KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 19, 2018

APA ADA DIPASAR SATOK (PART 4)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk unik pada penulis blog yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Sayur PUCUK MIDIN atau pucuk pakis merupakan satu makanan ikon yang sangat popular di Kuching, Sarawak. Pucuk midinini dijual dengan hanya RM1.00 seikat (Sila lihat foto disebelah). Sayur midin menjadi kesukaan penduduk tempatan dan pelancong dimana ia ada dijual dan dihidangkan di restoren biasa, restoren seafood dan juga beberapa hotel tertentu. Sayur midin goreng dengan belacan merupakan antara hidang paling popular. Sayur midin dikelaskan sebagai sayuran organik kerana ia dikutip daripada kawasan liar semulajadi dibelukar. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai midin sebelum ini (Sila Klik Disini). PUCUK MIDIN (Stenochlaena palustris) atau Pucuk Paku (Jungle fern shoot)merupakan sejenis sayuran dari kumpulan PTERIDOPHYTE yang sangat popular di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak sebagai satu hidangan istimewa oleh penduduk tempatan dan pelancong asing. Kumpulan tumbuhan paku pakis atau 'fern' ini mempunyai lebih dari 12,000 spesis dari pelbagai bentuk, saiz dan warna dan habitat berlainan. Habitat semulajadi tumbuhan ini adalah kawasan yang lembab dan tanah gambut dalam yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan juga boleh tumbuh dengan sedikit naungan. Penulis suka makan sayur pucuk midin digoreng dengan belacan.


Agak unik ramai penjaja yang menjual ASAM PAYA. Di Pasar satok ia dijual dengan harga RM10.00 sekilogram. Ada dua bentuk jualan asam paya di sini iaitu Asam Paya Berkulit dan juga Asam Paya di kupas Kulitnya. Saya ada menulis artikel mengenai asam paya sebelum ini (Sila klik disini). ASAM PAYA atau pun KELUBI (Eleiodoxa conferta) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ARACACEAE yang menyerupai pokok nipah yang terdapat banyak dikawasan lembab hutan berpaya tepi sungai di negara kita. Pokok Kelubi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Asam Paya, Asam Kelubi, Salak Hutandan juga Kelumi. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia (Khususnya yang ada di Sumatra), Thailand dan Borneo iaitu dikawasan paya air tawar serta tumbuh dalam bentuk berkelompok. Tidak terdapat maklumat rasmi dari mana-mana rujukkan mengenai keluasan tumbuhan kelubi di Malaysia. Bunga Kelubi keluar daripada bahagian perdu pokok dengan terdapat bunga betina dan bunga jantan pada tangkai yang sama. Buah kelubi akan terbentuk selepas pendebungaan dan buah kelubi adalah bersisik keras ini adalah sangat masam isinya. Buah kelubi ada yang berwarna merah dan ada juga yang merah kekuningan dan selalunya akan juga mengandungi 1-2 biji buah didalamnya. Isi buah kelubi yang mentah adalah keras tetapi buah kelubi yang telah cukup masak adalah berair dengan warna putih jernih. Buah yang bersusun dalam jambak berangkai ini mempunyai ukuran 3-6 cm garispusat bergantung kepada umur dan kesuburan pokok. Buah ini boleh di tuai dengan memotong tangkai buah memnggunakan pisau tajam atau sabit. Saya pernah beberap kali memotong tangkai buah kelubi di Endau, memang tidak mudah juga melakukannya kalau tidak berpengalaman. Tangkai buah kelubi yang dipotong ini akan dibawa keluar kekampong untuk di proses seterusnya. 


Buah Avocado juga dijual di Pasar Satok dengan harga jualan sekitar RM14.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Buah yang berwarna hijau ini sudah matang dan sedia untuk dimakan dalam beberapa hari. Saya menulis beberapa artikel mengenai avocado (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. BUAH AVOCADO (Persea americana Linn) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarna LAURACEAE yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. 


Keledek Ungu diantara produk tanaman umbisi yang dijual di Pasar Satok yang menarik perhatian saya. Keledek ungu ini dijual dengan harga RM5.00 sekilogram sahaja (Sila lihat foto disebelah). Banyak artikel mengenai keledek yang saya tulis untuk dibuat rujukkan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi tujuan mendapatkan hasil tinggi, tanaman ubi keledek memerlukan keadaan panas yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan dikawasan lapang. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi keledek segar yang dihasilkan tidak empuk isinya apabila direbus. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau tetapi ada air yang cukup. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir yang mengandungi banyak bahan organik dan juga kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan selalu berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana lazimnya ia kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Jualan keledek ungu di pasar ini memberikan pilihan kepada pengguna. Semuga artikel ini menjadikan anda dapat manafaatnya.

Artikel ini bersambungan dalam Part 1, Part 2 dan Part 3. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!..
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...