Pokok Bismillah adalah sejenis tanaman herba yang sangat mudah ditanam dan popular kerana khasiat perubatannya. Ia sesuai di tanam didalam kebun atau di kawasan keliling rumah asalakan ada kemahuan dan ilmu menanam danmenjaganya. Cara menanam pokok bismillah boleh di lakukan dengan cara Pembiakan Keratan Batang iaitu ia cara paling mudah dilakukan dengan memilih batang yang sihat dan tidak terlalu muda atau terlalu tua. Gunkn pisu atau gunting tajam memotong batang tersebut sepanjang 10-15 cm dimana ia kemudian boleh terus ditanam ke dalam pasu atau atas tanah yang gembur. Pokok ini sangat mudah berakar apa lagi kalau selalu di jaga dengan menyiramnya. Kaedah kedua menanam pokok ini dengan Cara Pembiakan Pucuk Muda dimana pucuk muda ini digunakan pucuk muda dan diletakkan dalam polibeg semaian ada media diletak di tempat yang redup sehingga akarnya kuat dan ia kemudian dialihkan ke tempat separa cahaya. Biasanga tanaman pokok bismillah ini tidak memerlukan kawasan yang luas atau ia memang sesuai ditanam di tanam ditempat separa cahaya. Penjagaan awal adalah dengan membuat penyiraman pokok 2 kali sehari. Aepek pembajaan memberi baja setiap bulan dengan baja yang tinggi nitrogen (N) untuk pertumbuhan daun yang optimum. Lakukan aktiviti cantasan atau pemangkasan bagi tujuan pembentukkan pokok dan merangsang pertumbuhan cabang dan pucuk baru. Sebaiknya di berikan baja organik dan juga di lakukan amalan pertanian organik sebab daun pokok ini akan di jadikan makanan segar apabila sesuai daunnya di tuai kelak. Membuat tinjauan akan harga daun Bismillah (juga dikenali sebagai Daun Afrika, Ketum Cina, atau Vernonia amygdalina) adalah sejenis herba yang terkenal dengan rasa pahit dan khasiat perubatannya dimana Bafi Daub Segar dengan jumlah 50 - 100 helai di juak sekitar harga RM5.00 - RM11.00 sahaja. Kepada yang mula menanam pokok ini boleh membeli keratan anakbenih pokok ini dengan harga sekitar RM5.00 - RM8.00 sepokok. Berlainan juga sebab ada dujuak Produk Daun Bismillah Kering atau serbuk (dried leaf or Powder) yang di jual dengan RM5 - RM10 bagi pek berat sekutar 10 - 200 gram atau berharga RM14 - RM35 bagi berat 200 gram. .
Menarik kongsikan akan khasiat dan kegunaan pokok bismillah sebab dilaporkan yang daunnya rasanya sangat pahit tetapi dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk tingkatkan kesihatan. Seperti di nyatakan di atas ia membantu mengawal kes kencing manis (diabetes), darah tinggi (hipertensi), reumatik, sakit kepala dan masaalah batuk. Jika ada isu ini boleh mengambil daun pokok bismillah yang sesuai dan di rendam 1-3 helai daun dalam air panas selama 3-5 minit dan minum 2-3 kali seminggu sehingga sihat. Apa pun didalam beberapa testimoni di laporkan khasiat dan kegunaan tradisional pokok ini dimana ia sering digunakan sebagai ubat kampung untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan diantaranya adalah masaalah Kencing Manis (diabetis), masaalah darah tinggi dan beberapa lagi sebab air rebusan atau rendaman daun sering diamalkan untuk menurunkan paras gula dan tekanan darah. Paling suka dengar adalah Pesakit Gout apabila di laporkan ia akan membantu mengurangkan simptom gout yang berlaku dengan gunakan daun bismillah ini. Selain itu di laporkan ia akan kurangkan masaalah demam dan batuk dan selalu ia digunakan untuk meredakan demam (termasuk demam kuning). Sesiapa ada masaalah kulit boleh mengambil beberapa helai daun bismillah dan ditumbuk kemudian ia sesuai digunakan untuk merawat kayap dan bisul dan ada yang dakwa ia dipercayai baik untuk merawat buasir dan sembelit. Terdapat laporan kajian saintifik yang mana ia menunjukkan daun ini mengandungi bahan aktif seperti flavanoids, saponins dan steroid yang berfungsi sebagai anti-oksidan, anti-radang dan anti-kanser. Walaupun ia adalah herba tradisional akan tetapi sebaiknya dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil ubat hospital. Pokok Bismillah merupakan sejenis pokok renek yang juga ia terkenal dengan khasiat perubatan tradisional dikalangan masyarakat terutamanya di kawasan tropika. Ia mempunyai bentuk daun yang berwarna hijau, berbentuk bujur atau lonjong dan sering digambarkan mempunyai tekstur yang tidak berbulu. Daun ini dikenali dengan rasa yang sangat pahit dimana di Malaysia jenis yang mudah didapatkan adalah Jenis Pucuk Hijau (biasanya ditemui di hutan). Khasiat lain ia akan dapat bantu untuk meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu serta ia membantu merawat masalah darah tinggi.Terkini ia dilaporkan dan dipercayai boleh membantu melarutkan batu karang.
Beberapa sumber menyatakan apakah dia kegunaan daun bismillah dengan kegunaan perubatan untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan. Dalam perubatan tradisional ada dakwaan pokok bismillah digunakan untuk merawat bisul dan kayap, melegakan sakit perut, meredakan demam kuning, mandian bagi ibu selepas bersalin, merawat gout, mengawal tekanan darah dan aras glukosa dalam darah, rawatan komplemen kepada masalah jantung dan ketumbuhan payudara. Di beberapa negara Afrika dimana mereka ada banyak menggunakan daun bismillah untuk merawat demam, meningkatkan kesuburan bagi wanita, merawat jangkitan parasit, demam thypoid, kulit terbakar, kencing manis, jangkitan virus dan bakteria, masalah kegagalan buah pinggang, hepatitis, ekzema, anemia, merawat luka. Lazim di dengar yang daun bismillah digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu. Paling ramai kurang tahu mungkin bagaimana pokok ini mampu MERAWAT KAYAP dimana bahagian bunga pokok bismillah dicampurkan dengan umbut daun palas, bunga kudup, bunga kemunting, bunga pake, pucuk buasir, daun sirih dan juga bahan isi pinang. Kesemua bahan ditumbuk dan disapukan pada tempat terkena kayap sehingga sembuh. Ia juga di laporkan mampu untuk MERAWAT BISUL iaitu dengan cara mengambil sebanyak tujuh helai daun bismillah ditumbuk dan ditempelkan di bahagian bisul sehingga sembuh. Ia juga di dakwa akan MEREDAKAN DEMAM KUNING dimana di lapor iaitu pada keseluruhan pokok bismillah bersama pokok dukung anak dan pokok ketumbit dikumpulkan dan dibasuh sehingga bersih. Kesemua bahan ini atau ramuan ini kemudian ia perlu direbus bersama-sama dengan bahan sedikit halba sehingga mendidih. Air rebusan dijadikan mandian pada waktu pagi tiga hari berturut-turut sehingga demam sembuh. Paling terbaik dawaan ia mampu MERAWAT GOUT iaitu dengan mengambil sebanyak dua helai daun bismillah direndam dulu di dalam secawan air panas dan airnya dibiarkan suam dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam dimana ia akan mengurangkan kesakitan. Ia paling di percayai adalah khasiat untuk MENGAWAL TEKANAN DARAH dimana cara pertama membuatnya dengan ambil beberapa helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan diminum selepas dibiarkan suam. Cara kedua boleh ambil 3 helai daun bismillah dan ia direndam di dalam air panas dan biarkan suam. Minum sehari sekali selama tiga hari sehingga sembuh. Ada cara ke 3 iaitumemakan daun pokok bismillan mentag sebagai ulam-ulaman yang rasanya pahit. Dilaporkan tidak ada ancaman atau tiada kesan sampingan mengambil daun pokok bismillah ini dengan kadar betul yang dilaporkan setakat ini. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.