Support My Blog

Tuesday, July 22, 2014

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA (Part 3)


 
INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan  di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.


Dasar Agro Makanan Negara (DAM) menyatakan kadar penggunaan dan permintaan candawan segar di Malaysia akan meningkat sebanyak 16% iaitu daripada 15,000 mt setahun pada tahun 2010 kepada 37,000 mt setahun (2015) dan sebanyak 67,000 mt setahun pada 2020. DAM juga telah mengunjurkan kapasiti eksport hasil cendawan akan berkembang daripada 15,000 mt setahun pada 2010 kepada sebanyak  298,000 mt setahun pada 2020. Bagi tujuan tersebut berdasarkan perancangan, tambahan kawasan pengeluaran cendawan sebanyak 78 hektar (2010) perlu ditambah kepada seluas 340 hektar (2020). Kawasan baru yang sesuai perlu dibangunkan dengan kluster cendawan yang memudahkan operasi pengeluaran. Pada masa ini kawasan Pagoh di Muar, Sepang dan Sekitar Selangor dikatakan telah menjadi tumpuan pengeluar cendawan. Strategi lain yang boleh dilakukan mengikut DAm adalah dengan meningkatkan tahap produktiviti iaitu daripada hanya sebanyak 190 mt/ha (2010) kepada sebanyak 193 mt/ha (2020). Berbagai  teknologi bagu perlu diperkenalkan bagi tujuan ini. Dalam kes lain, peningkatan kualiti cendawan perlu dikemaskan dengan cara kawalan kualiti bahan media, SALM dan juga SOM kearah persijilam MyGAP. Selaras dengan itu bekalan Benih yang Berkualiti (oleh pihak swasta komersil yang mengusahakan Pusat Pengeluaran Benih Cendawan dan pentauliahan Skim Pengesahan Benih) perlu diujudkan. Pengukuhan R&D (Pusat Penyimpanan Kultur Germplasma Cendawan di Malaysia amat membantu industri ini.


Jadual diatas menunjukkan pengelasan pengusaha cendawan di Malaysia berdasarkan laporan statistik Jabatan Pertanian pada tahun 2012. Laporan menunjukkan bahawa daripada 397 pengusaha yang terlibat seramai 297 orang (75%) adalan kategori pengusaha kecil dengan kadar pengeluaran kurang daripada 50 kg sehari. Sementara seramai 90 orang adalah dikelaskan sebagai pengusaha kategori sederhana atau 23% dengan kapasiti pengeluaran cendawan segar sebanyak 50 - 500 kg sehari. Bakinya hanya 10 pengusaha berskala besar (2% sahaja) yang menghasilkan sebanyak lebih 500 kg sehari. Antara beberapa pengusaha cendawan yang besar seperti CnC Mushroom Sdn Bhd di Muar, Ganofarm Sdn Bhd di Selangor dan beberapa lagi. Mereka mendapat insentif dalam industri ini seperti khidmat pengembangan teknikal, bantuan insentif harga (Pada beberapa tahun dulu), pinjaman dalam kewangan (Dari Agrobank dan TEKUN) dan yang terkini adalah dibawah program Agropreneur Muda Tanaman Cendawan. 


Selain daripada dimakan segar, cendawan yang berkhasiat ini kini telah diproses dalam berbabai jenis pproduk hiliran (IAT). Banyak produk makanan berasaskan cendawan telah direka dalam mempelbagaikan pasaran cendawan agar lebih bernilai tinggi. Terdapat produk makanan ringan cendawan Snack (Teknologi Vacuum Fry) yang popular masa kini dipasaran (Sila lihat foto diatas). Selain itu ada produk sos cendawan, serunding cendawan, samosa cendawan, Nugget Cendawan, Burger Cendawan, Sate Cendawan, Nasi Goreng Cendawan, Sup Cendawan, Rendang Cendawan, Inti PAstri Cendawan, Karipap Sendawan, Tempura Cendawan dan banyak lagi. Kini permintaan makanan yang berasaskan cendawan semakin mendapat permintaan. Antara yang paling laku dipasaran adalah produk 'Cendawan Goreng' yang dijual di Pasar Malam, Pasar Tani, Pasaraya dan banyak lokasi lagi. Ia merupakan makanan snack yang laris dan berkhasiat. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...