KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, August 20, 2016

DAUN BETIK UBATI DEMAM DENGGI?

DAUN BETIK (Carica papaya) merupakan satu alternatif dan mitos yang mengatakan ianya boleh mengubati demam denggi. Apa itu Demam Denggi?. Penyakit demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi serta dimana ia menyerang di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan sejenis nyamuk iaitu Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mampu mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit endemik ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga dikenali sebagai Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam sistem peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan oleh nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali ganda daripada berat badannya. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes daripada orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang masih sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu Demam Denggi Klassikal dan Demam Denggi Berdarah. Demam denggi klasikal dimana lazimnya pesakit diserang akan menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone feverTanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun. Jenis kedua iaitu Demam denggi berdarah dimana ia biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda serangan bagi demam jenis denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit (Sila lihat foto disebelah), perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Berlaku pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi tujuan membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah memalui beberapa rawatan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana daun betik di 'viralkan' sebagai satu alternatif dalam mengubati demam denggi sebagai bahan rujukkan.

Rawatan demam denggi klasikal yang sesuai dan biasa diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku. Sementara itu bagi rawatan demam denggi berdarah dimana pesakit akan mengalami demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini adalah menggambarkan darjah kehilangan plasma. Ada  persoalan iaitu apakah yang akan terjadi sekiranya pesakit tidak mendapatkan rawatan?. Demam denggi berdarah yang telah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti pesakit akan mMudah lebam, berlaku pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi dan kemudian diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut. Mengenali sifat nyamuk Aedes penting kerana nyamuk ini selalu mengigit pada waktu pagi dan senja. (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam) dan ia bertelur dalam air mati yang jernih.

Penulis telah merujuk kepada laporan lain dimana Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun betik sebagai penawar demam denggi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari untuk jangka masa selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Kesan peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit yang menghidap demam denggi. Kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan. Daun pokok betik mengandungi bahan kima yang berbahaya iaitu ‘cyanogenic glycoside’ yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian. Buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi. Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi. Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut. Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya. Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah. Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul ‘Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever’ terbitan jurnal ‘Evidence Based Complementary and Alternative Medicine’. Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.

Kebelakangan ini dinegara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat telah mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional. Tidak dinafikan dimana setiap kali ada yang menghidap demam denggi pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platlet dalam darah. Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza iaitu beliau telah menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platlet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif. Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung. Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah. Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah. Publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi. Kini fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma. Kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera. Sebaiknya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak. Kini simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.

Pesakit demam denggi yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut. Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah. Kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena. Badan pesakit mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain. Terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara. Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi. Pesakit diingatkan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital dengan cepat jika terdapat tanda amaran penyakit ini. Pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.  Terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu. Jika perkara ini boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut mungkin telah ada keberkesanannya.Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada pembaca semua mengenai daun betik sebagai satu kaedah rawatan demam denggi. Wasallam!!...

DAUN BETIK... BERGUNA RUPANYA...
DIBUAT JUS... DIMINUM BERKALA...
PENYAKIT DENGGI...DIRAWATNYA...
BACA ARTIKEL...  DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Mesra, Raub,
Pahang, Malaysia.
(17 Zulkaedah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...