Support My Blog

Monday, October 1, 2018

NANAS 'BABY PINEAPPLE' AFRIKA

NANAS 'BABY PINEAPPLE' dari Afrika Selatan merupakan sejenis buan Nanas (Ananas commosus) bersaiz kecil dan ada ditanam di Afrika. Penulis blog yang menjumpai nanas varieti ini banyak dijual di rantaian Hypermarket Lu Lu, Dubai, UAE mendapati nanas ini dijual hanya untuk dijadikan hiasan atau dipotong-potong untuk dimakan segar bersama-sama dengan buah-buahan lain sebagai 'assorted fruit'. Apa yang menarik mengenai nanas kecil ini adalah ia dijual di pasaraya dalam keadaannya berwarna kuning dengan berikan aroma yang kuat dan wangi. Penulis blog ke Dubai dengan beberapa pegawai pemasaran nanas dengan ACO Dubau  En Kamarul untuk mencari ruang pasaran baru bagi nanas Josapine dan MD2 di Timur Tengah khususnya Dubai dan sekitarnya. Nanas Josapine adalah varieti yang telah dihasilkan di Malaysia iaitu gabungan diantara Varieti Nanas Johor dengan Varieti Nanas Sarawak. Nama baru varieti nenas ini adalah gabungan dua Negeri iairu Johor (JO) dan Sarawak (SA) menjadikannya 'JOSAPINE'. Didalam meninjau rak-rak buah-buahan tropika ini dipamerkan jualan nanas Baby Pineapple Afrika dimana ia menarik perhatian penulis blog untuk engetahuinya dengan lebih. Sebelum ini saya ada menulis mengenai 'Baby Pineaplle' dalam blog anim agro technology ini terutama yang dibawa masuk dari Thailand (Sila klik disini). Bagaimana pun sebenarnya nanas kecil baby pineapple ini memang ditanam untuk dua tujuan iaitu untuk dijadikan pokok nanas Hiasan (ornamental plants) ataupun untuk diambil buahnya dan dimakan (edible). Artikel subuh ini jam 3.12 pagi dari Hotel DoubleTree, Hilton, Al-Bursa, Dubai, UAE saya menulis dalam "Anim Agro Technology" buah nanas babypineapple Afrika sekadar indin berkongsi info dengan anda semua.


Penanaman nanas babypineapple ini adalah sama sahaja dengan teknologi penanaman nanas biasa yang lain. Ia kin idtanam dibeberapa negara Afrika dengan komersil menggunakan benih sulur dan ditanam dengan jarak rapat (Sila lihat foto disebelah)Amalan agronomi didalam penanaman Baby Nanas hampir sama dengan cara penanaman nanas biasa cuma jarak penanaman adalah lebih rapat. Dari segi agronomi dan marfologi, Baby Nanas adalah jenis nanas kecil iaitu daripada keluarga Bromaliaceae. Ia adalah tanaman mempunyai bentuk pokok sama dengan nanas biasa besar dengan daun berwarna hijau yang ditanam secara monokrop dikawasan cukup cahaya matahari. Ia ditanam dengan cara menggunakan sulur tanah atau pun jambul untuk tujuan mendapatkan kualiti dan ketulinan buah sama. Jika ditanam dikawasan tanah mineral sebaiknya dipasang plastik jenis silvershine untuk elakkan persaingan dengan rumpai. Pembajaan dan kawalan musuh serta penyakit pokok nanas baby sama dengan amalan agronomi tanaman nanas biasa. Apabila cukup matang ia sesuai dihormon dan buahnya akan keluar walau saiznya hanya kecil sahaja berbanding dengan nanas biasa. Bergantung kepada amalan agronomi dan cuaca serta kesuburan tanah lazimnya nanas baby Afrika ini akan berbuah selapas 13 - 14 bulan. Buah yang masak ada mula dengan warna hijau, warna hijau kekuningan dan akhirnya kuning.


Penulis blog dapati nanas baby pineapple Afrika yang ditanam dai Afrika Selatan ini memang bersaiz kecil, berbentuk kon, dengan ada sebanyak 100 atau lebih mata dimana apabila matang berwarna hijau, hijau kekuningan atau pun kuning oren. Isinya pula berwarna berwarna kuning atau kuning cerah dengan rasanya yang masam manis serta mempunyai aroma kuat. Nanas baby pineapple ini popular ditanam untuk pasaran komersil di Ghana, Kenya, Ecuador, Brazil, Costa Rica dan Thailand. Di Afrika pula ia ditanam dibahagian tertrntu untuk pasaran domestik dan eksport. Terdapat beberapa jenis atau variety nanas baby pineapple ini tetapi hanya jenis Queen Victoria yang paling banyak ditanam kerana mempunyai ciri yang baik untuk mengghasilkan buah segar. Ia tumbuh dengan baik dinegara yang mempunyai iklim panas dan lembab dengan sinaran matahari yang banyak. Apabila bertanya kepada mereka yang suka makan nanas ini rupanya nanas baby pineapple ini manis dan dimakan bersama empulurnya sekali. Empulur nanas ini lembut dan tidak keras seperti nanas biasa. Di pasaraya nanas yang masak ini akan dibalur dengan plastik bagi mengekalkan kesegarannya (Sila lihat foto disebelah). Ia memberikan bau yang aromatik semasa diperiksa. Apa pun nanas ini diletakkan dalam kawasan sejuk diruang jualan dan sebaiknya ia berada pada suhu 7 - 10 Celcius untuk tahan lebih lama. Saiz kecil dengan purata 4.5 inci panjang dan 3.5 garispusat ini menjadikan ia sesuai dipotong dan dimakan untuk hidangan individu memakanya. 


Di Hypermerkat LuLu, Dubai UAE nanas ini dijual dengan harga runcit AED6.95 sebiji atau bersamaan dengan RM7.80 sebiji  (Sila lihat foto disebelah). Harga tersebut merupakan harga promosi kerana harga asal dipaparkan adakah AED9.59 sebiji bersamaan dengan RM10.70 sebiji. Hanya dengan berat sekitar 300 - 400 gram ia adalah satu nilai jualan yang agak lumayan. Kalau dikaji kenapa harganya mahal memang logik kerana nanas ini dibawa melalui kargo udara (air freight) untuk kekal kesegarannya apabila dijual di hypermarket. Nanas ini juga dibalut dengan plastik nipis mungkin bagi mengekalkan. Nanas ini ditulis Babypineapple Afrika dengan selalunya akan digunakan sama seperti nanas biasa yang lain untuk makan segar dan dijadikan buah-buahan potong campuran dengan buah lain.Bagaimana pun nanas babypineapple ini didapati lebih manis dan lembut teksturnya. Disudut lain nanas ini digunakan sebagai satu bahan campuran antara nanas dengan pisang, nanas dengan air kelapa dan beberapa jenis buah lain lagi dan didapati memang enak meminumnya. Ada juga nanas jenis ini dimakan bersama aiskerim dan dijadikan bahan masakkan bersama daging untuk memberikan rasa masam manis. Memang resepi untuk makan nanas mini ini pelbagai bergantung kepada kehendak pengguna sendiri. Pengalaman penulis membuat tinjauan pasaran nanas di sini mendapati memang ada potensi tinggi untuk pasaran semua jenis nanas jika boleh bersaing dengan harga dan sebagainya. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BABYPINEAPPLE.... AFRIKA ASALNYA....
PASARAYA LULU DUBAI...ADA DISANA...
BUAHNYA KECIL...MAHAL HARGANYA...
ADA PELANGGAN... POTENSI DIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room Suite No 109, 
DoubleTree Hilton, Al Barsha,
Dubai, UAE.
(30 September 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...