Support My Blog

Tuesday, October 23, 2018

PEMBIAKAN MESTA - CARA KERATAN MIKRO

MESTA (Garcinia mangostana L.) merupakan sejenis buah tropika yang hampir sama dengan buah manggis. Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Mesta dalam blog ini untuk dikongsi dengan pembaca semua (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) (Sila klik disini), (Sila klik disini)  dan beberapa lagi. Tanaman Mesta ini pada penulis blog merupakan satu aktiviti yang popular terutama untuk petani di Pahang. Penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang memang sering membuat pemantauan tanaman mesta ini bertujuan untuk manjadikannya ia setanding dengan buah bernilai komersil yang lain. Mengenai buah Mesta apa yang penulis blog teliti merupakan satu daripada varian manggis yang mempunyaai rasa lebih enak dengan isi yang kurang berair dimana ia juga mempunyai jangkahayat penyimpanan lebih lama daripada buah manggis biasa. Tinjauan penulis mendapati mesta ini telah ditanam sekitar 30-40 tahun dahulu oleh petani di Pahang khususnya di Maran, Temerloh dan Kuantan sebagai tanaman keliling rumah atau ada yang monokrop. Rekod Jabatan Pertanian Pahang menunjukkan keluasan tanaman mesta sekitar 90 - 110 hektar pada tahun 2017 berbanding dengan keluasan tanaman Manggis di Malaysia seluas 6,200 hektar. Apa yang unik mengenai buah mesta adalah ia hanya didapati di Pahang sahaja dan negeri-negeri lain kurang tahu atau mengenali buah mesta kecuali di Kelantan ia dipanggil 'seta' dan beberapa lokasi di Terengganu. Ini disebabkan oleh kerana amat sukar untuk mendapatkan bekalan benis mesta secara semulajadi. Lazimnya mesta seperti juga manggis akan dibiakkan dengan menggunakan biji benih yang disemai dalam polibeg dan ditanam apabila cukup kriteria saiz dan umurnya. Penelitian penulis dengan penanam mesta komersil di Maran iaitu Encik Shuib ada mendapati biji mesta amat sukar diperolehi dimana hanya ada sebiji benih yang boleh bercambah daripada enam biji dari sebanyak 10 biji buah mesta. Perkara ini membuatkan amat sukar mendapatkan benih mesta dan kalau ada pun harganya memang lebih tinggi daripada benih manggis atau buah-buahan lain. Artikel subuh ini dari Hotel Mariot Putrajaya saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah pembiakan benih mesta dengan teknologi Keratan Mikro hasil membuat rujukan buku Agromedia MARDI dan pengalaman penulis blog dilapangan. 


Teknologi Pembiakan Mikro Mesta telah dibangunkan oleh saintis MARDI dimana dari artikel yang ditulis oleh Ab Kahar Sandrang (Classmate Penulis Blog) dan menyatakan bagi mengatasi masaalah kekurangan benih mesta kaedah ini dibangunkan. Pada asasnya teknologi ini merupakan kaedah keratan batang dengan cara menggunakan bahan daripada benih mesta yang muda (juvenile stage) yang masih lembut (Sila lihat foto disebelah). Cara biasa dengan menyemai biji mesta matang terpilih untuk dijadikan pokok induk seperti biasa. Bagaimana pun anakbenih yang berumur 3 bulan atau ia mempunyai dua node diambil dan sedia untuk dibuat keratan. Setelah keratan diambil maka tunas baharu akan keluar pada sisi daun atau akan tumbuh dan apabila tunas tersebut telah mempunyai 2 node ia sudah sedia untuk dilakukan keratan sekali lagi. Wow! itu rupanya rahsia untuk membuat keratan mikro. Setelah keratannya diambil sebanyak 2-3 kali sebaiknya pokok tadi dibesarkan seperti kaedah lazimnya iaitu cara menyemai benih mesta untuk jadi anakbenih yang sesuai ditanam di ladang. Apa pun beberapa peralatan asas seperti pisau dan kemahiran serta kefahaman petani diperlukan.


Anakbenih daripada teknologi keratan mikro perlu dikerat dengan ada daunnya ditinggal padanya (Sila lihat foto disebelah dan foto paling bawah). Keratan ini kemudian di semai diatas tapak semaian dengan membuat lubang menggunakan kayu kecil dalam barisan sebelum keratan tersebut diatas medium dan dipadatkan tanahnya. Pastikan disiram selalu dan benih tersebut akan sedia untuk dialihkan keladang selepas 15 - 18 bulan didalam polibeg. Kajian lanjut dilakukan dnegan membuat keratan benih mesta dengan menggunakan satu node sahaja iaitu semasa daun masih muda berwarna merah kehijauan tetapi didapati kadar pertumbuhannya amat lambat berbanding dengan dua daun atau dua node. Keratan ini mesti di tanam dalam sistem pembiakan kapilari tertutup (CCPS) atau Close Capilary Propogation System. CCPS dibuat dengan menggunakan media campuran pasir dan peat dan terlindung serta ada sistem pengairan. Kajian menunjukkan akar akan keluar pada minggu ke 4 dan dipindahkan kepada polibeg pada minggu ke 6. Anak pokok dalam polibeg boleh dipindahkan setelah 15 - 18 bulan dalam semaian.


Kajian pokok yang dibiakkan dengan teknologi keratan mikro ini dilaporkan mempunyai sistem pengakaran lebih baik berbanding dengan pokok daripada biji benih biasa. Ini kerana ia mempunyai akar serabut yang lebih banyak dan berfungsi untuk menyerap air dan nutrien dimana ini menyebabkan kadar pertumbuhan pokok dari keratan mikro lebih cepat berbanding dengan benih biasa. Teknik ini merupakan satu teknik yang efisien dalam meningkatkan pengeluaran anakbenih mesta dilapangan. Sebagai pengiraan mudah, penulis blog diberitahun jika ada 1,000 biji benih mesta yang bercambah ia mampu untuk menghasilkan 1,000 anakbenih mesta secara konvesional biasa tetapi teknologi keratan mikro ia mampu untuk mengeluarkan sebanyak 5,000 anak benih (5 kali ganda) dalam masa 24 bulan. WOW! ini merupakan satu peluang perniagaan yang baik!. Ia boleh dilakukan sepanjang masa jika ada stok beiji benih simpanan sepanjang tahun. Penulis blog memang suka memetik dan makan buah mesta yang ditanam oleh En Shuib di Maran semasa beberapa kali membuat lawatan kekebun beliau dan berkongsi maklumat mengenai tanaman mesta (Sila lihat foto disebelah). Beliau kini memperluaskan tanaman mesta dikawasan lain di Maran dan Temerloh kerana harga diterim beliau adalah amat baik untuk pasaran domestik dan eksport terutama ke Singapura. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MACAM MANGGIS ... TAPI BUAH MESTA...
DI NEGERI PAHANG... BANYAK POKOKNYA...
MENCARI BENIH.... MEMANG SUKAR DIA...
TEKNOLOGI KERATAN MIKRO...SUDAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Grand Alora Hotel,
Jalan Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(14 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...