Support My Blog

Wednesday, October 17, 2018

BUAH NONA - UBATI PENYAKIT?

KUMPULAN BUAH NONA (Annona spp) mempunyai 3 panggilan iaitu jenis buah yang natif daripada Amerika Tengah dikenali sebagai Annona squamosa atau Annona muricata (Durian belanda- Soursop/ Sweetsop) dimana di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Buah Sri Kaya dan di Malaysia ia selalu dipanggil sebagai Buah Nona Kapri. Ia merupakan jenis buah yang dipercayai natif dari Banjaran Andes iaitu Cherimoya (Annona cherimola) dan juga kacukan antara keduanya iaitu (Annona squamosa x Annona cherimola). Buah ini adalah didalam keluarga Annonaceae yang kurang popular di Malaysia tetapi amat popular dinegara-negara Amerika Selatan sebgai buah yang diminati ramai. Terdapat sebanyak lebih dari 100 spesis tumbuhan ini dimana selalu kebanyakannya adalah natif dari kawasan Tropika Amerika. Kita di Malaysia cuma kenal dengan Durian Belanda (Soursop) dan Buah Nona Kapri yang merupakan buah yang kurang ditanam oleh petani. Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersilkan? Kenapa tidak ramai yang teringin untuk menanam buah ini?. Di mana di negara kita buah ini banyak ditanam dan dimana kita hendak membeli atau mendapatkan buah ini?. Banyak persoalan yang boleh kita utarakan mengenai buah Anona ini. Biasanya penulis blog pergi ke Pameran HPPNK atau MAHA dimana disini ada dipemerkan malahan ada penjualan buan nona ini. Memang dipasar buah pun hanya sesekali ada menjual buan nona walau pun kuantitinya kurang. Pada saya buah nona memang unik dan eksotik. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis penyakit tanaman buah nona ini yang mungikn menjadi sebab kenapa orang Malaysia tidak suka menanam pokok tersebut untuk bacaan anda pengikut blog setia. Diterangkan juga akan khasiat dan bagaimana buah nona ini mengubati penyakit seperti didakwa oleh ramai yang membuat testimoni.


Saintis telah kenalpasti dimana terdapat 8 jenis penyakit yang menyerang tanaman Annona ini dimana dilaporkan sebahagiannya adalah serius dan boleh menyebabkan pokok mati jika tidak dikawal. Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik dari peringkat awal akan mengecewakan petani. Penyakit tersebut adalah seperti Penyakit Antraknos dimana penyakit ini disebabkan oleh kulat dinamakan sebagai Collectotricum gloeoporioides yang menyerang bahagian bunga, daun dan buah Annona dimana ia merupakan penyakit paling serius dikawasan yang mempunyai taburan hujan yang tinggi dan kawasan lembap seperti di Malaysia. Serangan penyakit ini menyebabkan reput dahan (Twig dieback), keguguran daun dan juga akan berlaku keguguran bunga serta juga keguguran buah. Jika menyerang buah yang matang akan kelihatan lendir yang berwarna hitam pada buah. Jenis Penyakit lain adalah seperti Reput Akar Armilaria, Layu Bakteria, Kanker Hitam Diplodia, Kanker Hitam, Purple Blotch yang disebabkan oleh patogen iaitu Phythopthora palmivora yang menyerang pokok annona, Kulat berkarat dan juga Reput Buah juga berlaku dimana penyakit reput buah annona adalah sering berlaku akibat serangan kulat dan serangan serangga. Kawalan penyakit ini perlu dilakukan dengan pendekatan Kawalan Perosak Bersepadu (APB) atau IPM iaitu dengan menggabungkan semua 6 kaedah kawalan untuk mengawalnya. Penggunaan racun kimia hanya salah satu pilihan terakhir dalam kawalan semua penyakit tanaman nona atau srikaya seteah usaha lain dijalankan. Penggunaan benih tanaman yang tahan serangan penyakit merupakan satu faktur penting semasa memilih benih tanaman. Amalan agronomi baik membolehkan tumbuhan ini akan tahan dengan serangan penyakit diatas.

Dalam pada itu perlu di ketahui juga buah annona atau buah Srikaya ini disebut juga buah nona kerana sebahagian besar dari masyarakat tempatan terutama di Indonesia dan Malaysia yang kenal akan buah ini. Terdapat beberapa kegunaan yang mana semua harus ketahui dimana bahagian yang sangat bermanfaat bagi mengubati penyakit atau menambah tahap kesihatan pengguna. Ia juga boleh dimanafaatkan sebagai bahan untuk menambah kecantikan dan bahan komestik. Penulis blog akan terangkan mengai perkara ini selanjutnya. Pertama adalah Bahagian DAUN dimana daun annona ini didakwa memiliki kandungan yang mana walau pun rasanya pahit dan sangat kelat tetapi berkhasiat jua. Perkara ini merupakan temuan kajian dari beberapa ujicuba dan testimoni rwponden atau pesakit. Hasil kajian juga menyatakan sering digunakan untuk mengubati rheumatik, batuk, demam , diare , masaalah cacing dan beberapa masaalah kesihatan lain. Cara mengunnakannya dengan mengambil daun Annona kemudian di kisar dan di minum airnya atau merebus dahulu kemudian meminum airnya. Ia juga sama dengan penggunaan daun durian belanda yang diambil untuk tujuan mengubati penyakit yang dinyatakan diatas. Bahagian yang paling selalu ditunggu daripada pokok nona ini adalah ISI BUAH NONA. Buah Nona atau Buah Srikaya yang masih muda didakwa kaya dengan zat dikenali sebagai Tannin yang mana ia adalah zat sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan untuk mengubati masaalah cirit birit. Buah ini juga mampu untuk memningkatkan sistem pencernaan seseorang yang mengambilnya. Seterusnya adalah bahagian BIJI BUAH NONA. Biji pada buah anona ini sangat berguna untuk mengawal sistem pencernaan, anthemintik, abrtivum dan juga biji tersebut amat berkesan untuk pembasmi serangga. Bagaimana pun perkara ini masih jarang digunakan atau dilakukan kerana tidak banyak lagi kajian klinikal dilakukan untuk mengesahkan dakwaan ini. Apa pun dilaporkan kebanyakkan bahan hasilan organik yang dipersijilkan MyORGANIC memang ada jaminan kualiti organik berbanding produk konvensional.


Bahagian seterusnya adalah AKAR POKOK NONA. Ini kerana ada dakwaan dimana Akar anona didakwa memiliki banyak kandungan unsur seperti borneol, flavonoida, camphor alkoloid dan lainnya. Perkara ini juga akan menyebabkan akar tumbuhan ini sesuai digunakan sebagai anti radang, mampu untuk mengurangkan tekanan (anti depresion), menagatsi masaalah sembelit dan penyakit sakit dalam tulang. Walau pun kajian lanjut belum ada kepastian tetapi pengamal perubatan alternatif menyatakan ianya berkesan. Bahagian seterusnya adalah KULIT BUAH NONA. Kulit pada bahagian ini biasanya di gunakan sebagai ubat cirit birit dan juga mampu mengubati bekas luka. Ini kerana didalam kulit kayu ini ia memiliki bahan berguna iaitu Borneol, Flavonoid, Camphor dan lainnya. Bahan ini membantu seseorang yang memakannya untuk menikmati kesanbaiknya. Bahagian-bahagian lain daripada tumbuhan ini seperti bahagian bunga masih belum ada sebarang testimoni mengenainya. Antara kegunaan tumbuhan ini adal dakwaan dimana ia mampu mengatasi masaalah Diabetes atau kencing manis. Ini kerana ujud kandungan bahan Magnesium yang tinggi didalam dalam buah srikaya atau buah nona ini. Perkara ini didakwa akan dapat mengurangi risiko peningkatan diabetes. Kandungan rendahnya magnesium dalam indivdu pengidap diabetis menyebabkan proses pembentukan insulin kurang. Bagamana pun jika mereka makan buah nona maka pengeluaran insulin dalam tubuh menjadi lebih tinggi. Sebaiknya mereka ini memakan buah nona secara rutin. Kehebatan buah nina kedua adalah dimana ia mampu mengatasi Penyakit LELAH atau ASMA. Ini kerana didakwa kandungan Vitamin B6 ini ternyata dapat membuat asma dan juga sesak nafas dapat diatasi. Perkara dan masalah asma ini berlaku kerana ada masaalah radangan di organ paru-paru yang dapat mendorong terjadinya asma. Penulis yang dahulu ada masaalah asma telah lega kerana ia tidak berlaku lagi semenjak berbelas tahun dulu.

Dalam mengetahui akan kehebatan buah nona ini apa yang penulis blog dapati ada dakwaan dimana makan buah nona akan mencegah Serangan Penyakit Jantung. Dipercayai dimana kandungan bahan Magnesium didalam buah nona atau buah srikaya ini mamou didalam mengawal masaalah seragan Penyakit Jantung. Dalam banyak testimoni mereka yan makan buah nona secara rutin amat kurang akan risiko serangan sakit jantung. Buah nona juga didkwa sangat bagus diambil oleh wanita hamil. Ini disebabkan kandungan zat permakanan atau nutrisi yang tinggi vitamin ternyata mampu membantu pertumbuhan janin pada fasa iaitu perkembangan proses bayi. Apa yang berlaku dimana buah nina ini mampu mempertahankan tubuh badab dan sistem kekebalan pada janin. Terkenal sebagai buah yang enak dimakan, buah nona amat bagus untuk Sistem Pencernaan. Kandungan bahan serat yang sangat lah tinggi dapat membantu melancarkan pencernaan yang mengalami pencernaan yang tidak bagus . hal ini dapat di atasi dengan cara mengonsumsi srikaya ini secara bersekala. Buah ini juga akan mengawal tekanan darah kerana ada kandungan bahan Potagen dan mineral magnesium dalam buah nona ini didakwa mampu membuat dan mengawal tekanan darah agar menjadi normal. Buah nona didakwa mampu untuk menurunkan kadar kolesterol sebab bahan Niasin yang terdapat dalam buah ini. Niasin adalah bahan yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Akhir sekali kehebatan buah nona adalah untuk mengubati Anemia kerana kandungan zat besi. Kadungan Ferum dalam buah ini berfungsi sebagai stimulan iaitu bahan dikenali dengan nama Ekpektoran dan Haematnic yang dapat mencegah dan mengatasi serta mengubati masaalah penyakit anemia. Diharap rencana ini memberi sedikit info kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BUAH NONA, SRI KAYA...BANYAK GUNA...
SUKAR DIBELI...MENANAM PUN LAMA...
BANYAK KHASIAT...PENGGUNA DAKWA...
CARI INFO... PENULIS BUAT RENCANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 630, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(27 Ramadan 1438H)
Posted from Room 801, Grand Alora Hotel,
Alor Setar, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...