Support My Blog

Sunday, October 14, 2018

TEKNOLOGI TANAM TERUNG FERTIGASI

TANAM TERUNG CARA FERTIGASI merupakan satu kaedah penanaman moden yang semakin menarik minat petani di Malaysia. Terung Panjang (Solanum melongena) atau Terung Bulat (Eggplant) merupakan tanaman sayur buah dari keluarga Solanaceae. Penulis blog membuat pemantauan penanaman terung secara fertigasi di Projek TKPM Inderapura, TKPM Pulau Manis, TKPM Kuantan di Pahang untuk berkongsi teknologi tersebut. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 - 5 kali ganda jika ditanam cara fertigasi iaitu berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat terutama untuk penanaman tanaman jangka masa singkat seperti Terung (Solanum melongena), Timun (Cucumis sativus), Melon (Cucumis melo), Cili (Capsicum annum), Peria (Momordica charantia) dan beberapa jenis tanaman lagi. Penanaman terung secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Ini kerana penanaman terung di bawah SPH dengan jaring kalis serangga menghalang proses pendebungaan sekali gus ia akan mengurangkan hasil tanaman terung. Penanaman terung secara fertigasi telah terbukti memberi hasil yang tinggi pada kos yang efektif. Perusahaan penanaman terung secara fertigasi menunjukkan daya maju ekonomi yang memberangsangkan dan teknik ini mampu menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani. Kaedah penanamn cara fertigasi yang dilakukan ini menggunakan Teknologi Fertigasi Terbuka diatas Tanah, Teknologi Tanaman Fertigasi Terbuka Dalam SPH dan terkini Teknologi Tanaman Fertigasi Gantung. Anda boleh baca teknologi tanaman fertigasi gantung dengan rujuk tulisan saya (Sila klik disini)(Sila klik disini)(Sila klik disini), (Sila klik disini) dn beberpa lagi pautan. Artikel subuh ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' saya menulis teknologi menanam terung secara fertigasi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Penyediaan tapak projek fertigasi dan kerja penyediaan tapak projek fertigasi adalah merupakan langkah kritikal dalam usaha menentukan kejayaan sesebuah projek penanaman terung secara fertigasi. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain. Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman terung ialah 5.5 – 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Penggunaan air paip juga sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok penting untuk pokok terung mencapai pembesaran yang seragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak maka peasangan alas plastik silvershine atau weed suppresor dibentangkan bagi mengelak tapak projek daripada ditumbuhi rumpai. Bagi kawasan yang mudah kena banjir sesuai dinaikkan tiang-tiang untuk menggantung polibeg didalam sistem fertigasi gantung (Sila lihat foto disebelah). Polibeg ini digantung setinggi 1 meter dengan setiap polibeg dipasang dengan sistem pengairan fertigasi. Penulis blog dapati kaedah ini sangat berkesan untuk penghasilan terung terutama dimusim hujan pada bulan November - Januari dengan harga terung pada mas ini adalah tinggi.

Pemasangan sistem pengairan fertigasi adalah penting direkabentuk. Ini kerana bagi penanaman terung, polibeg jenis tegak perlu digunakan untuk tujun menyokong pertumbuhan batang dan daun yang besar. Polibeg berwarna hitam atau berwarna putih atau hijau bersaiz 16’’ x 16’’ adalah disyorkan (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan polibeg hitam didakwa lebih tahan lasak dan lama berbanding dengan polibeg putih atau hijau. Sistem fertigasi bagi penanaman terung mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja (900 gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta tiub mikro yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Jarak di antara baris yang disyorkan ialah 5’ manakala jarak di antara polibeg ialah 1.5’ dan disusun sebaris bagi memudahkan kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum anak pokok terung dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan pemasa (timer). Dalam paa itu pemilihan varieti terung jenis hibrid yang berhasil tinggi disarankan bagi penanaman secara fertigasi. Antara varieti terung yang disyorkan ialah Ratna. Walau bagaimana pun, pemilihan varieti bergantung kepada kehendak dan permintaan pengguna. Pemilihan varieti terung yang tepat merupakan proses yang penting bagi memudahkan aktiviti pemasaran hasil terung nanti. Medium tanaman Medium tanaman yang disyorkan ialah 100% coco peat. Coco peat mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam. Walau bagaimanapun, bagi pengusaha fertigasi di sebelah utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sekam padi bakar boleh digunakan sebagai medium. Ini kerana sekam padi mudah diperoleh di ketiga-tiga negeri tersebut dengan harga yang berpatutan. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam dan disusun selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm yang diukur dari dasar polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien dari tangki larutan baja. 

Penyediaan anak benih terung yang diperoleh disemai di dalam dulang semaian dengan 104 lubang plug. Peat moss digunakan sebagai 21 medium percambahan. Kaedah semaian adalah dengan satu biji benih disemai ke dalam satu lubang plug. Kemudianya, peat moss dibasahkan dengan air. Percambahan anak yang seragam akan diperoleh selepas 5 – 7 hari. Selepas bercambah, anak benih dimasukkan ke dalam rumah semaian bagi mengelakkan serangan serangga perosak. Anak benih juga dibekalkan larutan baja secara celupan bagi mendapatkan anak benih yang seragam pembesarannya dan cepat proses pertumbuhannya. Biji benih tambahan diperlukan sebanyak 10% untuk kerja-kerja penyulaman. Memindahkan anak benih ke dalam polibeg Anak benih terung yang berusia 18 - 21 hari sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg (Sila lihat foto disebelah). Di peringkat ini, ketinggian anak benih ialah 8 - 12 cm dengan 3 - 5 helai daun. Kerja-kerja memindahkan anak benih dilakukan pada lewat petang bagi mengurangkan tekanan pada anak benih akibat kesan pindah, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan anak benih. Anak benih terung bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada beg tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Anak benih terung ditanam sedalam 3 - 5 cm daripada permukaan coco peat dengan penitis panah diletak di pangkal anak pokok. Pengurusan tanaman terung fertigasi Pembajaan Baja fertigasi terung terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan B. Formulasi baja terung adalah merangkumi kesemua unsur nutrien yang lengkap diperlukan oleh tanaman. Baja yang ditimbang berasingan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Komponen baja kemudiannya dijadikan stok baja (pati baja) bahagian a dan bahagian b di dalam 100 liter air secara berasingan. Larutan stok disyorkan supaya sentiasa tersedia dan sedia untuk dicairkan ke dalam tangki larutan baja apabila diperlukan. Tanaman terung memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang tertentu di beberapa peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC). Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila Gambar 4. Keadaan anak benih terung yang siap dipindahkan ke dalam polibeg.

Anak benih terung berusia 21 hari yang sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg 22 pertukaran EC diperlukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Unit ukuran konduktiviti elektrik ialah µS. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5 - 4.0. Bagi tanaman terung, EC yang disyorkan adalah antara 1.8 - 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak pokok ke polibeg maka anak pokok terung diberikan air kosong (Sila anda lihat foto disebelah). Selepas tempoh 24 jam anak pokok terung diberikan larutan baja dengan kepekatan 1.8 µS sehingga berusia 3 minggu. Selepas 3 minggu, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0 - 2.4 µS sehingga tamat musim penanaman. Semburan foliar seperti high kalium dilakukan bagi menggalakkan aruhan bunga untuk meningkatkan hasil buah terung. Selepas 3 bulan, medium tanaman di dalam beg plastik perlu dibilas dengan air bersih. Perkara ini dilakukan sebulan sekali bagi melarutkan dan seterusnya menyahkan timbuntambah garam yang boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama 1 jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok. Satu lagi faktor yang penting dalam pengeluaran tanaman ialah aras keasidan larutan nutrien yang dinamakan pH. Bagi tanaman terung secara fertigasi, pH yang disyorkan sama seperti tanaman lain seperti cili, tomato dan melon iaitu antara 5.5 - 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. 

Membuat sokongan tanaman Sokongan pada pokok terung perlu dibuat dengan menggunakan pancang berbentuk ‘X’ atau ‘H’. Pancang ini memberi sokongan pada pokok daripada terbalik terutama pada peringkat buah. Kegagalan menyediakan pancang sokongan akan mengakibatkan pokok tumbang dan ranting patah, ini sekali gus mengurangkan hasil buah terung. Pancang dapat dibuat menggunakan kayu, buluh dan besi. Ketinggian pancang yang sesuai adalah antara 4’ - 5’ dengan ditanam sedalam 1’. Cantasan Kerja-kerja cantasan atau membuang tunas air dilakukan selepas 2 - 3 minggu penanaman. Tunas air ialah tunas yang muncul selepas cabang utama. Ini bagi memastikan nutrien yang dibekalkan dapat digunakan oleh pokok untuk pembesaran dan penghasilan buah. Proses cantasan pada tanaman terung fertigasi ini dilakukan sekali sahaja dan tunas air yang tumbuh kemudian akan dibiarkan sahaja. Kawalan penyakit dan serangga perosak memang perlu dijalankan sepanjang masa penanaman terusng secara fertigasi. Ini jika penanaman terung secara fertigasi terbuka menghadapi risiko kerosakan yang tinggi akibat serangan penyakit dan serangga perosak tetap berlaku. Walau pun begitu kawalan penyakit dan serangga perosak yang perlu dilakukan secara bersepadu menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan. Antara serangga perosak utama tanaman terung ialah Ulat ratus (Spodoptera sp.), Ulat pengorek buah (Helicoverpa armigera) dan Lalat Buah (Bactrocera latifrons). Pengusaha tanaman fertigasi haruslah berupaya mengenal pasti jenis penyakit dan serangga perosak terung supaya tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilakukan dengan segera.

Penuaian hasil Hasil tuaian pertama bagi terung adalah sekitar 80 hari selepas mengubah. Kutipan hasil dilakukan dengan selangan 3 hari di peringkat awal dan setiap hari pada peringkat puncak. Prestasi kutipan hasil yang perlu dicapai oleh pengusaha ialah 3 kg sepokok. Prestasi minimum ini haruslah dicapai bagi memastikan pengusaha mendapat modal pelaburan dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, hasil terung yang melebihi prestasi minimum ini boleh diperoleh dengan pengurusan tanaman yang betul dan cekap. Kebiasaannya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan menggunakan buruh kontrak tempatan dengan kadar upah RM0.30/kg. Buah yang dipetik kemudianya digred sebelum dipasarkan. Pengurusan sisa tanaman Jangka hayat ekonomi bagi tanaman terung ialah 180 hari. Keputusan untuk menamatkan perlu mengambil kira faktorfaktor seperti varieti terung, harga semasa terung di pasaran, tahap kesuburan pokok dan tahap jangkitan penyakit. Langkah penamatan pokok adalah dengan memetik buah terung tanpa mengikut gred dan seterusnya pokok bersama akar dicabut keluar daripada polibeg dan dimusnahkan. Kemudian, kawasan projek dibersihkan. Kawasan projek penanaman terung fertigasi perlu direhatkan dengan mengosongkan kawasan tanpa sebarang aktiviti penanaman selama 2 minggu. Kesimpulan Penanaman terung secara fertigasi merupakan satu kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan sistem pertanian moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman. Dengan pengurusan tanaman yang berkesan, sistem fertigasi ini dapat menjamin pengeluaran hasil terung yang tinggi berbanding dengan sistem penanaman konvensional dan menjadi pilihan utama kepada usahawan tani. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
MENANAM TERUNG... PELBAGAI CARA...
TERUNG FERTIGASI... TERBARU DIANYA....
DIATAS TANAH...DIGANTUNG PUN BIASA...
PETANI KITA... TELAH BERANI MENCUBA...

By,
M Anem,
Senio Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(4 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...