Support My Blog

Wednesday, October 24, 2018

BIJI NANGKA - POTENSI SUMBER PROTIN

BIJI NANGKA (Jackfruit seeds) merupakan satu komponen yang dalam buah nangka yang sering dilupakan tetapi bagi penulis blog memang telah lama makan biji nangka rebus semanjak kanak-kanak lagi. Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis buah yang bersaiz besar dengan banyak mempunyai biji didalamnya. Penulis blog yang kenal biji nangka ini dikampong dengan nama ''Beton'' dalam bahasa jawa mendapati ia sangat berpotensi untuk dijadikan pelbagai produk makanan berkhasiat yang kaya dengan sumber protin. Biji nangka sebenarnya adalah berfungsi dan digunakan untuk disemai bagi mendapatkan anakbenih pokok penanti atau dijadikan benih tanaman. Pokok penanti ini akan dicantum dengan mata tunas varieti nangka yang dikehendakki seperti varieti Nangk Tekam Yellow (J33) atau lebih popular dengan gelaran ''Nangka Madu''. Di kampong dahulu apa yang saya ingat bijji nangka ini akan direbus dengan sedikit garam dan apabila masak klitnya mudah dikupas dan isinya yang berwarna putih krim enak dimakan semasa suam panas. Rasa lemak dan aromanya membolehkan kita kenyang untuk jangkamasa yang lama. Di Malaysia penulis blog belum terjumpa usahawan yang memproses, menjual dan menghasilkan produk berasaskan biji nangka tetapi di negara jiran Indonesia dan Thailand penulis sudah terjumpa produk ini. Terkini merujuk kepada artikel agromedia MARDI terbaru saya akan kupas mengenai potensi biji nangka dalam blog ''Anim Agro Technology'' sebagai sumber protin yang boleh dimanafaatkan untuk kebaikan semua.


Dalam banyak bahan rujukkan yang mana penulis blog baca, biji nangka atau beton ini merupakan satu sumber makanan yang berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan serat, karbohiderat, protin serta bebas kolesterol dan merupakan sumber ramuan makanan seperti tepong (Sila lihat foto disebelah). Tepong bijii nangka didakwa memang tinggi kandungan ptorin dan karbohiderat dimana protin adalah makanan yang diperlukan untuk membina dan membaiki otot, memproses zat makanan dan meninkatkan sistem imunisasi. Kajian menunjukkan bahan protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang digunakan untuk tubuh badan yang dibahagikan kepada dua iaitu Asid Amino Perlu (essential) dan Asid Amino Tidak Perlu. Asid Amino Tidak Perlu bukan bermakna ia tidak diperlukan oleh tubuh badan sebaliknya ia diperlukan tetapi sebalik jenis asid amino ini boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia. Asid amino adalah unit terkecil bagi protin yang terdiri daripada molikul-molikul organik  Asid Karbosilik Amina. Sebenarnya tubuh manusa memerlukan bahan protin daripada makanan yang kaya dengan protin seperti daging, susu, kekacang, telur dan sebagainya untuk disintesis dan diproses menjadi asd amino yang diperlukan seperti penerangan diatas. Lazimnya orang ramai lebih maklum akan sumber protin yang diperolehi daripada haiwan dan agak kurang yang faham dimana ada tumbuhan yang banyak mengandungi protin. Terkini protin dari tumbuhan menawarkan pelbagai faedah anti oksidan, serat diet, mineral, vitamin dan fitokimia yang lebih baik. Berbanding dengan protin daripada haiwan ia terdedah kepada ''risiko pengambilan makanan'' seperti lemak tepu, kolesterol, hormon tambahan dan antibiotik yang mungkin kurang baik untuk manusia.


Dalam aspek lain penulis blog dapati ada kenyataan saintis dimana dalam proses percambahan biji ia mampu meningkatkan nutrisi biji benih dan seterusnya dapat juga memperkaya aktiviti enzim dalaman (Sila lihat foto disebelah). Percambahan biji juga mampu dalam meningkatkan kandungan vitamin C yang signifikan. Daripada kajian ini mendapati percampuran ini merupakan ramuan tepong komposit yang boleh menggantikan gandum dan dapat membekalkan keperluan protin yang menyamai protin sumber haiwan disamping bebas kolesterol dan kaya dengan bahan fitokimia. Kandungan unsur protin didalam tepung percampuran biji nangka dengan daging adalah sama iaitu sebanyak 25 gram/ 100 gram. Kajian pihak MARDI juga ada menunjukkan dimana fitokimia daripada biji nangka memang mempunyai nilai perubatan seperti antitumor dan didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit kanser. Kelebihan protin tumbuhan merupakan bonus kepada nutrien dalam badan dimana ia mampu menyumbang kepada keperluan protin, asid amino dan tambahan fitokimia daripada hasilan daripada biji nangka.


Dalam pada itu didapati protin daripada tumbuhan seperti daripada biji nangka dan makanan lain bukanlah jenis protin yang lengkap jika dimakan dengan bersendirian. Sebaiknya ia harus dimakan bersama beberapa sumber protin lain supaya asas keperluan asid amino dapat lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contoh makanan Congo Bar yang diperbuat daripada tepong nangka dicampur dengan bahan lain seperti tenusu, bijian kekacang dan sebagainya sebagai pelengkap (Sila lihat foto disebelah). Memang enak sekali makanan Congo Bar ini terutama dimakan selepas dimasak masih panas lagi. Umph!!.  Protin pelengkap ini boleh diambil beberapa kali dalam sehari diet makanan harian. Kajian daripada saintis permakanan mendapati protin daripada sumber haiwan lebih mudah di mudah dihadamkan berbanding dengan protin daripada sumber tumbuhan. Sebaiknya makanan yang disediakan adalah merupakan kombinasi antara keduanya dengan keseimbangan kndungan asid amino perlu. Kini sumber protin daripada tumbuhan merupakan perpestif yang baru dalam teknologi makanan dimana biji nangka adalah salah satu pilihan kepada usahawan untuk memajukannya. Pada masa ini teknologi untuk menghasilkan, mengumpul, mengred, memproses, menyimpan dan sebagainya perlu dibangunkan agar biji nangka yang tidak diberikan perhatian sebelum ini akan menjadi satu produk makanan kesihatan yang hebat terutama dalam penyediaan sumber protin tumbuhan dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
BIJI NANGKA... 'BETON' JUGA SAMA...
SELALU DIBUANG...TIDAK DIGUNA...
BOLEH DIPROSES... PELBAGAI CARA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMU DITERIMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 432, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...