Support My Blog

Tuesday, August 2, 2016

PRODUK DARI KELAPA

POKOK KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai guna dimana ia digelar 'Tree of Life'. Ini kerana hampir kesemua bahagian dari pokok kelapa boleh digunakan dan dimanafaatkan seperti daripada bahagian batang, daun, buah, sabut, iai airnya dan sebagainya, Kelapa yang kini menjadi tanaman ke empat (4) terpenting di Malaysia selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi mendapat perhatian pihak berkuasa dengan beberapa program pembangunan tanaman kelapa seperti Program Penanaman Kelapa terutama di kawasan Kluster Kelapa melalui Jabatan Pertanian. Kini penanaman Kelapa Matag (CN13, CN14, CN15) iaitu sejenis kelapa hibrid menjadi penting dimana varieti ini mempunyai potensi hasil yang tinggi jika dijaga dengan baik. Kelapa Matag ini bagaimana pun agak sukar untuk mendapatkan bekalan benih hibrid kerana proses penyediaan benih tersebut agak sukar untuk disediakan. Harga benih kelapa Matag F1 kini mencecah RM40.00 sepokok terutama daripada syarikat UPB. Bagi tujuan penanaman seluas 1 hektar kelapa Matag diperlukan sebanyak 182 pokok bermakna kos untuk benih sahaja dikira sebanyak RM7,280. Penulis difahamkan dimana bekalan benih kelapa matag hanya dikeluarkan oleh beberapa sumber sahaja iaitu Jabatan Pertanian, United Plantation Berhad (UPB) dan NLFCS Estates. Pokok kelapa dewasa akan menghasilkan satu mayang atau satu tandan kelapa setiap bulan bermakna ia akan menghasilkan 12 tandan kelapa dalam setahun. Jumlah biji kelapa setiap tandan akan menjadikan jumlah tuaian buah kelapa setahun. Pokok kelapa menghasilkan pelbagai produk dan kegunaan jika ianya ditanam dengan komersil. Pada masa ini seluas 86,500 hektar tanaman kelapa di Malaysia dianggarkan mampu menghasilkan sekitar 650 juta biji kelapa setahun dan keperluan penggunaan kelapa di negara kita sekitar 750 juta bijii setahun. Penggunaan perkapita buah kelapa di Malaysia adalah 18 biji seorang setahun. Ini bermakna sekitar 100 juta biji kelapa tua diimport untuk menampong kekurangan pengeluaran kelapa tempatan. Terdapat sekitar 18-20 syarikat atau kilang kelapa yang diberi permit (AP) mengimport biji kelapa tua dinegara ini dengan tujuan untuk diproses menjadi produk berasaskan kelapa. Pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dan juga menghasilkan banyak produk. Artikel subuh Ahad ini saya menulis ke 4,065 dalam "Anim Agro Technology" mengenai prosuk kelapa dan kegunaan lain tumbuhan ini.


Pokok Kelapa atau dikenali sebagai 'pokok nyiur' merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan persisiran pantai. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di desa dan di luar bandar yag ditanam secara monokrop atau bercamour dengan pokok lain seperti buah-buahan. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita dimana ia semenjak dahulu merupakan sumber ekonomi yang signifikan dikalangan petani. Terdapat beberapa negara terutama dikawasan pulau-pulau yang menjadikan tanaman kelapa sebagai tanaman utama dan menjadi bahan eksport penting bagi negara tersebut. Sebenarnya hampir setiap bahagian tumbuhan ini boleh digunakan dan ini menjadikan pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna. Mayang kelapa yang ditoreh boleh dikutip manisan nektar yang seterusnya boleh dijadikan air nira dan Gula Melaka (Sila lihat foto aksi disebelah). Air nira yang dituai menggunakan bekas plastik akan dikutip 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dan seterusnya diproses menjadi produk lain. Seterusnya buah kelapa muda yang berumru sekitar 7-8 bulan akan dikutip sebagai 'kelapa muda'. Air kelapa muda kini menjadi satu kompditi penting sebagai minuman isotonik untuk ianya memberikan tenaga dan membuang toksin dalam badan. Air kelapa muda dijadikan pelbagai minuman popular lain seperti 'Coconut Shake' yang menjadi produk komersil ekslusif pada masa ini. Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat kuih-muih dan biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut boleh diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.


Dalam kes lain batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa adalah bahagian kulit buah kelapa yang dikeluarkan semasa menggunakan biji kelapa tua. Sabut kelapa pula boleh dibuat produk seperti tali, produk berus dan bahan api. Tali mengikat kapal laut ada yang diproses daripada sabut kelapa kerana ia adalah tahan. Tempurung kelapa terdapat pada buah kelapa dan merupakan bahan boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Antara hasilan dari tempurung kelapa adalah seperti tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya. Tempurung kelapa yang diproses dengan teknik betul merupakan bahan 'Activated Carbon' yang bernulai tinggi. Produk ini kini dieksport kepada beberapa negara maju terutama untuk dijadikan bahan penting dalam industri permotoran, elektronik dan tapisan air mineral. Kegunaan tempurung kelapa untuk dijadikan bahan bakar juga menjadi semakin penting waktu ini dibeberapa negara yang mempunyai bekalan kelapa yang banyak. Daun pokok kelapa boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat. Daun muda kelapa (Janor) ini dijual dengan harga RM8.00 - RM10.00 untuk 100 helai dimasa bulan puasa untuk dianyam menjadi ketupat. Walau pun kini terdapat ketupat moden yang dibungkus dengan plastik tetapi keaslian ketupa daun kelapa masih manjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain itu selalunya bahagian lidi dari daun kelapa pula boleh diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu lidi kini amat sesuai digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah dan juga beberapa tujuan lain. Lidi kelapa dahulu digunakan sebagai pencucuk sate sebelum penggunakan lidi dari batang buluh yang dijual secara komersil masa kini.


Pokok kelapa merupakan tumbuhan yang berbuah sepanjang tahun. Pokok kelapa juga memberikan sumber kewangan yang penting kepada negara. Kini buah kelapa muda yang dibuang kulitnya untuk dijadikan air buah kelapa muda semakin popular. Salah satu produk tersebut dikenali sebagai 'Kelapa Botak' atau juga dipanggil sebagai 'Kelapa Telur' yang kini amat popular dijual dihypermarket dan dihidangkan dihotel terkemuka. Kelapa Botak disediakan dengan membuang kulit luar buah kelapa dan hanya ditinggalkan isinya sahaja. Alat khas digunakan untuk mengeluarkan isi kelapa botak dengan kemahiran khhusus (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh baca cara membuat kelapa botek dengan membaca artikel yang ditulis sebelum ini (Sila klik disini)Isi kelapa boleh digunakan untuk membuat kuih-muih yang sedap dimana ianya menjadi kuih tradisional yang disukai ramai. Santan kelapa diguna untuk memasak kari, masak lemak, bahan membuat pelbagai jenis kuih dan produk komestik. Selain itu buah kelapa tua akan dikeluarkan isinya dan dijemur untuk dijadikan Kelapa Kopra. Kelapa Kopra merupakan pproduk mentah yang dijadikan bahan eksport beberapa negara dan diproses untuk menjadi minyak masak. Minyak kelapa boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun, menghasilkan produk makanan kesihatan, produk komestik, produk pelbagai industri dan juga dan manjerin. Minyak kelapa adalah diantara jenis minyak makan yang popular selain daripada minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan beberapa jenis mintak masak lain.


Penanaman pokok kelapa bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan orang kampung tetapi memberi peluang kepada orang kampung menubuhkan industri secara kecil-kecilan. Pokok kelapa yang ada dikawasan di kampong-kampung sudah berumumr dan perlu diganti dengan pokok baru menggunakan varieti berhasil tinggi seperti Kelapa Matag. Pokok kelapa tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah termasuk jenis tanah marginal seperti tanah berpasir (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun isu kekurangan benih kelapa matang menyebabkan berlakunya penjualan dan penanaman kelapa Matang F2 dan F3 iaitu benih matag  yang diambil dari pokok kelap matag F1 yang ditanam. Ini merupakan satu kesilapan oleh penjual dan pembeli benih kelapa matag F2/F3 kerana ianya bukan dari jenis kelapa hibrid F1. Benih tersebut lazimnya diambil dan dikutip daripada kebin atau ladang kelapa F1 dan disemai untuk dijual sebegai benih hubrid tulisn. Mereka hanya akan mengetahui bahawa pokok tersebut  bukan F1 setelah ditanam berumur 2-3 tahun dimana hasilnya adalah buukan kelapa matag. Pokok kelapa perlu diteruskan dan diperluaskan penanamanya untuk dijadikan produk akhir bernilai tinggi seperti Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) atau pun ringkasnya VCO. Produk VCO kini dijadikan produk makanan kesihatan yang nilai permintaannya semakin besar. Anda boleh membaca artikel tulisan saya mengenai VCO dalan penulisan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila kjik disini) dan (Sila klik disini). Kemahiran, kemahuan, pe,asaran dan pengurusan yang baik akan membolehkan seseorang usahawan berjaya menghasilkan minyak VCO yang berjaya dimasa kini dan akan datang. Semuga pembaca dapat ilmu berguna membaca artikel ini. Wasallam!

POKOK KELAPA...PELBAGAI GUNA...
MUDAH DITANAM...DIMANA SAHAJA...
BUAHNYA BANYAK...KELAPA TUA...
KELAPA MUDA... MENJADI UTAMA...
VARIETI MATAG...SEMUA MEMINTA...
KELAPA PANDAN...APA KURANGNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Permatang Pasir, Merlimau,
Jasin, Melaka, 
Malaysia.
(26 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...