Support My Blog

Monday, October 15, 2018

HARUMANIS DI JOHOR - SATU REALITI?

MANGGA VARIETI HARUMNIS (Mangifera indica) adalah merupakan satu varieti tanaman mangga popular ditanam dan berbuah dengan sangat baik di negeri utara Semenjung Malaysia terutama Perlis. Mangga Harumanis (MA128) yang didaftarkan di Malaysia merupakan janis mangga premium yang enak dengan aromanya dan kemanisannya. Kajian dan pemerhatian terhadap mangga varieti ini juga menunjukkan pengeluaran hasil dan dan kualitinya yang baik mejadikan ia satu fenomena yang luar biasa apabila tiba musimnya. Ada yang berkunjung ke Perlis semata-mata untuk melancong sambil ingin mendapatkan buah mangga harumanis pada musim pengeluarannya. Penulis blog salah seorang yang mana hampir setiap tahun akan mengadakan lawatan ke utara bertujuan mendapatkan buah mangga ini walau pun harganya tidak semurah macam dahulu. Perlis yang mana ia mempunyai keupayaan agro-iklim dan kesesuaian tanah serta sikap petani yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian menjadikan mangga harumanis menjadi ikon utama negeri tersebut.  Selain di Perlis dilaporkan tanaman mangga harumanis juga sesuai dan berprestasi dengan baik di Kedah mampu menghasilkan kualiti buah yang baik walau tidak sehebat negeri Perlis. Faktur iklim dan kemarau yang ujud pada Perlis dan Kedah ini membolehkan ia terus diusahakan dan mendapat galakkan daripada pihak kerajaan. Pusat Pertanian Bukit Bintang di Perlis menjadi Pusat Pertanian yang terbaik untuk dijadikan pusat rujukkan teknologi mangga diselia oleh Jabatan Pertanian. Penghasilan mangga harumanis ini membolehkan buah ini apabila tiba musim akan dihantar kebeberapa negeri lain untuk pasaran melalui Jabatan dan agensi serta pihak swasta lain. Memang apabila musim harumanis tiba, ramai akan tersenyum bila makan dan menikmatinya. Bagaimana pun kini kajian te;ah dijalankan oleh pihak MARDI dan pemerhatian telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian mengenai bagaimana sebuah ladang di Selatan Semenanjung Malaysia khususnya di Tg Sedeli, Johor berjaya menghasilkan mangga harumanis dengan jayanya. Artikel malam Ahad ini saya meulis dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' mengenai kejayaan sebuah ladang di Johor yang mampu menanam da juga menghasilkan mangga harumanis.

Sejak beberapa tahun lalu sebuan kebun mangga harumanis di Kg Seri Gading, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor oleh Samat Yahya memberikan hasil. Kebun ini yang terletak sekitar jarak 400 meter daripada kawasan perairan Laut China Selatan membolehkan pokok harum manis yang ditanam dan dijaga bik ini berbunga dan juga memberikan hasil buah harumanis (Sila lihat foto disebelah). Kebun mangga seluas 0.68 hektar ini ditanam dengan 96 pokok mangga dengan jarak tanaman 4m x 4m yang kini telah berusia 12 tahun. Pokok yang ditanam pada tahun 2006 ini menggunakan benih yang dibeli daripada pembekal swasta di Muar, Johor dengan khidmat nasihat diterima daripada Jabatan Pertanian. Kawasan tanaman adalah daripada tanah berpasir yang dahulunya adalah bekas lopak air laut yang telah surut. Pokok mangga disini telah mula berbunga dan berbuah pada tahun ke 4 penanaman dimana terkini direkodkan En Samat purata hasil buah harumanis dari kebunnya sekitar 4 - 5 tan setiap tahun. Di lihat pada rekod ladang beliau dilaporkan dimana purata penghasilan sepokok pada pokok berusia 8 - 10 tahun adalah sebanyak 180 biji. Apabila ditimbang didapai purata berat buah yang dicpai adalah sekitar 450 - 470 gram sebiji (kecil sedikit daripada purata buah yang dihasilkan pada pokok yang sama umurnya di Perlis). Isinya mempunyai warna dan aroma yang setanding dengan harumanis di Perlis.


Daripada pemerhatian penulis di kebun mendapati marfologi pokok dan buahnya juga menyerupai dengan pokok yang sama di Perlis. Marfologi pokok dalah tulen dengan bentuk daun, buah, warna tekstur isi dan lain-lainya menyamai dengan harumanis di Perlis (Sila lihat foto disebelah). Perbezaan sedikit adalah dimana buah harumanis di Tg Sedeli ini biasanya akan matang untuk dituai pada bulan JUN sehingga JULAI dimana ada kaitan dengan faktur kesesuaian iklim dikawasan ini. Penulis blog telah membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian semasa bertugas di Jabatan Pertanian Johor selama 14 tahun dimana beberapa lokasi di Negeri Johor termasuk di Kota Tinggi dan Daerah Mersing jatuh dibawah kawasan penanaman mangga mengikut klasifikasi ''Agro Climatic Fruit Zone Mapping''. Kawasan di Tg Sedeli ini unik berbanding dengan daerah lain di Johor kerana ia lazimnya mempunyai musim kemarau sekitar bulan Feb-Mac setiap tahun. Sekitar tahun 1980'an ada usaha menanam mangga harumanis dikawasan ladang luas di KEJORA tetapi projek ini gagal memberikan hasil lumayan dan bermasaalah masa itu dan kawasan ditukar tanaman kepada kelapa sawit. Beza nyata di ladang ini kerana ia ditanam diatas tanam mineral beralun dengan peratus ''fruit set'' yang sangat rendah. Ia berbeza dengan tanah di Tg Sedeli yang berpasir dan panas yang membolehkan harumanis di selatan tanah air terbukti boleh memberikan hasil.


Bagaimana pun menurut En Samat apa yang penting dalam pengurusan tanaman harumanis dikebunnya adalah amalan agronomi tanaman yang betul. Amalan pengurusan tanaman termasuk cara buat cantasan pokok, pembajaan dan paling penting adalah pengurusan pengeluaran bunga, pucuk dan buah. Pokok harumanis ini mencapai kadar pembunggaan mencecah 90% sepokok dan akhirnya buah berhasil dituai (Sila lihat foto disebelah). Kajian dimakmal didapati kualiti buah adalah gred baik dimana pada bacaan meter pepejal larut (TSS) ia mencapai kemanisan 18.5 - 19.8 darjah Brix. Dari segi aroma dan tekstur juga didapati lebih baik daripada buah yang sama diutara tanah air.  Kadar serangan perosak dan penyakit dengan kaedah pengurusan baru membolehkan berada pada peratusan kerosakkan yang amat rendah. Dijangka dengan cara pengamalan teknilogi baik dijangka tanaman mangga harumanis di Tg Sedeli, Kota Tinggi, Johor ini akan mampu meberikan buah diantara 8 - 10 metrik tan semusim. Buat masa ini tidak ada masaalah pemasaran dihadapi oleh En Samat malahan apabila sudah berbunga sudah ramai penduduk tempatan sekitar kampong dan di Bandar Kota Tinngi akan datang kekebunnya untuk mendapatkan buah harumanis segar yang dihasilkan. Harga ladang biasanya adalah diantara RM 12 - RM25 sekilogram bergantung kepada gred buah.  Usaha En Samat dari Sedili di Selatan Semenanjung Malaysia ini boleh dijadikan contoh oleh petani lain disekitarnya memajukan penanaman mangga harumanis yang selama ini sinonim dengan buah di tanam di utara sahaja. Semuga tulisan ini memberi info berguna dalam anim agro technology untuk bahan bacaan anda. Wasallam!!..

MANGGA HARUMANIS ... DIPERLIS ADA...
BUAH BERMUSIM... MEI - JUN MUSIMNYA...
BERBAU HARUM ... MANIS SEKALI RASANYA....
DI NEGERI JOHOR... ADA POTENSINYA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 Safar 1449H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...