KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 21, 2014

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA (Part 2)

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan  di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.



Malaysia masih mengimpot banyak cendawan dari luar negara sebanyak 1,810 mt pada tahun 2001 kepada sebanyak 17,277 mt pada tahun 2011 (Sila rujuk jadual diatas). Jumlah nilai impot juga telah meningkat dengan signifikan daripada hanya sebanyak RM 16.99 juta kepada RM83.43 juta (2010) dan sebanyak RM 116.3 juta (2011). Bagaimana pun kajian dari statistik menunjukkan kebanyakan cendawan yang diimpot dalam bentuk jenis cendawan kering daripada negara China terutamanya. Cendawan kering ini tahan lama dan boleh dibeli dikedai atau pasaraya sepanjang tahun. Oleh itu peluang usahawan tempatan untuk mengeluarkan cendawan segar masih amat berpotensi kerana ia jenis yang mudah rosak. Jadual diatas juga menunjukkan Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap ekspot cendawan segar daripada hanya sebanyak 168 mt (RM3.95 juta) pada tahun 2001  kepada sebanyak 3,255 mt (RM 33.3 juta) pada tahun 2011. Penulis mendapati antara pasaran cendawan tradisi dari Malaysia adalah ekspot ke Singapura dan Brunei. Menilai daripada jadual diatas saya fikir mat wajar diujudkan beberapa dasar dan insentif bagi pembangunan industri cendawan dalam negara agar ia menjadi satu industri yang sihat dan hebat.


Terdapat banyak isu dan cabaran didalam pembangunan industri cendawan di Malaysia. Bagaimana pun saya akan tumpukan kepada 7 isu dan cabaran yang paling ketara dalam industri ini yang boleh dijadikan panduan. Paling asas adalah masaalah tahap pengeluaran dan produktiviti oleh pengusaha yang masih rendah. Ini menyebabkan keuntungan yang bakal mereka terima amat rendah dan marginal dan lebih teruk lagi jika diserang penyakit. Kedua adalah isu kekurangan tahap kesedaran (awaremess level) dikalangan masyarakat tempatan mengenai kepentingan dan khasiat atau kebaikan memakan cendawan. Tahap permintaan terhadap produk cendawan masih boleh ditingkatan berkali ganda jika ujud tahap kepentingan penggunaan cendawan segar adalah lebih baik daripada cendawan kering. Ketiga mengenai isu benih iaitu kekurangan  benih cendawan berkualiti yang disahkan. Kajian penulis dibanyak lokasi mendapati benih cendawan yang dibekalkan kepada pengusaha merupakan benih yang kurang bermutu dairpada banyak generasi. Sering berlaku kontiminasi pada bekalan benih dan kualiti yang tidak memuaskan semua pihak. Kegagalan mendapatkan benih baik amat merugikan pengusaha kerana modal menyediakan beg cendawan sudah tinggi.


Isu terkini ke 4 yang dibincangkan dikalangan ramai pengusaha cendawan adalah mengenai kekurangan media tanaman cendawan dan kenaikan kos. Habuk Kayu Getah, Dedak Padi dan Kapor merupakan 3 komponen asas substrat dalam penanaman cendawan. Beberapa tahun dulu kos habuk kayu getah cuma RM60 tetapi kini telah meningkat kepada sebanyak lkebih RM120. Bekalan ini semakin sukar diperolehi kerana ia juga digunakan oleh sektor-sektor lain yang lebih mampu membeli dengan harga lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan kos pengeluaran setiap unit cendawan segar meningkat. Kalau dahulu harga ladang cendawan segar hanya RM 3.00 - RM 4.00 sekilogram tetapi kini telah mencecah kepada RM 7.00 - RM8.00 sekilogram. Isu seterusnya adalah mengenai jaminan kualiti dan produk cendawan segar. ini kerana cendawan mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik. Kini persijilan MyGAP yang dipunyai oleh pengusaha meningkatkan keyakinan terhadap kualiti cendawan dipasaran. Akhir sekali adalah isu mengenai tentang kekurangan penyelidikan mengenai cendawan di Malaysia yang dijalankan oleh pihak tertentu. Hanya UM dan MARDI yang ada sedikit membuat kajian tetapi tidak ada info terkini yang boleh meyakinkan pengusaha cendawan untuk terus maju. Diharap industri cendawan diberikan penekanan penting dimasa akan datang. Bersambung pada artikel Part 3.


INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...