mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 16, 2018

APA ADA DI PASAR SATOK (Part 1)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk unik pada penulis blog yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Produk yang pastinya menarik ramai pelancong adalah Buah Dabai. BUAH DABAI (Canarium odontophyllum) merupakan sejenis buah yang terdapat di Borneo dari keluarga Buseraceae yang popular sebagai buah nadir tempatan (Sila lihat foto disebelah). Selain itu tumbuhan ini juga tumbuh dari kawasan kepulauan Borneo, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan China sehingga ke Queensland di Australia. Anda boleh baca tulisan saya mengenai buah ini (Sila klik disini). Dalam meninjau buah unik yang berwarna hitam macam buah kurma mendapati pokok dabai tumbuh dan berbuah dikawasan Sibu dan Sungai Rajang sahaja dan kurang produktif jika ditanam dikawasan lain. Buah dabai banyak gred yang dijual diantara serandah RM12.00/kg sehingga menghampiri RM50.00 sekilogram mengikut gred. Buah ini perlu dicelur dengan air panas dan kemudian dicelup garam atau kicap untuk kita memakannya. Rasanya lemak kelat sedikit dan penulis kurang suka dengan rasa buah ini. Ini kerana mental saya fikir ia akan memberikan rasa manis sahaja.


Buah Nanas (Ananas comosus) ada dijual dipintu utama memasukki kawasan jualan produk kampong. Terdpat longgokkan buah nanas dari pelbagai varieti dan warna. Penjual yang peramah memberikan potongan beberapa jenis nanas yang dijualnya. Nanas Josapine, Nanas Moris,nanas Pada, Nanas Sarikei, Nanas N36, Nanas Merah, Nanas Mini dan beberapa jenis lagi yang kurang dikenali. Bagaimana pun penulis blog tertarik dan membeli nanas dengan harga RM5.00 sebiji dan memang manis. Buah nanas dihasilkan kebanyakannya di sekitar Samarahan, Kuching dan beberapa lokasi lain. Belum banyak nanas MD2 dijual di Pasar Satok dari tinjauan penulis. Penulis blog baru sahaja menghadiri Majlis Rasmi Penanaman Nanas MD2 Peringkat Negeri Sarawak pada 13 Januari 2018 di Kg Padang Pan, Bau oleh YB Timbalan Menteri Sarawak.


Ulaman Upak Kechalak pula penulis blog jumpa dijual oleh 3 orang sahaja di Pasar Satok (Sila lihat foto disebelah). UMBUT TEPUS (Etlingera coccinea) atau TUHAU (dalam bahasa Kadazan) atau UPAK KECHALAK (nama dalam bahasa Iban) merupakan sejenis ulaman beraroma daripada keluarga Zingiberaceae yang popular di Sabah dan juga di Sarawak tetapi kurang popular di Semenanjung Malaysia. Sila baca tulisan saya dalam blog ini (Sila klik Disini). Hanya orang utara yang pandai memakan umbut tepus ini terutama di Negeri Kedah dan Utara Perak sahaja. Penulis blog yang baru-baru ini berkunjung ke Kuching dan Kota Kinabalu amat suka makan ulam Tuhau atau Upak Kechalak di Kuching. Ulam yang mempunyai aroma ini mempunyai rasa masam dan seakan halia kerana ia adalah daripada keluarga yang sama. Pada ramai orang kini mungkin ramai tidak kenal akan ulam ini dan ramai yang merasakan nama 'Tuhau' cukup asing dan aneh bagi mereka yang tidak mengenali tumbuhan ini. Ulam Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang penulis blog boleh dikategorikan sebagai ulam yang tumbuh meliar di hutan hujan di kawasan Kepulauan Borneo. Upak Kechalak dijual dengan harga RM2.00 untuk 5 batang sama ada yang siap dikupas mahupun yang belum dikupas (Sila lihat foto disebelah). Ia memberikan rasa enak dan sedikit pedas ketika dimakan bersama nasi putih.


TERUNG DAYAK merupakan produk jualan yang pada saya unik kerana terung ini banyak dijual dipasar ini. TERUNG DAYAK (Solanum ferox Linn) merupakan sejenis lagi terung yang terdapat di Malaysia dalam keluarga Solanaceae.  Saya telah menulis mengenai terung ini pada tahun 2010 (Sila klik disini)Terung dayak banyak ditanam di Sarawak dan Sabahdan hanya sedikit sahaja di tanam di Semenanjung seperti di Pahang, Johor dan Selangor. Kalau kita pergi ke pasar di Satok, Kuching Sarawak atau pasar di Serian amat mudah untuk mendapatkan bekalan terung dayak yang segar dengan harga yang murah. Satu longgok 3-5 biji dijual dengan harga RM 2.00 - RM 4.00 bergantung kepada saiz, warna dan waktu. Harga purata runcit terung dayak adalah RM 6.00 - RM10.00 sekilogram mengikut kualiti dan kuantiti. Terung Dayak mempunyai buah yang sangat masam dan digunakan sebagai sayuran (Kat Bintulu, Sarawak dulu staff DOA "masak sup Air terung dayak" dan Ikan Sungai..sedap sebab lapar). Terung ini juga digunakankan dalam masakkan kari dan di Thailand terung dayak dimasak sebagai "nam prek". Rujukan saya juga mendapati terung dayak di masak dengan nasi di Indonesia yang akan melembutkan nasi dan selalu menambahkan perisa nasi tersebut. Terung tersebut juga kemudian dimakan dan hilang rasa masam.

Artikel ini bersambung dalam Part 2, Part 3 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...