KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 24, 2016

MESTA - MENCARI BENIH MESTA?

BENIH MESTA (Garcinia mangostana) kini telah mendapat permintaan baik dikalangan petani kerana potensi tanaman ini adalah bolen memberikan keuntungan jika diusahakan dengan baik. Bagaimanakah cara menyediakan benih mesta?. Dari mana kita boleh membeli benih mesta yang tulin?. Apakah jenis benih mesta terbaik untuk ditanam?. Berapa harga benih mesta dipasaran?. Adakah benar biji mesta amat sukar diperolehi daripada buah mesta yang masak atau dijual di gerai?. Mana leih baik diantara benih asal yang dikutip dibawah pokok mesta dengan benih cantum daripada pokok penanti manggis?. Persoalan ini banyak ditanya kepada penulis dalam beberapa perjumpaan dengan rakan-rakan facebook dan rakan whatapps. Ini berlaku setelah banyak artikel mengenai penanaman buah mesta yang menunjukkan bahawa tanaman ini mampu memberikan pendapatan baik dengan harga ladang pada tahun 2016 ini diantara RM6.00 - RM7.00 sekilogram. Cuaca yang panas berpanjangan pada tahun ini telah memberikan keadaan yang ideal untuk buah mesta dipetik dimana lebih 90% mendapat gred A dikebun yang penulis buat tinjauan. Agak sukar sebenarnya untuk membeli benih buah mesta yang tulin dan berkualiti. Ini kerana apa yang penulis teliti buah mesta amat jarang mempunyai biji yang boleh digunakan untuk disemai semula. Daripada 6-7 pangsa isi manggis, kadang-kadang hanya ada 1 - 2 biji sahaja biji mesta atau isi buah tersebut terus kesep. Dalam 3-4 biji buah mesta kadang-kadang hanya dapat 1-2 biji sahaja yang sesuai untuk disemai. Apa pun artikel petang Jumaat sempena cuti rehat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai benih mesta dan potensi untuk dikomersilkan.


Tinjauan penulis dalam ladang mesta En Shuib di Maran, Pahang beberapa kali meninjau bagaimana mendapatkan benih mesta berkualiti. Semasa musim berbuah ada banyak buah mesta yang jatuh gugur diatas tanah sama ada buah muda, buah rosak atau buah baik yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Jika berlaku hujan ribut dan tiupan angin kuat juga menyebabkan buah mesta akan gugur diatas tanah. Selepas musim memetik habis lazimnya masih terdapat buah mesta yang tersembunyi dicelah-celah daun akan masak ranum dan kemudian ia akan gugur ketanah. Buah inilah yang dipercayai akan mengeluarkan biji yang akhirnya bercambah dibawah pokok. Bergantung kepada penjagaan kebun, kualiti buah, umur pokok dan sanitasi ladang maka ia bercambah dengan banyak. Jika dibiarkan maka biji daripada buah mesta yang jatuh diatas tanah akan tumbuh sendiri setelah tiba masa sesuai dan waktunya. Kebun mesta yang baik mempunyai lapisan daun kering yang tebal membolehkan ia melindungi buah mesta yang gugur ini dimana bijinya kemudian akan bercambah. Pokok mesta matang dan subur akan mampu menghasilkan antara 5 -10 anakbenih yang tumbuh diatas tanah dan boleh digunakan sebagai sumber anakbenih.


Anakbenih yang tumbuh diatas permukaan tanah dibawah pokok mesta merupakan anakbenih tulis terbaik untuk dijadikan anakbenih (Sila lihat foto disebelah). Ini seperti yang di dakwa En Shuib yang menanam 4 ekar mesta secara monokrop yang telah berbuah dan matang. Pada tahun ini beliau mendapat sekitar 17,000 kg (17 mt) buah mesta daripada 205 pokok mesta yang berbuah. Jika dianalisa dianggarkan purata setiap pokok mampu menghasilkan sekitar 82 kilogram. Jika purata 1 kilogram mesta diantara 8 - 12 biji maka purata bilangan buah yang dihasilkan sekitar 656 - 820 biji. Buah tahun ini agak menjadi berbanding dengan anggaran awal tahun iaitu hanya sekitar 10 metrik tan sahaja. Penggunaan baja organik dengan baja sebatian serta baja foliar mampu meningkatkan pengeluaran hasil mesta tahun 2015 lebih tinggi. Benih mesta yang tumbuh dibawah kanopi pokok mesta ini perlu dicabut dengan teliti daripada atas tanah dan kemudian perlu dialihkan kedalam polibeg semaian yang sesuai. Gunakan alat sesuai ketika mencabut agar akar tidak rosak. Benih ini dipercayai tulin dan sesuai dijadikan anakbenih. Tinjauan mendapati benih jenis ini akan dijual dengan harga sekitar RM16.00 - RM20.00 sepokok. Walau pun kaedah ini kurang praktikal tetapi ia menjamin anakbenih yang tulin dan baik untuk dijadikan bahan tanaman.


Bagaimana pun kaedah mencantum anakbenih mesta boleh dijalankan secara lebih komersil dan praktikal. Buah manggis lazimnya mempunyai banyak biji yang boleh dijadikan sebagai pokok penanti. Semai bijibenih manggis dalam polibeg sehingga ia mencapai ukuran dan saiz  sesuai untuk dijalankan proses cantuman. Pokok penanti ini juga sering digunakan terus sebagai anakbenih manggis dam dijual dipasaran terbuka. Kaedah cantuman anakbenih mesta pada pokok penanti ini boleh menggunakan dua kaedah iaitu Cantuman Sisi dan Cantuman Baji. Cantuman sisi lebih mudah dilakukan dan mempunyai peratus kejayaan lebih baik daripada kaedah cantuman baji. Matatunas daripada pokok induk mesta yang matang dan disahkan tulin boleh diambil untuk dicantumkan dengan pokok penanti. Anak benih yang berjaya dicantum ini juga dijual dengan harga agak tinggi dipasaran. Pada masa ini penulis dapati masih ramai tidak dapat membezakan antara anakbenih pokok mesta dengan anakbenih pokok manggis. Bagaimana pun anda boleh baca artikel penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Kepada mereka yang ingin membeli benih mesta boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian atau nurseri swasta yang telah mendapat pengesahan bahan tanaman melalui skim SPBT. Semuga artikel ini memberi informasi yang berguna kepada anda untuk dibuat rujukkan. Wasallam!!!

SUKAR MENCARI....BENIH MESTA...
BENIH TUMBUH..DIBAWAH SAHAJA...
DIKUTIP SEMUA...POLIBEG DISEDIA...
BENIH DITANAM... BERBUAHLAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Mesta Komersil,
Kg Paya Pasir, Maran,
Pahang, Malaysia.
(18 Zulkaedah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...