mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, January 17, 2018

APA ADA DIPASAR SATOK (PART 2)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk yang dijual di PAsar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Antara jenis cendawan yang penulis jumpa di Pasar Satok adalah Cendawan Abalone (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dengan harga satu piring RM2.00 sahaja. Pada saya ia amat murah dengan harga tersebut. Abalone (Pleurotus cystidiosus) merupakan sejenis cendawan yang dijual dan dihasilkan oleh penduduk tempatan sekitar Kuching, Samarahan dan Serian untuk dijual disini. Saya ada menulis mengenai cendawan berkaitan (Sila klik Disini). Cendawan ini amat berkhasiat dengan mana kebanyakknya adalah bersifat Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam dan Tiada Bahan Kimia didalamnya. Jenis cendawan tersebut boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'minat' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulong tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. Cendawan abalone sesuai ditanam oleh mereka yang mengetahui akan teknologi dan mempunyai kawasan sesuai serta modal mencukupi. Dipasaran sebenarnya terdapat banyak cendawan abalone kering daripada luar negara. Cendawan ini sesuai dimasak dengan pelbagai resepi. Penelitian penulis mendapati cendawan abalone ini banyak dihidangkan di Seafood Restaurant sekitar Kuching.


Terdapat beberapa penjual di Pasar Satok yang menjual PETAI. Petai dijual disini dalam 2 bentuk iaitu petai dengan kulitnya (bertangkai) dan petai yang telah dikupas (Sila lihat foto disebelah). Petai dikupas dijual dengan harga RM3.00 sepiring dan RM5.00 dua piring. ULAM PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman komersil yang boeh mendapatkan hasil. Saya menulis banyak artikel mengenai petai (Sila klik disini) dan banyak artikel petai lagi. Petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian dimakmal mendapati buah petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain zat asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai matang dengan kulitnya sekali utuk mendapatkhan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada skit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tanan buang air besar. Penulis tidak membeli petai di Pasar Satok kerana sukar membawa pulang ke Johor.

Terung Pipit juga salah satu produk jualan di Pasar Satok yang menarik perhatian saya. Produk terung ulam ini dijual dengan harga RM2.00 satu piring dengan jumlah yang banyak (murah). Terung pipit yang berwarna hijau ini enak dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan (Sila lihat foto disebelah)Anda boleh membaca artikel mengenai terung pipit tulisan saya (Sila klik Disini). Terung Pipit (Solanum torvum) dari keluarga Solanaceae atau dikenali juga sebagai 'Terung Rembang' di Malaysia tidak banyak maaklumat diperolehi dari segi agronomi . Saya telah buat penelitian dimana tidak ada maklumat keluasan direkodkan .Nilai pemakanan terung pipit setiap 100 g adalah air (89 g), Protin (2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (7.9 g), Kalsium (50 mg), P (30 mg), Fe (2 mg), Vitamin A (750 IU), Vitamin B (0.8 mg), Vitamin C (80 mg) dan sebanyak 160 kiloJoule tenaga. Saya dapati kandungan diatas sesuai untuk terung ini dimakan sebagai ulam segar di masak untuk sayuran tumis atau dimasukan dalam masakan kari. Kajian perubatan tradisional menyatakan terung pipit dijadikan sebagai bahan penghalus tumit kaki (dibuat di Malaysia), menghilangkan sakit pening kepala (di China) dan bijinya dijadikan ubat sakit gigi, ekstrak diguna sebagai penawar bisa gigitan ular atau serangga (di India), buah dimakan sebagai ubat sakit perut (di Brunei), anak benih terung pipit diguna sebagai pokok penanti untuk cantuman (di Jepun) dan sebagainya. Penulis suka makan terung pipit yang dibeli di Passar  Satok dan memakannya dengan nasi putih. Kebanyakan terung pipit dijual disini adalah bersifat Organik.

Penulis amat tertarik dengan Sayur SULUR KELADI (Sila lihat foto disebelah). Sulur keladi yang dijual Puan Jacklyn ini sudah sedia untuk terus dimasak dalam kuali dijual dengan harga RM2.00 satu ikat dan untuk satu keluarga 5 orang mencukupi membeli sebanyak 2-3 ikat sahaja. Artikel saya mengenai sulur keladi diterbitkan pada tahun 2016 dan beberapa lagi diterbitkan sebelum dan selepas itu (Sila klik disini)Sulur Keladi atau 'Cocoyam Stolon' ini adalah jenis akar yang keluar dari pokok keladi (Colocasia esculenta) merupakan sejenis bahan yang digunakan sebagai sayuran. Mungkin tidak ramai orang mengetahui akan keujudan sulur keladi dan keliru dengan perkataan 'sulur keladi' sebagai anak benih keladi untuk ditanam. Sulur keladi di kutip dan memang ada dijual di Pasar Satok, Pasar Malam dan Pasar Tani disesetengah pasar biasa. Saya memang suka membeli dan makan sulur keladi walau pun ada orang kata kalau tidak pandai masak akan menyebabkan tekak rasa gatal. Terdapat beberapa restoran makanan Melayu Tradisional di Johor dan Selangor yang menghidangkan sayu sulur keladi sebagai hidangan istimewa. Penanaman keladi juga menggunakan anak benih yang juga dipanggil sebagai Sulur Anak Benih. Dalam bahasa teknikal sulur keladi ini saya takrifkan merupakan akar yang keluar (lebih tepat dipanggil sebagai STOLON) dan menjalar dibahagian atas permukaan tanah. Pada keadaan tertentu sulur ini akan menghasilkan anak pokok baru dengan mengeluarkan akar dan pucuk baru iaitu satu sifat semulajadi pada tumbuhan keladi dari keluarga Arecaceae. Ini merupakan satu kaedah keladi untuk membiak secara semulajadi. Penulis membeli beberapa piring sulur keladi ini dan dibawa bali ke Johor Bahru untuk menikmati masakan Sulur Keladi Pedas. Enaknya!.

Berjalan-jalan lagi penulis blog menjumpai kawasan buah-buahan. Terdapat banyak buah-buahan tempatan dijual disini seperti durian, nangka, cempedak, rambutan (Promosi Rambutan Anak Sekolah sedang dijalankan FAMA dipintu utama masuk Pasar Satok), Pisang, Manggis, Mangga dan banyak lagi. Apa pun saya tertarik dengan jualan LIMAU MADU (Citrus suhuensis) yang dijual dengan harga RM9.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Limau Madu ini dahul didaftarkan dengan nama M33 yang berasal daripada Segamat, Johor. Tulisan saya mengenai limau madu boleh dibaca dengan (Sila klik Disini) terutama mengenai kos pengeluarannya. Keluasan tanaman limau manis di Malaysia cuma 3,940 hektar dengan hasil sebanyak 17,970 metrik tan pada 2016. Daerah Asajaya di Sarawak merupakan kawasan utaman tanaman limau langkat di Malaysia dengan keluasan 294 hektar pada tahun 2016 diikuti dengan Daerah Simunjan Sarawak (288 ha) dan Daerah Beaufort Saabah (230 ha). Penjualan limau di Sarawak memang tidak asing kerana negeri tersebut masih mampu menghasilkan limau mereka sendiri. Memang saya membeli 2 kilogram limau ini kerana manis, murah dan berbaloi membelinya.

Artikel ini bersambung dalam Part 1, Part 3 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...