mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 30, 2018

TEH DAUN DURIAN BELANDA - HEBATNYA

TEH DAUN DURIAN BELANDA (Soursop Leaf Tea) kini telah menjadi viral apabila ramai usahawan yang telah menghasilkan produk ini di Malaysia. Durian Belanda (Annona muricata) merupakan sejenis tumbuhan dari buah tropika yang semakin luas ditanam dikalangan petani untuk mendapatkan buah dan daunnya. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai buah durian belanda dalam blog ini dengan boleh dirujuk melalui pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel yang berkaitan dengan tajuk ini. Buah ini merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai petani masa kini. Ini disebabkan buah durian belanda juga didakwa mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengawal sel kanser dan merawat masaalah penyakit Gout. Selain daripada itu daun durian belanda organik yang dijadikan teh didakwa mempunyai khasiat yang berkaitan dengan rawat kesihatan seperti dinyatakan. Selain daripada buahnya yang dijual dengan harga mahal (sekitar RM 20.00 sekilogram keatas bagi buah organik) dilaporkan teh daun durian belanda juga amat berharga. Menanam pokok durian belanda memerlukan anakbenih berkualiti dan jenis tanah subur yang mempunyai sistem saliran baik. Kini beberapa orang petani menanam pokok durian belanda secara monokrop dan komersil kerana tumbuhan ini kini telah mendapat pasaran yang baik. Pada madsa dahulu tidak ada orang yang pedulikan tanaman ini yang juga pernah dianggap sebagai salah satu daripada jenis buah nadir. Belum banyak tulisan mengenai amalan agronomi dan teknik-teknik pemprosesan buah ini. Kini telah banyak informasi mengenai durian belanda dan khasiatnya dan telah diangkat sebagai satu jenis tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan teh daun durian belanda yang juga mendapat pasaran baik didalam dan luar negara.

Salah seorang usahawan teh Durian Belanda yang terknal adalah Dato' Rosyam Noor iaitu seorang personliti terkenal tanah air. Beliau yang beberapa kali berhubung dengan penulis blog untuk berbincang mengenai amalan teknologi penanaman durian belanda memang seorang usahawan yang gigih (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dirujuk seperti semasa ada masaalah teknikal mengenai tanaman beliau. Ladang Durian Belanda beliau sebenarnya adalah teretak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Lanchang, Pahang dengan keluasan sebanyak 175 ekar. Di TKPM Lanchang, Temerloh sebenarnya keseluruhan kawasan projek adalah 4,000 hektar. Pada masa ini di ladang beliau terdapat lebih kurang 10,000 batang pokok durian belanda yang hidup subur. Beliau menggunakan baja organik untuk memastikan pokok durian belanda diladangnya subur dan kuat. Penulis blog melawat banyak kali ladang beliau semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Terkini selain daripada tanaman nangka dilaporkan produk teh durian belanda beliau menjana pendapatan lumayan. Produk-produk beliau kini dihasilkan daripada buah dan daun yang dipetik segar dari ladang dan dihantar ke kilang. Ia kemudiannya diproses mengikut standard pemprosesan yang ketat untuk tujuan mendapatkan hasil yang tinggi kualitinya. Setiap produk yang dihasilkan akan beliau adalah melalui beberapa ujian saringan dan ujian makmal. Ujian ini dijalankan dengan kerjasama daripada FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).

Kini hasil pertanian beliau yang telah mendapat pengiktirafan daripada MyGap (Malaysian Good Agriculture Practices) sebagai hasil pertanian yang berkualiti dan selamat. Teh Herba Durian Belanda keluaran syarikat beliau yang dinamakan dengan nama Teh AdraaUncang teh daun durian belanda merupakan produk terkini yang dipromosikan dan ada dijual dibanyak rangkaian diseluruh negara. Lamanweb beliau kini boleh dikunjungi dengan alamat mudah iaitu Rosyam.com. Dalam lamanweb tersebut dinyatakan diantara kehebatan teh durian belanda dimana ia didakwa mengandungi khasiat daripada daun durian belanda (Annona muricata)Pokok durian belanda mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. Selain itu ada juga jaminan syarikatnya dimana anda akan mendapat khasiat daripada daun durian belanda yang 100% asli dalam setiap uncang teh yang kami hasilkan. Ditulis seterunya oleh beliau dimana uncang teh daun durian belanda beliau  adalah memang bebas pengawet, 100% herba dan juga sebagai sejenis ubatan tradisional. Teh yang diperbuat daripada daun durian belanda yang asli ini juga didakwa memang kaya dengan antioksidan. Ia disediakan melalui proses yang rapi dan mengikut piawaian dan juga diproses secara pengeringan tidak langsung. Didakw setiap unchang teh ini boleh tahan selama 12 bulan sebanrnya ia telah melalui proses pengeluaran yang bersih dan menggunakan mesin pemprosesan khusus. Cara menyediakan Teh Herba Adraa amat mudah iaitu dengan merendamkan 1 uncang teh di dalam 1,000ml air mendidih selama 10-20 minit dan kemudian ia siap untuk dinikmati!. Setiap uncang teh boleh diulang penggunaannya sehingga 2-3 kali. Sebagai AMARAN dakwanya produk ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung, individu yang mengalami masalah tekanan darah rendah, penghidap Parkinson atau individu yang mengalami masalah penyakit hati atau buah pinggang. Penulis blog 'Tabek hormat' kepada Dato'Rosyam yang berjaya membuktikan produk teh durin belanda berjaya dipasarkan.


Dalam artikel akhbar lain bertajuk "Teh Daun Durian Belanda berikan rawatan" dikupas dalam blog ini. Catitan dimulakan dimana lebih kurang pada pukul 10.00 malam pada hari kedua di Beijing, China dilaporkan Mak Itam dapat pangilan talipon diberitahu anak saudara perempuan (umor 35 tahun) kena bedah di hospitan Tengku Mizan Kuala Lumpur kerana kanser rahim stage 3. Kami memang mencari penawar alternatif kanser sudah beberapa tahun, semenjak adik lelaki saya meninggal dunia kerana kanser leher dalam tahun 2000, masih belum berjumpa. Sekembalinya dari negeri China, kami menjadi kelam kabut bila diberitahu pesakit kanser itu tidak mahu buat kimoterapi kerana 2 kali kimo 2 kali pengsan terok. Bila ada jiran cakap daun durian belanda bolih ubat kanser, kami terus mencari maklumat dalam internet seperti kami buat semasa mencari maklumat hendak melawat China dahulu. Setelah sah daun durian belanda bolih ubat kanser kami perlu mendapat kepastian tentang 1. cara memilih daun, membersih dan mengeringkan. 2. dos yang sesuai dan berapa kali sehari. 3. apakah tindak balas iaitu kalau baik apa petunjuk dan kalu mudarat apa petunjuk. Dari awal tahun hingga Jun 2011 kami cuba sendiri minum teh daun durian belanda untuk tahu sukatan dan tindak balas. Kami teruja kerana gout Mak Itam yang telah tumbuh kristal di sendi pengelanggan tangan dah hilang dan tak gout sakit lagi. Setelah mendapat kepastian tentang dos nya baru kami poskan daun durian belanda kepada anak saudara yang sakit kanser itu. Pesakit tersebut mula minum dari 15hb Julai 2011 dan disahkan pulih pada 12hb Februari 2012 olih doktor pakar hospital tentera Port Dickson. Pesakit itu bersungguh sungguh mengalakkan kami supaya ten durian belanda ini di komersialkan. Cara-cara Membuat Teh Daun Durian Belanda mudah dilakukan. Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun dari pengalaman kami, merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang. Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. 


Namun dari pengalaman kami, ramai juga yang tidak sanggup meminumnya kerana rasanya yang kurang sedap. Cara yang kami sarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun matang segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, ia itu bukan di bawah sinaran matahari yang terus. Contoh daun durian belanda yang kering dan sedia untuk digunakan sebagai teh adalah seperti gambar di sebelah (Sila lihat foto disebelah).  Contoh penyimpanan daun durian belanda untuk process pengeringan adalah seperti gambar di bawah. Letakkan di tempat yang kering dan bersih di dalam rumah anda. Ada beberap cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara mudah adalah yang kami sarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan. Bahan-bahan diperlukan adalah (untuk sekali minum untuk seorang) seperti 250 ml air minum dan 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan. Caranya dengan memanaskan air minum hingga mendidih dan bBilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk tujuan menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya. Kemudian digunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan. Seterusnya dituang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug dan dibiarkan teh sejuk / suam untuk diminum. Sebaiknya untuk dos biasa maka perlu amalkan sekali sehari sebelum tidur malam.  Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai seakan berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas satu minggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat. Jika adak masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan atau kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

POKOK DITANAM... DIPETIK BUAHNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES JUGA ...
DAUN TEH DIMINUM... SIHAT SENTIASA...
MARI AMALKAN... PRODUK HEBATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 851, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(26 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...