mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, January 4, 2018

HEBAT FERTIGASI GANTUNG - BUKTI

HEBAT SUNGGUH SISTEM FERTIGASI GANTUNG yang di laksanakan di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura, Kuantan, Pahang. Pada 3 Januari 2018 semasa berlaku kejadian banjir di kebanyakkan kawasan di Daerah Kuantan menunjukkan kehebatan sistem Fertigasi Gantung di projek ini yang menyelamatkan tanaman timus (Cucumis sativus) diprojek ini dan beberapa tanaman lain terselamat daripada kemusnahan. Pada masa tahap banjir maksima yang dicatitkan menunjukkan ketinggian 1 meter ketinggian polibeg adalah sesuai dimana paras air tidak mencecah polibeg (Sila lihat foto diatas). Teknologi ini yang dimulakan disekitar petani dan penanam sayur komersil amat sesuai mengikut kawasan tanah rendah seperti di TKPM Inderapura ini. Kawasan ini dahulunya dicadangkan untuk dijadikan kawasan teknologi Struktur Pelindung Hujan (SPH) berbumbung diatas tanah tetapi telah dikaji semula untuk digantikan dengan kaedah penanaman dengan cara fertigasi gantung. Pengarah Pertanian Pahang pada masa itu menukar kaedah asal kepada kaedah teknologi fertigasi gantung dan berjaya disiapkan sepenohnya infrastruktur pada pertengahan tahun 2017. Kesemua 5 hektar kawasan dipasang dengan struktur tiang dimana polibeg ditanam 1 meter dari paras tanah. Rumah Pam dan Tong Simpanan Air Baja Fertigasi diletakkan dikawasan tinggi yang mana ia tidak terjejas dengan paras air. Kesemua 5 peserta yang menanam timun, cili dan terung didapati masih mampu tersenyum walau pun keseluruhan lokasi disekeliling kawasan projek ini macam laut. Kawasan ini lebih serius ancaman banjir apabila kawasan bersebelahan projek TKPM ini telah ditambak untuk projek perumahan dimana semua air melalui kawasan projek yang mana anak sungai tidak mencukupi. Ini ditambah dengan faktur hujan tidak berhenti di Kuantan selama 6 hari dan fenomena air pasang tinggi. Penulis blog rasa ini merupakan satu pendekatan terbaik untuk projek penanaman sayuran komersil yang terancam dengan banjir dilokasi lain. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya kongsi info dengan pembaca akan kehebatan teknologi sistem fertigasi gantung untuk dijadikan bahan testimoni kelebihannya.


Projek tanaman sayuran di Daerah Kuantan  dan beberapa daerah lain berdekatan yang diancam benjir kini boleh dibanggakan dengan teknologi fertigasi gantung. Penanaman sayuran dengan kaedah konvensional dikawasan tanah rendak di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia akan terjejas di musim monsoon daripada bulan November - Januari setiap tahun. Kepada mereka di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu bagaimana hujan monsoon dibahagian timur seperti yang berlaku minggu sepertimana 2018 ini. Hujan renyai berselang dengan hujan lebat selama 5 hari berterusan menyebabkan banyak kawasan rendah sama ada premis perniagaan, sekolah, padang umum, jalan raya serta kawasan tanaman makanan terjejas. Oleh itu dalam bidang pertanian pakar-pakar di Jabatan Pertanian memperkenalkan teknologi Fertigasi Gantung bermula sekitar 5-7 tahun dahulu. Idea asal penggunaan fertigasi gantung ini oleh beberapa peserta TKPM dan petani komersil menanam sayuran. Lazimnya kejadian banjir menyebabkan banyak tanaman akan rosak dan waktu inilah harga sayuran akan melambong tinggi. Jika petani tempatan masih mampu mengutip hasil pada musim monsoon dan banjir ini maka ia akan meraih keuntungan tinggi. Harga timun mini yang biasanya dijual pada purata RM2.50 sekilogram akan naik sehingga RM4.00 sekilogram. Apa yang diperlukan oleh petani adalah modal asas infrastruktur untuk fertigasi gantung ini sekitar RM35,000 - RM60,000 sehektar bergantung kepada bahan dan teknologi yang digunakan.


Selain daripada kawasan tanaman ini selamat daripada masaalah ancaman banjir, teknologi fertigasi gantung mempunyai beberapa kelebihan lain. Polibeg tanaman yang digantung 1 meter dari paras tanah menjadikan ia tidak diancam oleh patogen perosak dari tanah (soil borne disease). Ia juga cepat berhasil berbanding dengan kaedah penanaman konvensional lain. Kos kawalan rumpai dapat dijimatkan dengan optima. Kerja-kerja amalan agronomi seperti membekalkan air baja, memetik hasil, mengawal rumpai dan menyembur racun serangga juga menjadi lebih mudah dilakukan. Teknologi ini membolehkan petani menuai dengan menggunakan sampan (jika air terlalu dalam) dimana ia masih tidak erosakkan tanaman. Walau pun air sudah surut kemudiannya tetapi pokok masih tidak terjejas atau tidak rosak. Kini bukan sahaja kawasan tanah rendah seperti di TKPM Inderapura dan TKPM Pulau Manis di Kuantan ini yang menganalkannya tetapi ada petani dikawasan tanah lebih tinggi yang tidak mungkin banjir mengamalkan teknologi ini. Dakwanya mereka hanya perlu berbelanja awal untuk infra tetapi jadual dan jaminan pulangan adalah lebih baik. Kita tidak boleh meramalkan keadaan cuaca pada zaman ini kerana kejadian kemarau dan banjir sukar dijangka. Walau pun petani terpaksa menuai hasil timun dalam banjir, mereka masih lega kerana tanaman tidak rosak akibat banjir (sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga menunjukkan bagaimana hasil timun yang dituai dengan teknologi gantung ini berjaya mengatasi masaalah. Foto dibawah menunjukkan beberapa contoh dimana mungkin petani yang ada ancaman banjir menggunakan cara menam seperti ini. Semuga anda semua mendapat info terbaik membaca tulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.



FERTIGASI GANTUNG...HEBATNYA DIA...
KENA BANJIR... DI TKPM INDERAPURA..
POKOK SELAMAT ... PENUAIAN PUN ADA...
TEKNOLOGI HEBAT...MAKANAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Inderapura, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...