Support My Blog

Friday, October 19, 2018

LAKSA TELOK KECHAI - POPULAR

LAKSA KEDAH TELOK KECHAI merupakan sejenis makanan yang popular dan ikonik di Alor Setar, Kedah terutama untuk penduduk tempatan dan dikalangan pelancong tempatan. Ramai dikalangan peminat makanan tempatan di Negeri Kedah Darul Aman ini memang mengenali akan Laksa Kedah ini yang berbeza dengan Laksa Penang. Perniagaan Laksa Zakaria Sekeluarga, Teluk Kechai ini merupakan premis perniagaan iaitu lokasinya adalah dialamat No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah (berdekatan Masjid Teluk Kechai) dengan kedudukan koordinat GPS: 6.094 999, 100.320 231. Siap dengan nombor telefon: 019 8633 677 kedai makanan laksa ini dibuka atau masa operasi: Setiap hari (12 tengah hari hingga 8 malam). Penulis blog memang sering berkunjung ke restoren ini jika berkesempatan semasa berkunjung setiap kali ke Alor Setar sama ada ada tugasan rasmi atau berjalan bersama keluarga. Kedudukan lokasi yang terletak di Jalan Utama Alor Setar ke Kuala Kedah ini juga merupakan laluan untuk ke Jeti Kuala Kedah bagi tujuan ke Pulau Langkawi. Oleh itu memang setiap orang yang hendak ke Langkawi melalui feri Kuala Kedah pastinya berpeluang untuk singgah 'pekena' laksa ini. Berkemungkinan kepada mereka yang belum pernah makan laksa ini dan hanya kenal akan Laksa Penang atau Laksa Johor atau Laksa Sarawak akan melihat Laksa Kedah Telok Kechai ini cair dan jernih sahaja kuahnya (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun setelah anda mula makannya akan dirasai akan keenakannya yang tersendiri sehingga lazimnya semua kuah akan dihirup sehingga habis. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis makanan ikonik Kedah iaitu Laksa Teluk Kechai sekadar berkongsi pengalaman.


Umum juga telah mengetahui dimana premis Laksa Telok Kechai ini terletak di Jalan Kuala Kedah - laluan utama ke Pulau Langkawi. Kepada sesiapa pun yang pernah pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri dari Jeti Kuala Kedah pasti akan menggunakan jalan ini dan melalui kedai laksa ni.  Kebanyakan orang luar dari Kedah mengenali laksa ini kerana perjalanan mereka ke Pulau Langkawi dimana mereka akan 'pekena' lagi jika melalui Jalan Teluk Chengai yang ada banyak kompleks Pertanian seperti Jabatan Pertanian, MARDI dan beberapa lagi (Sila lihat foto papan tanda premis tersebut disebelah). Mungkin ada beberapa fakta mengenai Laksa Teluk Kechai yang kita boleh cerita. Didakwa memang laksa disini adalah jenis laksa beras buatan tangan (homemade) yang unik. Laksanya diperbuat daripada 100% beras (dan sedikit tepung) mungkin sebab Negeri Kedah ni terkenal sebagai Jelapang PadiMalaysia. Sekarang ini dilaporkan dimana laksa biasa yang ada di pasaran banyak yang telah dicampur dengan tepung gandum yang mana kualitinya tidak sama dengan laksa disini. Cuba anda cari di mana anda hendak mendapat laksa beras seperti disini dimana hanya singgah sahaja di premis ini untuk menikmati sendiri Laksa Telok Kechai. Mengenai rasanya memang enak sebab mereka menggunakan beras yang padat dan lebih tahan lama. Dipercayai dimana laksa ini lebih tidak tahan lama berbanding laksa biasa kalau kita biarkan kerana beras asli akan cepat basi. Ini antara keunikan Laksa Telok Kechai ini. Fakta kedua adalah mengenai kuah ikan yang sangat nipis (light) tapi sedap dimakan. Ia memang kelihatan cair dilihat mata kasar. Mungkin juga disebabkan kedudukan kedai ini yg berhampiran Kuala Kedah yang memang menjadi sumber ikan utama kepada kedai ini untuk gunakan ikan segar. Setiap hari bekalan ikan yang segar ini dari Kuala Kedah mampu dibeli dengan harga yg murah untuk menghasilkan ikan baru untk kuah laksa yang berkualiti. Bagaimana pun seperti penulis nyatakan tadi  kepada mereka yang minat pada kuah yang lebih pekat macam kuah Laksa Penang akan pelik melihatnya. 

Dalam laksa Teluk Kechai jika di teliti akan ada sayur daun putat. Laksa ini special kerana selain bawang dan timun yang digunakan sebagai bahan penambah rasa laksa, laksa ini menggunakan hirisan daun putat yang mempunyai rasa dan bau tersendiri.. Rasanya mmg best dan akan meninggalkan nostalgia kepada sesiapa sahaja yang makan laksa ini (Sila lihat foto disebelah). Satu lagi kelainan laksa ini adalah adanya sambal nyior (kelapa) dimana memang tidak boleh dinafikan diantara ciri-ciri keistimewaan lain laksa ini ialah sambal nyior atau kelapa nya yang mampu memberikan rasa yang enak, lemak, pedas dan sedap.  Selalunya sambal ini akan dipalitkan sedikit di tepi pinggan dan ikut rasa hati pelanggan sama hendak dicampurkan dalam kuah sendiri atau tidak. Umumnya adalah laksa ini bersifat 'mild' dimana golongan kanak dan bayi pun boleh makan. Kepada mereka yang suka akan rasa rasa lebih pekat berlemak maka elok minta sambal ini lebih jika mahu.  Dalam pada itu jika diteliti lagi kelainan pada laksa ini adalah ada bau kayu yang unik pada kuahnya. Ini kerana secara tradisinya memang laksa ini dimasak gunakan kayu. Dikalangan mereka yang suka mencungkil rahsia kelazatan laksa berkenaan daripada pemilik dan pengusaha Perniagaan Laksa Zakaria Sekeluarga Teluk Kechai iaitu Zailuddin Zakaria berusia 56 tahun adalah faktor penting untuk memastikan laksa itu sedap dan menjadi kegilaan ramai ialah 'kuahnya'. Biasanya semua pelanggan sebelum pelanggan makan laksa ini mereka akan buat 'ujian' awal iaitu merasai kuahnya terlebih dulu. Ramuan digunakan adalah resipi turun-temurun keluarga. Antara nilai tambah yang kami gunakan bersama kuah ialah sambal kelapa yang kami anggap sebagai perencah tambahan nak bagi 'kick' kuah laksa berkenaan! Memang laksa ini menggunakan isi ikan selayang atau sardin untuk memastikan kuahnya tidak terlalu pekat atau cair yang mana ia perlu setara. Selesai makan laksa Teluk Kechai maka apa lagi bayar dan teruskan perjalanan. Semuga anda mendapat info terbaik mengenai laksa ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

LAKSA TELUK KECHAI... APA ISTIMEWA...
KUAH CAIR... GUNA IKAN SEGAR SAJA...
LAKSA LEMBUT... ADA SAMBAL KELAPA...
KE ALOR SETAR... PASTI PEKENA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 801, Grand Alora Hotel,
Jalan Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(11 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...