Support My Blog

Saturday, October 13, 2018

SAYUR SALAD MERBAHAYA

MENGEJUTKAN RAMAI apabila Kementerian Kesihatan telah mengarahkan supaya diberhentikan penjualan salad tercemar jenis Iceberg Lettuce dipasaran (Sila lihat foto diatas). Ini kerana penjualan produk ‘iceberg lettuce’ yang sebelum ini telah dilarang pihak berkuasa Singapura (Agriculture and Veterinary Authority - AVA) kerana dicemari bahan kimia iaitu Fipronil sudah dihentikan serta merta dinegara tersebut sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kepada media dimana produk yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh itu kini ditarik balik daripada pasaran secara sukarela oleh syarikat pengeluar. Pengguna yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan supaya tidak memakannya. Kenyataan itu susulan tindakan Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) mengarahkan produk salad keluaran Malaysia itu ditarik balik daripada pasaran Singapura kerana tercemar dengan bahan kimia fipronil. Dalam pada itu penulis blog merujuk Jabatan Pertanian dimana Racun Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilannya pada paras tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan mangsa akan mengalami masaalah kesihtan seperti akan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan otot. Seterusnya Dr Noor Hisham dakwa hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari tahun 2017 sehingga Julai 2018 terdapat sebanyak 5,297 sampel sayuran dan buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis. Hasil analisis itu mendapati sebanyak 97 produk atau 1.8 peratus sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan. Artikel ini melaporkan isu terkini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai laporan media yang viral mengenai pengharaman penjualan dan pengeksportan sayur salagd yang mempunyai paras residu racun merbahaya.


Pihak Kemterian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. Dibawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 ada peraturan yang menetapkan bahawa pengeluar atau penyedia makanan yang di dalamnya terdapat bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah kesalahan dan jika disabit boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Kini para pengguna adalah dinasihatkan berhati-hati jika terbeli Salad ‘Iceberg Lettuce’ dan dinasihatkan agar jangan terus makan sebelum disahkan selamat.  Khas buat wanita yang sedang berdiet atau para surirumah yang selalu membeli salad jenis ‘Iceberg Lettuce’ ini diingatkan agar berhati-hati sebab baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ada mengarahkan penjualan produk ‘iceberg lettuce’ yang mana sebelum ini dilarang pihak berkuasa Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil telah dihentikan serta merta iaitu jenama Vege 2 Fresh (Sila lihat foto disebelah). Produk yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh itu kini ditarik balik dari pasaran secara sukarela oleh syarikat pengeluar. Pengguna yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan supaya tidak memakannya kerana didakwa telah dcemari bahan racun Fiproni iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.


Laporan BERNAMA bertajuk "KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta merta" pada 6 Oktober 2016 menyatakan dimana produk salad ini dikesan tercemar dengan bahan kimia Fipronil, iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Berita dari Kuala Lumpur menyatakan dimana  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia fipronil, dan meminta pihak syarikat menghentikan penjualannya serta merta. "Laporan tersebut menyatakan pihak AVA mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil. "Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan juga kekejangan," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan seterusnya iaitu penguatkuasaan telah dijalankan. Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan.


Seterusnya BERNAMA pada 7 Oktober 2018 sekali lagi dengan tajuk "Singapura larang import sejenis salad dari Malaysia kerana dicemari racun serangga" dimana  produk salad ini dikesan tercemar dengan bahan kimia Fipronil iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.  Berita yang dipetik dari Singapura itu menyatakan dimana Pihak  penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimportan hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilkan Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times pada Sabtu. Pada 4 Oktober 2018 AVA telah mengarahkan pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia. Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini. Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut. Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan.


Dalam portal akhbar Utusan Online pada 8 Oktober 2018 lain bertajuk "Salad beracun: Jangan ‘bunuh’ peluang untuk eksport"  dipetik di Kluang dimana para petani diingatkan agar tidak mengambil jalan singkat dengan menggunakan racun yang berlebihan bagi mengekalkan kualiti produk sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata tindakan sedemikian juga mampu membunuh peluang eksport barangan pertanian lain ke negara luar jika tidak dibendung. “Tindakan Singapura (menarik balik salad) itu kita tidak boleh pertahankan produk-produk (petani) kita yang melanggari tahap racun yang diizinkan, kerana kita juga akan ambil tindakan sama sekiranya mana-mana produk pertanian dari luar negara yang diimport melanggari peraturan itu. “Mengambil pengajaran itu saya rasa jangan kita ambil jalan singkat untuk nak cantikkan produk sehingga kita guna racun yang berlebihan, harap petani-petani kita lebih berwaspada dan cermat pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Hari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor 2018 di sini, sebentar tadi. Dalam majlis tersebut turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sallehuddin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor. Salahuddin mengulas berkaitan penarikan semula produk salad Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dieksport ke Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil yang turut dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh.  


Berita yang sama dipetik dari akhbar lain bertajuk "Sayur salad jenama Pasar dan Iceberg ditarik balik" dilaporkan pada 5 Oktober 2018. AVA Singapura dilapor telah mengesan paras racun serangga yang tinggi dalam produk-produk yang diimport dari Malaysia itu. SAYUR salad yang ditanam di Malaysia dan dijual di NTUC FairPrice dan pasar raya Sheng Siong di bawah jenama Pasar dan Iceberg ditarik balik selepas Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) mengesan paras racun serangga yang tinggi dalam produk tersebut. Dalam satu kenyataan semalam, AVA berkata sayur salad tersebut diimport dari ladang Malaysia oleh Go Fresh Impex.  FairPrice mengesahkan bahawa produk tersebut ditarik balik hari ini dan berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mendapati sesuatu yang luar biasa dalam produk tersebut dan telah merujuk kepada AVA untuk ujian makmal. Hasil ujian tersebut mengesahkan daripada pemerhatian kami dan mendedahkan bahawa produk itu mengandungi paras racun serangga yang lebih tinggi daripada yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu.  Mana-mana pelanggan yang membeli produk tersebut di Fairprice dari 28 September hingga semalam (4 Oktober 2018) boleh meminta untuk dikembalikan wang dengan penuh dari mana-mana cawangan Farirpice Khamis depan (11 Oktober). Resit tidak diperlukan. Mereka juga boleh hubungi talian daripada pelanggan pasaraya tersebut di 6552-2722. Semuga artikel ini memberi info kepada pengguna dan peringatan kepada petani atau pengeluaran sayuran salad ini. Diharap artikel anim agro technology ini memberi infi berguna. Wasallam!!!..

NAMA SALAD... ICEBERG LETTUCE DIA...
DI TANAM DIJUAL... DALAM NEGARA...
DIEKSPORT PULA... HINGGA SINGAPURA...
AMARAN RACUN... ELAKKAN MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1055, Hotel Mariott Putrajaya,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 Muharram 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...