Support My Blog

Saturday, August 6, 2016

PISANG - PENYAKIT BUGTOK

PENYAKIT BUGTOK PISANG amat jarang kita dengar di Malaysia tetapi amat popular dikenali di negara jiran iaitu di Filipina. Pisang (Musa spp) merupakan tanaman buah-buahan yang penting di Malaysia sebelum berlaku serangan Penyakit Moko yang mempunyai tanda dan kaedah serangan hampir sama dengan Penyakit Bugtok di Filipina. Penulis pun yang beberapa kali melawat negara Filipina ada mendengar semasa berkursus di SEARCA, Los Banos, Manila serta seminar teknikal beberapa tahun dahulu. Dari rujukan mendapati penyakit Bugtok ini hanya menyerang dua jenis pisang dinegara jiran ini iaitu Varieti Saba dan juga Varieti Cardaba. Penyakit ini disebabkan oleh patogen bakteria dikenali dengan nama Pseodomonas solanacerum. Penyakit ini memberikan simptom serangan sama dengan Penyakit Layu Bakteria (Bacterium wilt) atau Penyakit Moko (Sila lihat foto paling atas dan paling bawah). Nama 'Bugtok' ini dalam bahasa Tagalog di Selatan Filipina merujuk kepada buah pisang yang busuk dan keras walau pun telah masak (Sila lihat foto diatas). Penyakit endemik kultivar pisang yang pernah tersebar diseluruh Filipina ini adalah jenis penyakit disebabkan oleh bakteria. Ia dahulu merupakan sejenis penyakit tidak penting dalam 40 tahun dulu tetapi pada tahun 1965 ia menjadi penyakit yang bahaya pada pisang. Penyakit ini menyebabkan serangan teruk kepada pisang jenis Saba dan Cardaba yang mana ia merupakan jenis pisang untuk dimasak (cooking bananas). Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis penyalit pisang di negara jiran Filipina iaitu Penyakit Bugtok pisang untuk bahan rujukkan.


Penyelidikan mengenai penyakit Bugtok Pisang ini telah dimulakan mulai tahun 1990. Penyakit ini hasil dari kajian tersebut didapati adalah disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Pseudomonas solanacearum E. F. Smith. Bakteria ini boleh di'isolate'kan dari bahagian cairan pada bunga jantung pisang jantan dimana ia akan mengeluarkan 'cairan ooze' pada air jernih. ia juga boleh disampel daripada titisan cairan yang keluar pada cairan iaitu 'ooze' dengan mudah. Bakteria ini adalah jenis 'Gram-negative rod', aerobik, catalase positive, hasilkan hydrogen sulphide. Koloni bakteria akan terbentuk selepas 72 jam selepas inkubasi pada suhu bilik 28 Celsius dalam larutan Tetrazolium chloride dan media agar. Saiz bakteria ini diukur sekitar 0.5-4.5 mm diameter, irregular, convex dan fluidal. Bacterium yang menyerang Bugtok tidak berbeza dengan bakteria yang menyebabkan penyakit Moko pisang. Antara simptom serangan penyakit bugtok yang mudah dikenali adalah hilangnya warna isi buah pisang dan tengah bahagian buah menjadi kosong atau Lopong (Sila lihat foto disebelah). Isinya menjadi lebik seperti bubur apabila serangan pada tahap serius. Ia tidak boleh dimakan atau dijual. Tidak seperti penyakit moko, serangan penyakit bugtok pada pisang tidak dapat dilihat tandanya oleh mereka yang lihat sekali pandang.


Melihat pada bahagian daun, lazimya serangan penyakit bugtok dilihat dimana bahagian daunya masih terus menghijau dan buah kelihatan masih normal (Sila lihat foto disebelah). Apa yang boleh dilihat adalah bungs jantan jantung pisang dimana jika diteliti ia tidak terbuka seperti biasa dan manjadi kering serta akhirnya gugur dan pendebungaan sebenar 'tidak berlaku'. Ini merupakan satu-satunya simptom yang boleh digunakan sama ada pokok pisang  tersebut telah diserang oleh penyakit bugtok betul-betul sihat. Didalam batang pokok pisang apabila dibelah pula jika ada serangan akan ada jalur berwarna kehitanan (streaks). Terdapat warna kecoklatan pada bahagian batang pokok pisang (pseudostem) sehingga kebahagian empulur jika dibelah. Kajian menunjukkan kaedah penyebaran penyakit bugtok dilakukan oleh serangga seperti Kutu Thrips. Kaedah membalut jantung dan bunga jantan pisang dengan plastik merupakan satu cara kawalan yang signifikan. Membalut jantung dan seterusnya tandan pisang didapati sangat membantu mengelakkan serangan bugtok dan cara penyebarannya. Di Filipina penyakit ini sering menyerang pokok pisang ditanam disekeliling rumah di Saba dan juga di Cardaba. Bagaimana pun terkini dilaporkan ia juga Bugtok telah menyerang kawasan lain di Davao seperti di Mundo, Turangkog, Paa Dalaga, Biguihan, Inabaniko dan Java (ABB/BBB genome); Gubao, Katsila, Pelipita, Maduranga, (ABB genome) dan Giant Kalapua (ABBB genome).


Laporan kajian menunjukkan kultivar pisang untuk diproses dari grup ‘B’ atau Genome Musa balbisiana adalah lebih mudah diserang dengan bugtok. Bugtok dikawal dengan cara membalut jantung pisang selepas proses pendebungaan selesai. Jenis beg yang sesuai digunakan seperti beg plastik, Kain muslin, nylon mesh bag. Pembungkus beg ini dibuang selepas buah pisang selesai terbentuk dengan membuang jantung pisang yang masih ada. Kebersihan kebun pisang atau sanitasi amat memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit ini. Daun-daun pisang yang tua dan kering pada pokok pisang perlu dibuang dan dibakar. Menyembur racun serangga pada bunga pisang jantan membantu mengurangkan kadar kehadiran kutu thrips pada tandan pisang dimana kaedah ini merupakan pratik yang lazim diamalkan oleh penanam pisang komersil dan perladangan. Tida ada maklumat terperinci diantara hubungkait penyakit Bugtok dengan Penyakit Moko (disebabkan oleh Bakteria). Sebenarnya jenis serangga yang menyebarkan penyakit bugtok masih belum dapat dipastikan. Kajian lebhlanjut perlu dilakukan utuk mengkaji penyakit ini. Kita di Malaysia perlu sentiasa mengawasi kemungkinam akan kehadiran penyakit ini terutama di Negeri Sabah dimana ia akan boleh merebak klokasi lain di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
PENYAKIT BETIK...ADA DI FILIPINA...
SEAKAN MOKO...ADA TANDA SERUPA...
MEMBALUT BUAH.. ITU KAWALANNYA...
PERLU DIPANTAU...AWAS SENTIASA ...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Projek Tanaman Pisang,
Barangay Meldor,
Cavite State, Philipines.
(Lawatan semasa Mesy NFPWG)
Ditulis pada 2 Zulkaedah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...