemudian akan mati lemas. Ketiga dengan cara gunakan jenis racun organik iaitu menggunakan umpan mesra alam seperti Iron Phosphate (sering dijual di nurseri) yang selamat untuk tanah dan haiwan peliharaan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu ancaman siput pada tanaman sebagai bahan rujukkan semua.


Ancaman oleh siput ini adalah kerosakan utama akibat siput (seperti siput babi dan siput gondang) melibatkan keratan atau lubang tidak sekata pada daun muda atau [ada bahagian batang dan paling teruk bila siput ini akan memakan anak benih baru hidup sehingga botak dalam sekelip mata sajaha (selalunya ia makan pada malm hari). Pengalaman penulis blog mendapati dimana di Malaysia siput adalah ancaman serius yang aktif pada waktu malam atau musim hujan apabila persekitaran akan menjadi basah atau lembap. Perosak Siput memakan pelbagai jenis tumbuhan yang berdaun hijau terutamanya dari jenis sayuran berdaun seperti jenis Sawi, kailan, bayam dan juga kobis. 
Siput memakan daun menggunakan organ seperti lidah bergigi yang dipanggil 'radula' dimana ia akan mengikis dan memotong tisu daun perlahan-lahan dan di makannya. Keadaan ini meninggalkan kesan berlubang pada daun dimana ia seterusnya boleh sekaligus mengganggu proses tumbesaran dan proses fotosintesis tumbuhan tersebut. Apa pun perlu tahu jika siput atau siput babi ia sangat aktif dan paling banyak keluar utnuk makan pada waktu malam serta pada awal pagi terutamanya dalam keadaan cuaca lembap atau selepas hujan. Pada waktu siang yang panas pula memang susah untuk melihat seekor siput pun di kebun sebab ia cenderung bersembunyi di tempat gelap dan lembap untuk mengelakkan insiden dehidrasi atau kekeringan lendir. Perlu di ketahui fakta dimana lendir siput (dikenali dalam dunia kosmetik sebagai snail mucin atau snail secretion filtrate) ialah sejenis cecair pekat yang dirembeskan secara semula jadi oleh bahagian bawah badan siput. Rembesan ini berfungsi untuk melindungi tisu badan siput daripada kering dan ini akan membantu ia bergerak di permukaan yang kasar dan dalam dunianya ia menyembuhkan luka pada badannya. Tanda-tanda serangan oleh siput bila di teliti akan kelihatan ada terdapat lubang-lubang besar pada bahagian tengah atau tepi daun dan juga ada kesan lendir kering yang berkilat atau warna perak pada permukaan daun atau permukaan tanah tempat siput lalu. Boleh d periksa pada daun muda atau tunas tumbuhan yang habis dimakan hingga tinggal urat daun sahaja yan tertinggal. Siput sering bersembunyi di kawasan lembap di bawah pasu atau daun reput pada waktu siang perlu sentiasa ia di periksa. Paling bahaya bila anak benih sayuran yang baru tumbuh dimana hampir semua jenis anak pokok yang baru ditanam di tanah akan menjadi makanannya dan rosak. Apa pun dalam isdustri tanaman padi (Oryza sativa) dimana ancaman oleh Siput Gondang Emas (SGE) adalah ia amat memusnahkan anak benih padi yang masih kecil. Melihat akan tanda-tanda serangan akan ada lubang besar pada daun atau terkopek di bahagian tepinya dan akan ada jejak lendir pada pokok padi. Juga terdapat garisan berkilat (lendir kering) di atas batas atau permukaan daun serta ada kes dimana batang padi akan rebah. Serangan pada anak benih dipotong atau dikerat di bahagian pangkal.  


Terdapat dua kumpulan utama siput yang sering menjadi perosak utama tanaman di kebun petani atau tanamn di kawasan rumah. Antaranya yang paling ramai kenal adalah Jenis Siput Babi, Siput Lntah Bulan dan juga Siput Gondang Emas (SGE).  Jenis pertama adalah Jenis 
Siput Babi (Achatina fulica) atau 'Giant African Snail) dimana ia merupakan sejenis siput darat bersaiz besar yang berasal dari Afrika. Ia merupakan haiwan perosak tanaman yang memakan pelbagai jenis tumbuhan. Haiwan ini sangat mudah ditemui di kawasan semak dan kebun sekitar anda di Malaysia. Ciri-ciri fizikalnya ia memunyai cengkerang yang berbentuk kon atau piramid yang agak besar, keras dan selalu ia berwarna coklat dengan corak jalur. Habitatnya ia suka berada di darat serta ia aktif pada waktu malam (nokturnal) dan ia akan bernafas menggunakan paru-paru. Dari segi kesihatan dilaporkan ia adalah perumah kepada banyak jenis parasit dan cacing berbahaya. Memakannya tanpa proses pembersihan dan memasak yang betul boleh menyebabkan penyakit serius seperti Penyakit Angiostrongyliasis tau lebih mudah di panggil sebagai Penyakit Meningitis). Siput Babi ini dari segi hukum Islam dan menurut pandangan ulama di Malaysia (seperti Mazhab Syafi'e) ia babi dianggap sebagai haiwan yang menjijikkan (khabisah) dan dikategorikan sebagai bangkai yang haram dimakan orang Islam. Ia selalu akan bergerak perlahan, meninggalkan kesan lendir berkilat di atas daun yang aktif pada waktu malam atau semasa cuaca sekitar lembap. Ia sangat gemar memakan daun muda, pucuk dan buah. Antara mangsa utamanya ialah sayur-sayuran berdaun (sawi, kangkung, kobis), salad, cili, tomato dan anakbenih tanaman di semai. Kesan serangan dimana daun berlubang-lubang dan rosak teruk, menyebabkan pokok terbantut atau mati.  Kedua ada Jenis Siput Lintah Bulan (sering juga dipanggil siput bulan) ialah sejenis haiwan gastropod (moluska tidak bertulang belakang) yang kelihatan seperti siput babi akan tetapi tidak mempunyai cengkerang di luar badannya. Haiwan perosak ini biasanya aktif pada waktu malam atau selepas hujan untuk memakan daun dan tunas pokok di kawasan tanaman keliling rumah. Ia tiada cengkerang dan ciri ini ia berbeza dengan siput biasa dimana ia hanya mempunyai badan yang lembut, berlendir dan mudah menyusup ke celah-celah sempit. Ia suka makan tumbuhan dan ia merupakan musuh utama pekebun kerana ia memakan pelbagai jenis tanaman dan merosakkan daun. Lendir yang dirembeskan membantu pergerakan mereka dan mengelakkan badan mereka daripada kering. Ketiga adalah Jenis Siput Gondang Emas (Pomacea spp) atau 'Golden Apple Snail' dimana ia adalaj jenis siput bercengkerang besar berwarna kekuningan atau perang (berlainan spesis) yang sering dilihat di kawasan sawah padi atau parit. Ia merupakan musuh utama tanaman padi (Oryza ativa) atau SGE sawah yang menyerang tanaman berair atau kawasan yang sentiasa basah seperti keladi dan teratai. Kesan serangan SGE ini ia akan memakan pangkal anak pokok padi yang baru ditanam dn ini akan menyebabkan kerugian besar kepada hasil tuaian pesawah sehingga tiada hasil dapt di tuai jika serangan sangat teruk. 


Siput yang memberi ancaman di kebun perlu di kawal dan di cegah dengan segera pembiakannya agar tidak menganggu tanaman. Ini kerana j
ika tanaman anda mula diserang ada beberapa langkah pantas untuk usaha membanterasnya. Langkah pertama adalah dengan Cara Kutip Secara Manual siput terutama di lakukan pada waktu malam atau awal pagi iaitu semasa ia aktif bergerak dengan mencari dan kumpul siput. Aktiviti ini ia di buat secara manual iaitu dengan menggunakan tangan (pakai sarung tangan) dan ia kemudian mesti di musnahkan atau dilupuskan sehingga siput ini mati kesemuanya. Kaedah kawalan kedua adalah dengan cara Menabur Umpan Siput yang boleh di beli di kedai pertanian dan ia di tabur pelet siput (moluskisida) di sekeliling batas tanaman. Umpan ini adalah ia mudah di gunakan dan amat berkesan untuk menarik perhatian siput dan membunuh siput dengan cekap. Cara ketiga adalah dengan Memasang Pagar Fizikal iaitu dengan cara meletakkan serbuk kopi, kulit telur hancur atau habuk kayu di sekeliling pangkal pokok kerana teksturnya menyukarkan pergerakan siput iitu ia akan mlekit pada lendir yang menyukarkan untuk siput dapat bergerak lancar seperti biasanya dan ia kan berhindar dari kawasan tanaman. Bagi penulis blog paling senang adalah mengawal siput dengan menggunakan racun kimia jenama SIPUTOX® dimana ia ada dijual yang merupakan sejenis racun siput (moluskisida) yang digunakan untuk mengawal perosak seperti siput babi dan lintah bulan. Racun ini bertindak sebagai racun perut dan ini bermakna ia membunuh siput selepas sang siput ini memakan butiran racun tersebut. Racun ini mengandungi bahan aktif iaitu Metaldehyde sebanyak 5% w/w. dimana ia di jual dalam bentuk butiran (granule) yang mudah ditabur di lokasi sekitar tanaman dan laluan siput. Ia memang sesuai untuk digunakan di kawasan tanaman dalam kebun komersil, kawasan tanaman sekeliling rumah di dusun buah-buahan dan kawasan lain yang berpotensi ancaman dari siput. Cara penggunaan racun Siputox ini adalah dengan menaburkan butiran racun di sekeliling pokok atau kawasan laluan siput dan waktu terbaik untuk menabur adalah pada lewat petang atau selepas hujan atau selepas aktiviti seperti menyiram tanaman kerana waktu itu siput biasanya lebih aktif keluar mencari makan.  Walaupun ia dikategorikan sebagai racun Kelas IV (kurang berbahaya) perlu di peringatkan agar ambil langkah berhati-hati jika ada kanak-kanak atau haiwan peliharaan di kawasan berdekatan atau di sekitar rumah supaya mereka tidak tertelan butiran tersebut yang boleh mengancam mangsa.


Dalam portal bharian di laporkan kes 'Siput ancam tanaman padi' bila berlaku ancaman siput gondang emas (SGE) terhadap tanaman padi di kawasan sawah Kampung Pahang Tua, Pekan semakin serius apabila mengakibatkan kerugian besar kepada hampir 500 pesawah. 
Selain kerugian disebabkan anak pokok padi musnah dimakan siput, pesawah juga terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli racun bagi membunuh hidupan berkenaan yang begitu cepat membiak. Bagiseorang pesawah Ishak Abdul dimana kini setiap kali musim menanam dia kerugian antara RM7,000 hingga RM10,000 disebabkan serangan haiwan itu serta tikus, burung biru dan belibih yang semakin serius dan kes ini ianya membimbangkan. Walaupun racun digunakan setiap kali musim menanam namun serangan SGE terhadap anak pokok padi berumur 20 hari masih terus berlaku dan telur yang banyak dihasilkan menyebabkan pembiakan sukar dikawal. Apa pun dilaporkan terdapat racun import keluaran negara jiran dapat membunuh SGE namun disebabkan tidak didaftar menyebabkan kerajaan melarang penggunaannya di negara ini. Dia dakwa untuk menyelesaikan ancaman SGE di sawah Kampung Pahang Tua dan beberapa sawah lain di daerah ini saya berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk meluluskan penggunaan racun terbabit dan usaha lain yang boleh dilakukan pesawah ialah memungut SGE dewasa yang terdapat dalam sawah atau menggunakan itik yang akan memakan anak siput dalam sawah. Pesawah disini ada mereka mengusahakan sawah seluas 12.14 hektar sawah dimana setiap musim terdapat beberapa petak sawah diserang SGE yang aktif pada petang dan malam. Hampir semua pesawah di sini menghadapi masalah yang sama. Selalunya SGE bergerak masuk ke dalam petak sawah bersama air yang dialirkan terutama pada peringkat awal penanaman. Siput terbabit akan makan daun anak benih padi hingga menyebabkan pokok mati selain pertumbuhan tidak sekata. Rata-rata pesawah di sini berpengalaman lebih 15 tahun sebagai pesawah berkata, antara faktor projek tanaman padi di kawasan sawah Kampung Pahang Tua tidak mencapai kejayaan membanggakan ialah disebabkan serangan SGE, tikus, belibih dan burung biru secara berterusan. Pihak IADA dakwa ada pelbagai usaha dilakukan pihaknya untuk mereka membantu pesawah mengatasi masalah serangan SGE yang kini semakin serius dan membimbangkan. Selain pihak kerajaan menyediakan racun, usaha lain yang dilakukan ialah dengan mengadakan program gotong-royong memungut SGE namun selepas beberapa kali aktiviti terbabit dilakukan kesannya tidak banyak berubah. IADA juga mengalakan pesawah menternak itik telur bagi mengawal pembiakan siput dan usaha berkenaan dianggap berkesan selain memberi pendapatan tambahan jualan telur SGE. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) egmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HAIWAN SIPUT.. ADA BANYAK JENISNYA...

BERGERAK PERLAHAN...MALAM SAHAJA...
MAKAN DAUN...MEROSAKKAN TERUKNYA...
PERLU DI KAWAL.. DENGAN BANYAK CARA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...